Pada suatu malam yang sunyi dan dingin. Terlihat beberapa orang lelaki yang umurnya kira-kira dalam 30 tahun lebih sedang berdiri sambil merokok di suatu lorong yang sangat sepi sehingga hampir tiada seorang pun yang berani melalui lorong tersebut.
Mereka berempat berkumpul di situ untuk menemui seseorang yang boleh dikatakan sebagai pembuat kemusnahan bagi orang lain yang tiada apa-apa kemampuan.
Orang yang mampu menggunakan kekuatan abilitinya itu dipanggil sebagai user manakala yang tiada abiliti hanyalah manusia biasa yang harus dilidungi oleh user yang mempunyai lesen.
User yang membuat kerosakan akan ditandakan sebagai musuh organisasi dan musuh kepada academy juga dan mereka dipanggil sebagai dark user.
Tapi bagaimana yang abilitinya lain daripada yang lain? Itu pula mereka tidak akan dipanggil sebagai user melainkan hibrid,ghoul,demi demon dan lain-lain yang seangkatan dengan abiliti mereka.
Sambung pada cerita utama. Mereka berempat berjumpa dengan seorang dark user. Di situ mereka sedang membicarakan akan sesuatu tetapi secara tidak sengaja telah didengari oleh seseorang yang kebetulan sedang melalui lorong tersebut.
Dengan serta-merta mereka berlima menyorok di balik kegelapan menunggu untuk menerkam si mangsa yang sungguh malang itu.
Sedang mereka menunggu akhirnya orang tersebut tiba di tempat mereka tapi yang membuat mereka pelik bukanlah orang tersebut melainkan barangan runcit yang dibawanya bersama.
Mereka mula memandang antara satu sama lain di dalam kegelapan itu mengira bahawa orang itu adalah perisik atau apa pun itu tetapi yang muncul hanyalah orang awam yang kebetulan lalu disitu jadi mereka hanya membiarkannya berlalu pergi saja.
...................
Setelah sekian lama beratur panjang hanya untuk membayar beberapa barangan akhirnya dirinya dapat juga melangkah pulang ke rumah.
Sedang dirinya dalam perjalanan secara tiba-tiba dia tersentak mendengar perbualan seseorang dari kejauhan 5 kilometer tentang mencuri sesuatu.
Apa pun disebabkan itu bukan hal dirinya jadi dia meneruskan perjalanan dengan niat secara sengaja melalui lorong yang sedang dijadikan sebagai tempat untuk bermesyuarat.
Dilihatnya dari sudut kegelapan mereka semua sedang was-was membuatkan hati lelaki yang membeli barangan runcit itu tadi sedikit terhibur.
Sesampainya di rumah terlihatlah sesuatu yang agak menyakitkan mata berada di hadapan pintu rumah miliknya.
Dihadapan pintu rumahnya ada terletak sebuah kotak bersaiz sederhana yang entah apa isi di dalamnya dengan sepucuk surat yang terlihat kemas di atas kotak itu.
Di atasnya tertulis-;
Tahniah! Anda telah dipilih masuk ke Academy Rise kami!
Kami akan menunggu kedatangan
anda di Academy kami^_^!Itulah isi di dalam sepucuk surat yang dibacanya tadi dan sekarang dia mula menyesali apa yang dibacanya tadi. "..haa..." Keluhnya yang sudah penat nak ambil tahu.
Keesokkannya~
"Huahhh~" lelaki itu menguap sambil merenggangkan anggota badan yang baru saja bangun daripada tidur itu.
Dia yang baru saja bangun daripada tidur itu dengan tenang bersiap-siap untuk pergi menghadiri kemasukannya ke Academy yang baru itu dan jikalau dia tidak menghadirkan diri,ada satu lagi surat di dalam kotak yang diterimanya itu dan dalam isinya penuh dengan ugutan.
Jadi terpaksalah dia pergi menghadiri kemasukan pelajar baru di Academy Rise itu.
Soal baju tidak perlu di risaukan sebab kotak yang dia dapat malam semalam sudah pun disediakan satu set lengkap pakaian khas serta kunci bilik academy dengan lambang academy yang akan dia masuki itu.
YOU ARE READING
Ren The Crazy Demons
FantasyPernahkah kau terfikir kenapa ular seperti dia sanggup keluar dari sarangnya dan menimbulkan huru-hara? Ren ular yang berbahaya tapi Rei lebih berbisa~ Satu ular yang sama tapi berbeza nama~ Alasan dia dimasukkan ke dalam Academy untuk mencegah keha...