"Nah. Makan sikit sayang."Sudu besar yang berisi nasi goreng kimchi aku hanya pandang dengan kosong. Bibirku terasa kering dan sedikit sejuk. Kepalaku pula berpusing seperti UFO di angkasa.
"Sayang, please. Makan sikit."
JiMin dari tadi setia bersabar dalam memujukku makan. Dari tengah hari, kami pergi beli belah dekat mall, sampailah malam ni, aku langsung tak jamah apa-apa makanan.
Ni semua sebab aku kena serang dekat tandas mall tadi. Wanita tu datang lagi setelah lama dia hilangkan diri. Dulu, masa dia serang aku kat resort, polis langsung tak dapat jejak sampailah sekarang dia muncul balik.
Apa yang dia nak sebenarnya?
Siapa dia kepada aku?
Air mataku kembali bergenang. Sungguh aku takut. Aku bimbang, kalau dia apa-apakan anak dalam kandungan ni. Biarlah aku yang mati, janji anak aku dapat melihat dunia kerana dia tak berdosa.
"Hey.. hey.. Kenapa nangis ni? Shh.. Shh, calm down babygirl. Im here, im here dear.."
Terus mangkuk berisi nasi goreng JiMin letak atas meja lampu tidur, kemudian melabuhkan punggungnya di sebelahku.
Bahuku diraih, dan kepalaku disandarkan pada dadanya. Ubun-ubunku dikucup lama. Ibu jarinya mula menyeka air mataku yang mengalir laju.
"Sayang, janganlah senyap macam ni. Cuba cerita apa jadi? Meh abang selesaikan masalah sayang. Kalau sayang terus senyap dan nangis macam ni, abang tak tahu apa jadi. Humm?"
Aku memeluk pinggangnya erat. Aku tak mahu berjauhan dengan JiMin. Kalau boleh, pergi tandas pun aku nak dia ikut sekali. Aku dah trauma dengan apa jadi.
Jantung aku dari tadi tak tenang dan asyik pam darah dengan laju tanpa henti. Memoriku selalu ulang tayang senyuman, ketawa dan kata-kata sinis wanita itu. Ini membuatkan aku mahu meraung sekuat hati.
"Abang, saya takut... Lepas ni pergi tandas abang ikut sekali tau... Hiks hiks.. Saya janji lepas ni tak nak derhaka dengan awak lagi... Hiks hiks.." aku merengek seperti kanak-kanak kecil.
JiMin menekup kedua pipiku supaya melihat wajahnya. Ibu jari besarnya juga menyeka air mataku. Tangisanku mula reda seraya meneguk air liur yang begitu pahit bak hempedu.
Aku masih buntu. Mahu ceritakan atau tidak. Aku tak mahu dia risaukan aku lagi. Cukuplah aku pernah koma 2 minggu dan itu sudah cukup buat suamiku terseksa.
Tapi, kalau tak cerita, lebih mengerikan kalau JiMin tahu sendiri. Itu lebih parah!
"Se-sebenarnya, p-perempuan tu d-da-datang balik. D-dia se-serang s-saya k-kat t-tan-das." aku tergagap dek kerana terlampau takut.
Wajah suamiku tak tunjuk sebarang reaksi mahupun reaksi terkejut. Aku menunduk memandang jari jemariku. Gerun tika JiMin merenungku seperti mahu telan aku hidup-hidup.
"Dah agak."
Tangan kirinya naik mengusap leherku yang tertampal plaster. Aku masih menunduk.
"Abang nak, lepas ni sayang tak payah dah keluar rumah buat sementara waktu. Pasal barang dapur, abang suruh Veer je pergi beli next time." katanya dengan serius.
Daguku dipagut ke atas dan pandangan kami bertaut. Renungan itu. Kenapa aku rasa aura dia sekarang ni lain macam? Ini kali pertama aku nampak suamiku versi pelik.
Seperti mode override sedang diaktifkan.
Kejap, dia cakap Veer. Siapa Veer?
"Dah, tak payah fikir lagi. Meh abang suap sayang makan."
YOU ARE READING
eyes for you | pjm¹
Fanfiction"What a perfect guy you are, hurm?" Aku mengusap kepalanya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang terjuntai aku usik kemudian jari jemariku mengelus lembut dari dahinya, turun ke hidung, bibir, dagu dan halkumnya. "You look nervous. Am i make you fee...