BAB 45

3.9K 188 46
                                    

Airish meletakkan Syahril yang nyenyak tertidur di atas katil. Hannif yang berada di birai katil dipandangnya sekilas. Sibuk sahaja Hannif mengambil satu persatu ubat untuk dimakan oleh Airish. Bimbang tersalah memilih ubat.

"Mari sini. Makan ubat."panggil Hannif. Tangan Airish ditariknya perlahan sehingga Airish duduk di hadapannya. Airish lantas menelan ubat-ubat yang diberi oleh Hannif.

"Sekarang ni baby dah jadi mama kepada Syahril. Macam pelik pula nak panggil baby. Patut ke abi panggil mama? Macam comel je."ujar Hannif sambil memeluk badan Airish.

"Mama? Nanti abi tertukar dengan Nek Su pula. Cuba panggilan lain. Tak pun abi panggil nama je lah."balas Airish.

"Tak sweet lah panggil guna nama. Hmm kalau panggilan lain... Macam mana dengan sayang? Comel juga tu."cadang Hannif. Hidungnya digeselkan pada pipi Airish. Wangi!

"Hmm suka hati abi lah."balas Airish.

"Sayang, cuba cerita sikit kenapa sayang suka abi. Yang betul-betul eh. Cepatlah. Abi nak tahu juga ni. Yang betul-betul punya."ujar Hannif cuba mencari topik untuk dibualkan.

"Kan Rish dah pernah bagitahu."Airish memandang wajah Hannif.

"Bagitahulah sekali lagi. Abi nak dengar suara sayang."balas Hannif.

"Mengadalah abi ni. Dengar baik-baik ni..."

"Cerita dulu first time sayang suka abi bila."potong Hannif.

"First time Rish suka abi hmm Rish tak ingatlah. Mungkin masa Rish umur 17 tahunlah kot. Rish suka abi sebab abi ambil berat dekat Rish melebihi orang lain. Rish kena gigit dekat siput pun, abi yang risau lebih. Laju abi berlari cari ubat."Airish ketawa kecil apabila mengingati semula.

"Amboi dia ketawakan abi ya? Semutlah baby, bukan siput. Bila nak tukar ni haihh..."Hannif menarik manja hidung Airish.

"Alah tersilaplah. Abi, abi kan panggil Rish sayang. Kenapa panggil baby balik?"soal Airish.

"Abi cuba biasakan diri sayang."Hannif ketawa kecil. Kalau diingat balik, agak lucu juga gelagatnya. Macamlah Airish dipatuk ular. Padahal Airish hanya digigit oleh semut.

"Okey kemudian apa?"soal Hannif setelah tawanya reda.

"Hmm entahlah. Setiap layanan abi dekat Rish buat Rish makin sayang dekat abi. Rish terfikir juga kenapa abi tak nak kahwin. Jadi kenapa abi?"soal Airish.

"Nak tahu kenapa?"soal Hannif. Airish mengangguk. Kepalanya dilentokkan pada bahu Hannif. Biarlah Hannif bercakap pula.

"Okey macam ni ceritanya. Dulu abi selalu pergi ke tapak latihan tentera dan pengawal Florensia untuk melatih mereka. Kadang-kadang abi turut berlawan menentang musuh. Jadi abi risau suatu hari nanti, kalau abi kahwin dan ada anak-anak, mereka akan sedih kalau abi tiba-tiba tak ada."cerita Hannif.

"Abi dahlah. Rish tak nak dengar benda macam tu. Rish takutlah abi. Rish tak nak berseorangan dah."kata Airish.

"Ajal maut di tangan Tuhan. Apa-apa pun abi tak nak sayang menangis. Jadi kita tak payah cakap dah pasal ni ya?"ujar Hannif. Airish hanya mengangguk kecil.

"Ops hidung Rish berdarah pula. Habis baju abi terkena darah Rish."kata Airish sambil berura-ura hendak bangun.

"Berdarah lagi? Baju boleh tukar nanti, sayang lagi penting. Jangan gerak, duduk diam-diam."ujar Hannif sambil mencapai sekotak tisu tidak jauh dari mereka. Hidung Airish yang masih mengeluarkan darah dilap lembut.

"Baby baring dulu."arah Hannif. Usai membantu Airish membaringkan diri, Hannif mengangkat Syahril ke dalam katil bayi. Kebetulan pula di vila ini mempunyai dua buah katil bayi. Langkah kaki dihayun ke bawah ingin mencari Aarash.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang