SEMBUNYI

9 1 0
                                    

SEMBUNYI

Aletta dan Fikri telah lama bercinta. Mereka mula bercinta ketika di sekolah. Ketika itu masing masing berada di tingkatan 5.

Aletta masih ingat sewaktu mula mula Fikri melamarnya menjadi kekasih.

"Aletta, saya sebenarnya dah lama suka kat awak. First time saya tengok awak masuk sekolah, saya dah terpikat. Kita couple eh? "

Fikri tak pernah jemu mengajak Aletta untuk menjadi kekasihnya. Dan akhirnya mereka bergelar kekasih.

Kini sudah 5 tahun mereka bersama. Dari gelaran sang kekasih bertukar menjadi tunang.

Tapi sejak akhir - akhir ini, Aletta perasan Fikri banyak berubah. Kalau dulu, Fikri sering melayannya, memanjakannya. Aletta benar benar merasa disayangi.

Tapi kini, Fikri mula menunjukkan tanda tanda yang ditakuti para wanita. Curang.

Pernah suatu hari Aletta terlihat Fikri berbisik bisik ketika bercakap di telefon. Pernah juga Aletta memeriksa akaun facebook milik Fikri.  Kesemua friendlist Fikri adalah perempuan.

Aletta juga tidak tahu bahawa Fikri membuka akaun facebook yang lain, yang tidak diketahui oleh Aletta.

Dalam diam, Fikri bermain cinta dengan gadis lain.

Fikri tidak lagi memikirkan tentang perasaan Aletta. Dia hanya memikirkan kehidupannya. Dia merasa seronok begitu. Memulai cinta kembali.

Suatu hari, Aletta keluar ke pantai tanpa Fikri.  Dia kecewa terhadap Fikri. Terlalu banyak rahsia yang Fikri simpan. Semua tentang kecurangannya. Tapi Aletta bijak. Semua diketahuinya.

"Kenapa Fik tak setia kat aku. Aku dah reject orang lain demi dia. Aku tak layan pun orang lain, tapi kenapa dia tetap curang belakang aku. Aku tak faham la. Apa lagi yang dia nak. Aku dengan dia pun bukan baru kenal. Dah 5 tahun. Kenapa dia tak boleh setia kat aku! Kenapa perlu perempuan lain. Perempuan nombor satu! ", bisik Aletta.

"Boleh saya duduk sini? ". Suara seorang lelaki. Aletta seakan mengenali suara itu.

"Eh, Aliff. Awak buat apa kat sini? ''

"Haha punya lah luas boleh ternampak awak kat sini", kata Aliff.

"Hmm, duduklah", kata Aletta sedikit berbisik.

Dia betul betul tiada mood untuk bercakap.

"So, apa cerita awak sekarang?. Saya dengar awak dah bertunang. Bila nak kahwin? ". Aliff memecahkan kesunyian.

Ish, sibuk je dia ni. Bisik hati Aletta.

Aletta memang menyampah dengan Aliff sejak dari zaman sekolah. Hanya kerana Aliff suka mengusiknya. Dalam diam, Aliff sebenarnya mencintai Aletta.

"Tahun depan, In Shaa Allah saya kahwin. Nanti datang lah ya". Aletta sekadar berbasa basi.

"Saya balik dulu eh". Aletta bingkas bangun kerana tidak selesa bersama Aliff.

"Eh, kejap lah Aletta. Saya baru je duduk. Baru je jumpa awak lepas 3 tahun kita tak jumpa. Last jumpa awak pun masa reunion 3 tahun lepas". Aliff cepat cepat menegah Aletta dari pergi.

"Awak tahu kan saya suka awak. Saya tak pernah buang perasaan saya dekat awak. Ingat lagi tak kata kata saya? Walau siapa pun yang tinggalkan awak, awak masih ada saya. Saya akan sentiasa ada untuk awak", kata Aliff sedikit berbisik.

Ah, sudah dia ni. Mula berdrama lah pulak. Bisik hati Aletta. Aletta hanya tersenyum sumbing. Dalam hati dia tak pernah terkesan dengan luahan hati Aliff. Dia benar benar merasakan Aliff hanya lah rakan sekelas yang suka menyakat.

"Awak tahu kan, saya ni tunang orang. Nak kahwin dah". Kata Aletta.

"Iya, saya tahu. Tapi menurut firasat saya, awak tengah ada masalah. Awak tak happy. Kan? "

Ish, mana pulak dia tahu ni. Ahli nujum ke. Bisik hati Aletta.

"Pandai pandai je nak jadi ahli nujum", kata Aletta.

Aletta segera bangun meninggalkan Aliff yang terpinga pinga. Dia segera bangun dan mengejar Aletta.

"Kejaplah Aletta. Benci betul awak kat saya. Kenapa? " tanya Aliff.

"Bukan benci, cuma tak suka. Awak ni terlalu berterus terang. Menakutkan! "

"Sekurang kurangnya saya tak suka pendam perasaan. Lebih baik luahkan. Lagipun bukan saya nak main kan perasaan orang lain. Saya serius, jujur. Salah ke? "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now