15.

383 59 10
                                    

[ NO ONE POV ]

nak tak nak, hyunjae kini sudahpun berada di sebuah restoran mewah berdekatan dengan universitinya untuk bertemu dengan hwang soyeon. gadis itu sendiri yang mengajak untuk berjumpa dengannya di situ.

ceh, nak buat hyunjae teringatkan masa lalu mereka lah tu? kerana hyunjae sering membawa soyeon date di restoran tersebut. dia fikir hyunjae akan berubah hati ke? lelaki itu makin meluat dan menyesal adalah.

"aku tak sangka kau sanggup tipu hwayoung. kau tak serik-serik lagi ke hah? kerja asyik nak menipu orang je?" getus hyunjae, cuba untuk memperlahankan suaranya sebaik yang mungkin. pisau steak yang berada pada genggaman soyeon terus dihentak kasar, membuatkan orang di sekeliling mereka memandang mereka berdua buat seketika sebelum menyambung aktiviti masing-masing.

mood hwang soyeon untuk menikmati hidangan steak tersebut dengan tenang terus terbantut. gadis itu tiba-tiba mendengus kasar. "alah, budak tu dah tahu ke yang i tipu je? hmm, tak bestlah macam ni." dahi hyunjae berkerut-kerut mendengarnya.

kepala hotak dia tak best?

"hyunjae-ah. nak tak nak, you kena kahwin dengan i jugak. i dah ceritakan segalanya kat my parents yang you setuju nak kahwin dengan i." hyunjae mendengus geram sebelum memicit kepalanya yang mulai pening itu.

"apa lagi yang kau merepek ni? sejak bila pulak aku setuju nak kahwin dengan kau? tolonglah soyeon, hentikan semua ni. kau terima jelah lelaki pilihan parents kau tu dengan hati yang ikhlas."

soyeon tertawa kecil sebelum meneguk wain yang dipesannya dengan penuh rakus. "huh, you dah lupa ke? you sendiri yang pernah janji nak kahwin dengan i masa kita belum break dulu?"

"itu dulu. sekarang kita dah takde apa-apa hubungan kan? so janji tu dah takde makna pun!" soyeon menggigit bibirnya dengan penuh geram. "dahlah soyeon. aku anggap semua ni dah berakhir dan lepas ni, tolong jangan cari aku lagi." ujar hyunjae, ingin mengatur langkah. dia malas nak berbahas dengan perempuan itu lama-lama, membazir masa dia sahaja.

namun gadis itu tidak berputus asa dengan mudah. pisau steak yang terletak dengan elok di atas pinggan itu diambil kembali lalu dihalakan ke arah dadanya sebelum menjerit. "kalau you tak nak kahwin dengan i, lebih baik i bunuh diri jelah!"

langkah hyunjae terhenti. lelaki itu menoleh ke arah soyeon yang sudah bersedia untuk menikam dirinya sendiri. membulat mata hyunjae dibuatnya.

orang ramai yang berada di dalam restoran tersebut mulai panik melihat adegan tersebut, termasuklah pekerja-pekerja di restoran tersebut.

"h-hwang soyeon! tolong jangan buat kerja gila, letak pisau tu sekarang!" arah hyunjae. dalam masa yang sama, dia cuba untuk menghampiri gadis yang sudah makin menggila itu.

soyeon melangkah setapak ke belakang apabila melihat hyunjae mula mendekatinya semula. kepalanya menggeleng berkali-kali dan air matanya mulai jatuh ke pipi.

"cakap dulu yang you setuju nak kahwin dengan i! baru i letak pisau ni!" hyunjae memejamkan matanya dengan penuh kesal. dengan perlahan-lahan, dia mendekati hwang soyeon dan cuba untuk merampas pisau steak tersebut daripada genggaman gadis itu.

orang ramai yang masih berada di situ semakin panik dibuatnya. ada yang siap merakam lagi aksi tersebut. para pekerja di restoran tersebut cuba untuk menghalang namun mereka bimbang jika tindakan mereka itu hanya bakal memburukkan lagi keadaan.

dengan menggunakan segala kekuatan yang gadis itu ada, dia menggengam pisau steak tersebut dengan lebih erat lagi untuk mengelakkan daripada dirampas oleh hyunjae. keadaan menjadi lebih parah apabila pisau itu hampir sahaja tertusuk ke dalam badan hyunjae sehinggalah pada satu saat itu, entah bagaimana pisau tersebut akhirnya tertikam juga ke arah dada hyunjae.

terbeliak mata gadis itu. darah mula terpancut dan mengalir dengan laju daripada bahagian yang tertikam, membasahi kemeja putih yang dipakai oleh hyunjae. hwang soyeon terkedu setelah menyedari akan perbuatannya itu lalu jatuh terduduk.

"call 119 sekarang! cepat!!" teriak salah seorang pekerja restoran tersebut. para pelanggan yang masih berada di situ pula sudah menekup mulut masing-masing, terkejut dengan kejadian yang baru sahaja berlaku di hadapan mata mereka.

"h-hyunjae-ah? lee jaehyun?!"

"m-mian, i- i t-tak sengaja...." beberapa saat kemudian, hwang soyeon berteriak bagaikan orang hilang akal sambil mengkusutkan rambutnya.

___

[ HWAYOUNG POV ]

bunyi alarm yang kuat itu berjaya menyedarkan aku. sejujurnya, aku tak boleh nak lelapkan mata malam tadi kerana asyik memikirkan tentang keadaan hyunjae. sebaik sahaja paper terakhir aku tamat kelmarin, aku terus mendapat panggilan daripada younghoon dan katanya hyunjae kini berada di hospital kerana ditikam secara tidak sengaja oleh bekas teman wanitanya.

selimut yang membaluti tubuhku aku selak ke tepi dengan lemah sebelum berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan diri. usai mandi, aku terus bersiap-siap untuk melawat hyunjae di hospital. ikutkan, malam semalam aku nak lawat tapi eomma tak benarkan kerana sudah larut malam dan masa untuk melawat pun telah tamat.

baru hari ini aku berpeluang untuk melawat hyunjae oppa. namun, aku terpaksa pergi seorang diri kerana younghoon perlu ikut eomma ke busan, ada hal apa pun aku tak pasti.

lebih kurang dalam satu jam kemudiannya, aku tiba di hospital dan terus mengorak langkah ke arah bilik wad di mana hyunjae ditempatkan. aku memulas tombol pintu dengan perlahan. masuk-masuk sahaja aku ternampak susuk tubuh juyeon dan kevin oppa yang sedang duduk di sebelah katil hyunjae.

"oh, hwayoung dah sampai." ucap juyeon. aku terus menunduk hormat kepada mereka sambil tersenyum kecil. hyunjae yang sedang berbaring di atas katil pesakit itu terus mengalihkan pandangannya ke arahku dan seperti biasa, satu senyuman terukir pada bibirnya.

"kitaorang keluar kejap eh? nak beli coffee. hwayoung dah sarapan ke? ada nak beli apa-apa tak?" kevin menyoal dan kepala aku laju sahaja menggeleng. "aniya, gwenchanha. saya dah sarapan dah tadi kat rumah."

"oh, okaylah kalau macam tu." dengan itu, juyeon dan kevin terus beredar daripada bilik wad, meninggalkan kami berdua. aku melabuhkan punggung di sebuah kerusi yang terletak di sebelah katil pesakit.

"m-macam mana dengan keadaan oppa?" aku memberanikan diri untuk menegurnya terlebih dahulu.

"doktor kata lepas dua hari nanti dah boleh balik. hwayoung janganlah risau, oppa okay je." aku mengangguk sambil melepaskan nafas panjang, lega mendengarnya.

"b-baguslah kalau macam tu." aku menggigit bibir, apahal aku tetiba tergagap-gagap pulak ni?

"exam dah habis kan? boleh jawab tak?" soalnya, perlahan sahaja suaranya. aku tersenyum kecil sebelum menganggukkan kepala beberapa kali.

setelah itu suasana kembali sunyi. aku dah mati akal, tak tahu nak borak apa lagi. cepat-cepat aku melarikan pandangan ke arah lain, memerah otak. aduh kim hwayoung, cakaplah sesuatu!

"hwayoung-ah,"

aku menelan air liur. entah mengapa jantung aku tiba-tiba sahaja berdegup kencang manakala hatiku berdebar tatkala namaku disebut olehnya.

"n-nae?" kini, sepasang mata aku bertaut dengannya.

"sebenarnya─" belum sempat hyunjae ingin menghabiskan ayatnya tiba-tiba pintu bilik terbuka semula. juyeon dan kevin muncul semula bersama sebuah plastik di tangan.

"weh, kitaorang kena balik dulu tau. ada kerja yang belum selesai. dalam ni ada roti dan biskut, kalau lapar nanti korang makanlah eh?" kata juyeon sebelum meletakkan bungkusan plastik tersebut ke dalam sebuah kabinet kecil yang tersedia.

aku hanya menganggukkan kepala. "kamsahamnida." setelah itu, sekali lagi kami berdua ditinggalkan bersendirian di dalam bilik wad tersebut.

"err oppa nak cakap apa tadi?"

don't go away. ljhWhere stories live. Discover now