Ep 75 : Rindu ✨

1.3K 157 3
                                    

" Dismiss " Ujarnya sepatah . Kepala ditoleh kearah Junha , gadis itu mengangguk lalu terus keluar dari bilik mesyuarakt . Para staff juga turut berpusu pusu keluar dari situ .

Ting !

Taehyung mengeluarkan iphone miliknya setelah bunyi menandakan mesej masuk terus dibukanya ruang chat iphone .

Abang , cepatlah balik . Bogoshipo~

Auto senyum Taehyung apabila mesej dari isteri tersayang dibaca sekilas . Bahagia rasanya , padahal hari hari jumpa . Tak boleh nak berengang langsung .

Jari laju membalas pesanna Angela .

Kerja lagi ni , tadi kata pening kepala tak boleh lunch sama . Kan dah rindu nak jumpa .

Tersenyum seorang diri Taehyung dibuatnya . Mesej yang dia dapat dari Angela buat jiwa dia meronta nak balik terus .

Saya tak larat nak jalan jauh even lunch sekalipun . Nasib baik Somin faham keadaan saya bantu kemas semua barang peninggalan nenek :'(

Emoji sedih Angela dihujung ayat buatkan Taehyung tak sedap hati . Setakat emoji saja boleh buat lelaki itu berfikiran negatif .

Sorry sayang tak dapat temankan tadi . Abang nak balik jumpa baby girl abang . I'm going home now

Srs ? Palliwaa nakk pelukk !

Taehyung tersenyum sendiri seraya kepala digeleng . Entah apalah perangai isteri dia sekarang ni . Nasib baik sayang . Punat off iphone ditekan lalu dimasukkan kedalam poket .

Terkejut beruk Taehyung apabila melihat Jungkook memandang kearahnya dengan tangan diseluk kedalam poket .

Jungkok tersengih sinis melihat riak wajah Taehyung berubah drastik apabila melihatnya berdiri disitu .

" Amboi senyum sampai ke telinga yaa kau , puas aku cari rupanya kat sini . Meeting apa sekarang nii , cakap sorang sorang dengan setan kat sini pastu sengih sengih macam kambing ? " Sindir Jungkook .

Kerusi disebelah sebelah kiri Taehyung tarik lalu punggung dilabuh kesitu . Badan disandar seraya kaki disilang.

" Sibuk , Tak buat kerja ke ? aku potong gaji kau , kerja curi tulang . Biar semua aweks kau lari " gertak Taehyung . Fail yang perlu dia semak nanti ditutup .

Jungkook menjuih bibir dengan kening dijongket keatas , tak takut langsung dengan ugutan 'potong gaji' dari Taehyung .

" Potong gaji konon , sekarang dah pukul berapa ? pukul 5 lah . Aku baru balik dari kerjalah ni . Kau buat apaa sorang sorang kat sini hyung ? " Soal Jungkook lagi .

" Angela mesej aku suruh balik cepat punyalah sembang tak ingat dunia , aku lupaa aku seorang lagi yang tinggal kat sini . Kau pehal cari ak--"

Ayatnya tergantung apabil notification mesej whatsapp masuk lagi . Tergopoh gopoh tangan menyeluk poket . Bibir tersenyum lebar , mesti Angela datang cari lagi .

Senyumannya pudar.

Jungkook mendekatkan kepalanya dengan iphone Taehyung . Keningnya dijongket tatkala iris mereka bertembung .

" Siapa Hyung ? terus berubah muka diaa bila chat bini masuk "

Kepalanya digeleng . Iphone diletak semula diatas meja kaca . Kedengaran suara keluhan keluar dari bibir Taehyung .

Kepala disandar lemah pada bahu kerusi .

" Bukan bini akulah , perempuan tu yang hantar mesej . Rimas aku tahu kau " balasnya dengan nada sedikit kasar . Melayang mood bila nama Yoonju mula disemat pada otaknya .

" Senang dia buat salah , apa dia ingat senang aku nak maafkan . 2 tahun aku tunggu dia Jungkook . Sekarang dia datang tagih dan raih cinta aku balik . Aku tak sangka pernah jalinkan hubungan dengan dia " hambur Taehyung geram .

Tangan digenggam gaya penumbuk .

" Sejak bila dia contact kau balik ? dari mana dia dapat nombor telefon kau ? " Soal Jungkook musykil .

" Sejak balik dari paris minggu lepas , masa arwah nenek sakit tenat haritu . Bilalah nak stop kacau aku . Aku pun tak tahu dari mana dia dapat nombor aku . Sakit otak aku " Jawab Taehyung bengang . Pelipis diurut .

" Sabar bro , yang penting sekarang ni jangan layan dia . Aku taknak disebabkan perempuan tu , kau dan Angela dah tak sebulu . Salah faham . Better kau tukar nombor " pesan Jungkook . Bahu Taehyung ditepuk berkali kali .

Taehyung diam termenung sejenak . Apa yang dia perlu lakukan supaya Yoonju berhenti menganggunya .

_To Be Continued_

Rajin benor saya update harinii 💜

✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH Where stories live. Discover now