Somin membawa segelas air suam untuk Angela . Wajah gadis itu sudah berubah pucat . Jatuh kasih melihat Angela sudah kelesuan . Gelas kaca diletak atas meja .
Mata Angela terbuka tatkala suara risau somin menerpa gegenda telinga .
" Kau okey tak ? risaulah tengok kau tak ada tenaga macam ni ? Laki kau dera kau ke apa ? " berubah suara Somin .
Kening Angela bertaut , overprotective pula dah . Dari first kenal lagi Taehyung tak pernah berkasar dengan dia. Nak jentik pun takut , apalagi mendera .
" Janganlah fikir bukan bukan . Dia baik , suami aku tak main dengan dera ni . Dia penyabar , naik tangan kat aku pun tak pernah . Maybe salah aku sendiri kot , salah makan ke ? " Jawab Angela perlahan .
Somin mengeluh lega , syukur jika Taehyung bersikap begitu dengan sahabatnya .
" Kau takpayahlah temankan aku pergi supermarket . Risau aku tengok kau sekarang . Aku hantar balik rumah terus lagi bagus . Balik rehat yaa " ujarnya panjang lebar.
Angela mengangguk faham . Tangan Somin dicapai lantas diusap . Risau benor kawannya . Baru pening sikit dah gelabah .
" Arraseo eomma " Senyum nipis dihadiah buat Somin . Somin buat muka drep . Nak tergelak terkening dia tengok . serius kelakar .
" Dahlaa , nak masukkan beg dalam kereta . " balasnya berura mahu masuk kedalam rumah semula .
Lengan Somin direntap lembut .
" Kau okey ke kemas sorang sorang ? Aku larat lagilah . Sorry susahkan kau " Balas Angela dengann kening bertaut . Kepalanya terasa berdenyut denyut lagi .
" Aku okeylah lagipun tak banyak banyak mana , dua beg je . Kau duduk rehat sini , hirup udara segar dari kebun bunga nenek ni . Aku kemas tak lama kita balik terus " Ubun Angela ditepuk . Dah macam adik beradik .
Angela mengangguk .
" Terima kasih Somin , kau satu satunya kawan yang aku ada sampai sekarang . Cepat kahwin yaa , aku taknak temankan kau sampai jadi dara tua " usik Angela .
" Kau tinggalkan aku ? tengoklah rampas kau dari Taehyung kalau kau taknak suami kau jadi duda tua . percayalah cakap aku " balas somin berbaur ugutan lalu berlalu dari situ .
Angela sudah ketawa mengekek , wajah serius Somin membuatnya terhibur .
Aih , sampai bila nak hidup single Somin . Nikmat kahwin tu kau belum rasa . Bisiknya didalam hati .
Mata Angela mula menghala kearah bunga bungaa yang ditanam nenek selama ini . Balik nak ambil batang untuk ditanam dirumah nanti . Dia nak bina taman macam nenek buat .
Angel rindu nenek , terima kasih kerana hadir dalam hidupnya . Satu satu keluarga yang mengambil berat akan dirinya hingga besar . Dia belum puas bahagiakan nenek tetapi apakan daya , kita tidak boleh melawan takdir . Yang pergi takkan pernah kembali .
Mata dipejam semula , terasa aura nenek masih hidup disekitar taman bunga . Suara gelak ketawanya , bau badannya masih segar diingatan .
Terasa manik basah mengalir dipipi , dia rasa rindu yang amat dengan keluarganya . Mood tak betul sejak dua tiga hari ini . Dia sendiri pun tidak tahu.
" Eomma , Appa , Heolmonie . Angel rinduu keluarga Angel yang dulu . Angel nak jumpaaa " lirihnya dengan sedu sedan .
_To Be Continued_
Jaga kesihatan army 💜
YOU ARE READING
✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH
FanfictionTanpa mereka sedar , sebenarnya Tuhan telah merancang pertemuan untuk mereka berdua melengkapi satu sama lain . Tetapi gelaran 'stranger' membuatkan gadis itu menolak rasa yang mula menjalar dalam hatinya . Tak mungkin , mereka stranger yang terpak...