1

1.4K 27 0
                                    

" Kau tak takut ke?' Itu soalan yang acap kali aku dengar dari rakan-rakanku bila melihat aku membiarkan sahaja perempuan itu mengekori ku. Mengekori ku ke mana-mana sahaja. Di mana sahaja.

Aku memandang dia yang sedang cuba berselindung di sebalik tiang lampu. Walaupun tubuhnya tidak jelas tetapi bayang-bayangnya memanjang terus terpamer di jalan raya, Gagal disembunyikan. Bayang itulah yang sentiasa mengekori ku.. di belakangku. Sejak 7 bulan lalu.

 Aku abaikan kehadirannya dan terus bermain bola keranjang bersama teman-temanku.  Mereka juga mengabaikannya bila melihat aku tidak kisah. 

Permainan hari ini rancak seperti biasa, dan seperti biasa budak-budak perempuan yang meminati ku bersorak sakan bila aku menjaringkan bola. Ada yang melarikan mata mereka bila aku memandang mereka dan ada yang tertunduk malu bila aku lemparkan senyum pada mereka. 

Bagiku, reaksi mereka itu sungguh comel bila dapat bersua denganku, budak lelaki yang mereka admire.. iaitu aku.

" Oklah.. jumpa esok macam biasa." kataku pada teman-temanku sebaik sahaja aku mengemaskan barang-barangku ke dalam beg. 

Dengan mengalas ia ke bahu, aku beredar dari court bola keranjang. Mereka juga  kembali ke rumah masing-masing.  

Aku memandang bayang budak perempuan itu yang masih kekal di posisinya sejak tadi. Sambil berjalan aku teguk air mineral ditangan, dan  memandang langit yang semakin mengorak senja, 

Aku lap peluh di dahi dan leher ku dengan towel dan melihat bayang diriku di atas jalan raya. 170 cm, tinggi langsing, sasa dan tegap. Seorang lelaki muda berusia 20 tahun, aku bangga dengan diriku. 

Di sisi bayangku, sedang mengekori ku.. bayang-bayang perempuan itu. 150 cm, kecil, langsing.. sebayaku..  Aku tidak toleh ke belakang, hanya mendengar tapak kakinya mengikut rentak tapak kakiku. Dan aku biarkannya...

**Aku akan mencintaimu... hingga kau membenciku.

~~~~~~~~~~~~

Malam itu aku tidur sambil mendengar pintu rumah diketuk dan tombol pintu dipusing-pusing dari luar, seolah-olah seseorang sedang cuba memecah masuk. Semakin lama semakin kuat, dan aku terus terlena.

**Aku akan mencintai mu, hingga kau membenciku.. 

Aku terjaga bila mentari pagi mencuri masuk dari tingkap bilik yang ku kunci rapat. Tanpa malas, aku bangun dari katil, mengemas katil dan selimut, ke bilik air, lalu membersihkan badan dan bersiap-siap. Rutin harianku.

Aku tinggal sendirian, dan sedang menyambung pelajaran di kolej swasta dalam bidang teknologi maklumat, jadi rutin harian aku adalah normal, tiada apa-apa yang menarik kecuali..

Aku renung roti bakar, telur cheese, sausage dan air epal yang terhidang di atas meja dapur. Sekuntum bunga merah dijadikan hiasan di tepi pinggan. Sarapan pagi ku yang hasil tanganku.

Aku capai beg galas dan keluar tanpa menyentuhnya.

~~~~~~~~~~~~~~~

Flashback

"Gila! Gila! " jeritku sambil mengunci pintu rumah dari dalam. Bukan satu kunci, tetapi 5 kunci dan mangga yang aku gunakan untuk mengunci rumah ini. Mengeletar, tubuh ku mengeletar, aku tidak pernah rasa setakut ini.

Aku intai dari lubang pintu, meninjau di luar. 

" Hey.. hey... kenapa? Kenapa? Kenapa?" suara manja itu nyaring berteriak dari luar. 

" Kenapa? Kenapa awak lari?Kenapa? Kenapa? Hey.. hey..."

Mata itu mengintaiku kembali.  

Lemah lututku saat mendengar suara itu, lalu tubuh ku terjatuh, terduduk, sambil menutup kedua belah telinga serapat-rapatnya. 

" Hey, awak.. tak usah takut.. saya sukakan awak.. suka suka.. suka... Boleh saya tengok wajah awak? hey.. ? saya tahu awak di dalam..."

Tombol pintu dipusing berulang-ulang dari luar. Dia ingin masuk, pintu ditendang-tendangnya dari luar.

" Hey. hey... awak dah tidur ke? "

Dia mengintai lagi dari lubang pintu. Dia takkan dapat lihatku dari luar, tetapi aku tidak rasa selamat. 

Pintu diketuk bertubi-tubi.

" Hey, hey...  saya masuk yer? "

Pintu dicungkil dari luar dengan cungkil besi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Woi, melamun ke.." tegur kawanku, Jo.  Aku tersentak, lalu mengalihkan perhatianku pada Jo. 

" Berani kau pandang dia ?" tanya Jo perasan tindakan aku yang dari tadi merenung budak perempuan yang berada 5 tempat duduk dari aku.

Prempuan itu jua sedang merenungku.. matanya besar dan bulat. bola mata hitamnya gelap dan pekat, tidak berkedip setiap kali melihatku. Dan di wajahnya.. sentiasa ada sengihan yang lebar, mempamerkan barisan giginya yang putih dan teratur. Seolah-olah dia sedang dalam hipnosis yang lama., tidak pernah mengalihkan matanya dariku... 

" Walaupun dia cantik dan body dia pun seksi.. tapi huisshhh... tak berani aku nak dekat, dia cam tak betul.. . She give me chills man! ."  Jo memeluk tubuh sendiri, bergaya kononnya dia sedang kesejukan. Aku senyum lucu melihat gaya Jo. 

"Yerp.. she also give me chills..scary right?"

" Chills chills pun sampai bila kau nak biarkan dia follow ko camnie??"

" Em..  "

Jo memandang perempuan yang tidak langsung beralih perhatiannya dari member nya ini.

" lagi skali aku repeat, walaupun dia cantik dan body dia seksi... tapi... don't keep her around..she is a stalker.. a crazy one! "

Aku tak tahu nak jawap apa, jadi aku diam.

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now