AKU

33 5 2
                                    

( short story )

Aku... Nama aku Nur Aina Binti Ismail. Panggil aku Aina. Ibu aku asal Kedah. Ayah aku asal Perak dan aku dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi dibesarkan di Kelantan. Aku kini menginjak dewasa. Aku anak tunggal dalam keluarga ini. Dulunya aku ada seorang abang tetapi Allah S.W.T lebih menyayanginya. Aku seorang yang suka memendam rasa. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun hakikatnya aku sedih aku marah aku 'down'. Mujur sahaja aku ada sahabat yang selalu ada dengan aku tidak kira aku susah ataupun senang. Aku lebih manja dengan ibu aku tetapi ayah aku manjakan aku. Ayah aku akan belikan aku apa sahaja yang aku mahu begitu juga dengan ibu aku. Aku bahagia dengan keluarga kecil aku tetapi aku merasakan sunyi kerana ketiadaan adik beradik. Aku juga merupakan cucu sulung dalam keluarga.

Ketika umur aku menginjak empat tahun, ibu ayah aku daftarkan di sebuah tadika. Oleh kerana aku anak manja, aku akan menangis setiap pagi kerana tidak mahu ke sekolah walaupun aku ada kawan-kawan yang baik dan guru yang saying dengan pelajarnya. Hal ini berlanjutan sehingga aku darjah satu. Bila teringat peristiwa itu, aku akan termalu sendiri. Aku bertekad untuk hadiahkan kereta mewah dan rumah besar untuk ibu dan ayah aku. Aku bertuah lahir dalam keluarga yang sayang aku. Atuk aku sangat menjaga cucu-cucunya sehinggakan kami dikawal seperti anak raja. Kami dibesarkan dengan kawalan yang agak ketat sehinggakan benda ini terbiasa walaupun aku dan sepupuku yang lain telah menginjak remaja. Atuk aku merupakan jaguh silat. Dia mengajar ilmu silat itu kepada sepupu lelakiku, Damien. Damien muda setahun dari aku. Atuk dan nenek aku terlalu menyayangi cucu-cucunya. Misalnya, atuk aku tidak akan pernah lupa untuk membeli ais krim ataupun gula-gula ketika dia keluar sewaktu kami kecil. 2009 merupakan tahun yang sedih untuk aku dan keluarga kerana atuk yang aku sayangi telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Kehilangan arwah memberikan impak untuk keluarga kami. Dia dahulunya suka meluangkan masanya bersama cucu-cucunya mengajar ilmu Matematik, bercerita dan membonceng kami dengan motornya ke sekitar kampung. Selepas itu, kami semua meneruskan rutin harian kami tetapi tiada siapa tahu aku sedih yang tersangat kerana merindui arwah atuk aku.

2012 adalah tahun aku menghadapi peperiksaan besar kedua aku selepas Ujian Penilaian Kelas Kafa ( UPKK ) iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tetapi malang sekali aku tidak tergolong dalam kalangan pelajar cemerlang. Aku telah menghampakan ibu ayah aku sekali gus diri aku sendiri. Pada tahun itu jugalah, ibu aku sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Guru ( IPG ) di Pengkalan Chepa. Pada masa itu, kami bertiga selalu ke sana apabila cuti sekolah untuk menghantar ibu aku. Di tingkatan 1 pula, aku telah berpisah dengan rakan-rakan aku ketika sekolah rendah. Ada diantaranya melanjutkan pengajian di MRSM, SBP dan lain-lain. Mujur sahaja aku berkenalan dengan rakan-rakan baharu. Aku impikan dapat rakan yang baik tetapi itu semua imaginasi. Keadaan aku sangat teruk di tingkatan satu. Aku mula hilang sedikit demi sedikit diri aku tetapi kawan aku yang kini sahabat aku ada waktu itu. Penghujung tahun 2013, aku diberi tahu oleh ibuku, dia sakit kanser yang hamper di tahap empat. Luluh hati seorang anak mengetahui perkara itu. Siang malam aku berdoa agar ibuku berjaya sembuh dari kanser.

November 2013, ibuku menjalani pembedahan untuk membuang kanser tersebut manakala aku berjuang di sekolah tetapi hati anak mana yang boleh tenang sedangkan wanita yang melahirkannya sedang berjuang antara hidup dan mati. Setelah waktu persekolahan tamat, aku cepat-cepat pulang dan diambil oleh ibu saudara aku dan membawa aku ke hospital. Sesampainya di sana, ibu aku masih berada di dalam bilik pembedahan. Aku berdebar. Makanan tidak aku sentuh hanya air sahaja yang membuatkan aku bertahan. Beberapa jam menunggu, doctor keluar lalu memaklumkan ibuku stabil. ' Syukurnya Ya Allah.' Luahku di dalam hati dan tidak lama selepas itu, ibuku disorong masuk ke wad. Pada malam itu, aku pulang ke rumah dan ibu saudara aku menjaga ibuku. Pada keesokannya, pagi-pagi lagi aku dan abah menuju ke hospital selepas itu aku ke sekolah. Seusai waktu persekolahan, aku dijemput oleh ibu saudaraku dan menuju ke hospital. Berdebarnya hati aku ini ketika sampai di hospital. Dari jauh terlihat ibu aku di atas katil hospital, perasaan ingin menangis itu ada tapi aku tahan. Aku dimaklumkan bahawa jantung ibuku terhenti ketika pembedahan sedang dijalankan. Bagai satu kejutan elektrik mengalir ketika aku mendengar berita tersebut. Seminggu kemudian ibuku dibenarkan pulang.

AKUWhere stories live. Discover now