"Aku tanya sekali lagi.Siapa yang hantar kau?" tanya si Dia dengan nada yang sudah naik dua oktaf.Mana taknya, dari tadi tak reti nak jawab.
"Ak..Aku takkan bagi tahu kau lah bodoh" jawab si mangsa denga berani sambil berkerut menahan pedih dan sakit segenap tubuhnya..
Dia tersenyum sinis sekali lagi apabila mendengar apa yang dikatakan lelaki di hadapannya itu.
Dah nak mati pun masih nak pertahankan boss tak guna kau tu lagi ke? Getus hatinya."Okay..as you say so.." Dia berkata sambil memandang ke arah Steve ,orang kanannya .
"Kill him and settle everything.." Steve hanya mengangguk sejurus mengeluarkan pistolnya dan...
Bang! Bang! Bang!
Dia yang masih dalam amarahnya itu terus keluar dari gudang tersebut dan pulang ke rumah.
Setibanya di rumah banglo tiga tingkat miliknya itu , dia disapa oleh suara sumbang milik...
"Yow , dah dapat tak?" tanya Adriyan dengan yakin.Al-maklumlah hari ini dia tidak turun kerja.Penat katanya.
Adriyan atau nama penuhnya, Danish Adriyan Benjamin merupakan adik kepada Daniel Aryan Benjamin.. Dia seorang yang berperangai sebijik seperti 'babi'..sebab apa?..lepas korang baca cerita ni nanti tahu-tahulah...
"Kau diam babi." balas Aryan acuh tak acuh. Penat! Sudahlah dia penat dengan kerja berlambak di pejabat. Tambah pula dengan perangai babi adiknya itu...memang tak boleh bagi orang duduk senang..
Tanpa menunggu balasan daripada pemilik bersuara sumbang itu dia terus melangkah ke biliknya.Tidur lagi bagus.
"Eleh.Aku tanya kau baik-baik ni pun dah kira bagus apa.Itu pun nak marah-marah...period ke apa." Adriyan membalas sambil mata tertumpu kearah abangnya yang sudah semakin jauh minggalkannya di pintu rumah.Taguna punya abang, kalau aku sepak kau satgi ,sampai ke Afrika Selatan kau sana...Adriyan mendengus geram...dia terus masuk ke dalam rumah.
Aryan yang baru habis mandi itu mengelap rambut perangnya dengan tuala.Lalu dia pergi ke arah cermin dan melihat ke arah pantulan pada cermin yang memantulkan badannya yang sasa. Dia tersenyum sendiri.Cantik body aku.Pujinya dalam hati.
Lalu dia terpandang akan kesan parut yang berada di lengan tangan kirinya.Bibir mengukir senyuman manis sekali lagi apabila teringat akan peristiwa itu.
"Aku akan cari kau,my Princess Assassin.."
"Woi! Bangun!!!!" jerit Aryan pada telinga Adriyan.Budak ni kalau tak kena jerit dulu takdanya nak bangun.Ni kalau dah bebini nanti pun kalau perangai macam ni jugak mahu tak mahu kena siram pagi pagi. Bebel Aryan dalam hati
1minit...2minit...
Masih tidak ada perubahan pada Adriyan.Aik?Dah mati ke adik aku ni? Dah selamat ke neraka ke?HAHAHAHA.
Kemudian dia terpandang akan jug yang berisi penuh dengan air suam dan gelas kaca yang kosong di sebelahnya.Lalu otak ligat memikirkan cara untuk mengenakan adiknya.Ooo..sedap kau tidur ye.
Dan...Splash!!
"Oh mak engkau neraka lagi panas."Adriyan yang baru tersedar itu terus bangun dan melatah.Dia menjeling tajam kearah abangnya yang tersenyum sumbing.
"Apa?" tanya Aryan acuh tak acuh.Bukan dia tak tahu yang adiknya itu sedang menahan amarahnya.Dia saja nak mengenakan lelaki itu.Sekali sekala takpa lah kan.
YOU ARE READING
Married With The Assassin Princess [OG]
ActionCover by: @aira_nn PRINCESS ASSASSIN. Membunuh? Hobinya.Dia membunuh untuk suka-suka dan membunuh bila dia rajin sahaja.Siapa yang cari pasal memang cari maut.Jadi sentiasa ajar diri untuk 'BEHAVE' bila bertemu dengan PRINCESS ASSASSIN. DANIEL ARYAN...