◆10◆

1.9K 220 87
                                    

Dong Hyeong bermusuh ketat dengan kerabat Jeon.
Jungkook pula menjadi anak kecil yang malang. Dirinya tidak seperti saudara yang lain. Selepas Mafia Haera mati dibunuh, Dong Hyeong mengambil keputusan untuk terus jaga Namjoon, Jin, Yoongi, Hoseok, Jimin, Taehyung dan Jungkook. Ketika itu mereka tinggal di akademi yang begitu tersembunyi.

Dong Hyeong mengambil alih kuasa Mafia Haera bagi puak Black Ares, but not as a king. Ketika itu Jin masih berumur 15 tahun. Mereka tujuh beradik diasuh dan dijaga tidak sampai setahun, Dong Hyeong ditangkap polis atas kes jenayah yang berat.

Sejak dari hari itu Jungkook langsung tak bercakap sehinggakan dilabel budak bisu oleh geng mafia yang lain. Setiap hari dicaci dan diperli dengan benda yang buruk. Mungkin Dong Hyeong selalu memperburukkan Jungkook di khalayak mafia.

Namun Jungkook cuba dipertahankan oleh abang-abang yang lain. Jungkook mengalami kemurungan yang teruk. Ada sebab Jungkook jadi begitu.

Sebelum Dong Hyeong ditangkap, mereka bertujuh elok saja dijaga, cuma sedikit sakit dengan kekasaran. Pernah sekali Hoseok dipukul akibat gagal menahan diri daripada menangis. Dimarahi teruk sebab gagal dalam ujian menembak.

Dah la buta, dipukul pula dengan teruk. Tapi sekali tu je.

Tidak seteruk Jungkook.
Jungkook hanya berumur 10 tahun masa itu, seorang anak kecil yang mahukan kasih sayang tetapi diberi penyeksaan.
Tidak dilayan seperti abang yang lain.

Pernah sekali Jungkook dijadikan mangsa pukul Dong Hyeong atas sebab kegagalan saudaranya yang gagal dalam misi yang pertama.

"Aku tanya siapa yang ceroboh tempat puak tu dulu tanpa arahan dari aku??!! Jawab sebelum aku pecahkan kepala budak ni!", tengking Dong Hyeong sambil tangannya mencengkam rambut Jungkook yang terbaring lemah di atas lantai. Hidungnya mengalirkan darah hingga tertitis ke atas lantai.

Namjoon tidak boleh nak buat apa-apa termasuk yang lain. Mereka diacu dengan pistol di sekeliling ruang tamu itu. Gugup. Kenapa perlu Jungkook dijadikan mangsa?

"T-Tapi appa masa terlalu suntuk, kalau tunggu arahan dari appa memang misi tu akan gagal–"

"AKU TANYA SIAPA YANG CEROBOH DULU TEMPAT TU??!! Disebabkan misi ni dah terbongkar, nyawa aku dalam bahaya kau tau tak?!", bidas Dong Hyeong membuatkan Namjoon terdiam. Satu badannya sudah terketar teruk.

"T-Tapi wang tu kami berjaya ambil balik juga bukan? Ingat senang ke?!", celah Yoongi geram. Hatinya dah tak tenteram, tidak boleh biarkan adik bongsunya itu terus terbaring lemah di situ. Sakit!

"Kau tinggikan suara hm?~"

Dong Hyeong mengarahkan dua orang anak buahnya memegang kedua-dua tangan Jungkook. Baju t-shirt nya yang berlumuran darah itu diselak dan menampakkan belakang tubuhnya.
Tanpa amaran Dong Hyeong mencucuh hujung puntung rokok yang panas ke atas kulit Jungkook.

"Ahh hyung!! S-Sakit hiks hentikan–"

"Appa!!! STOP!! Kita boleh berbincang dengan cara yang baik!!", jerit Namjoon dan cuba mendapatkan Jungkook. Langkahnya terhenti apabila pistol diacu ke arah dahinya oleh salah seorang ahli Black Ares di situ.

"Gitau aku, siapa yang mulakan ceroboh tempat tu. C'mon~ Sujud ke arah aku my boy, aku tahu siapa orangnya. Jangan nak sembunyikan diri atau aku musnahkan terus budak ni", kata Dong Hyeong. Mulut Jungkook ditekup kuat, anak kecil itu hanya mampu menjerit menahan kesakitan. Masing-masing mengetap bibir.

Jin melangkah kaki ke hadapan. Lelaki itu terus menjatuhkan kedua-dua lututnya ke atas lantai dan menyujud ke arah Dong Hyeong. Air matanya laju mengalir dengan kata-kata rayuan.

"S-Saya yang mulakan. Please lepaskan Jungkook....please. Dia tak bersalah! Tolonglah berhenti a-appa...", rayu Jin dengan tangisan. Dong Hyeong tersenyum sinis dan melepaskan Jungkook. Jungkook memeluk tubuhnya sendiri yang penuh dengan kesan tompokan kecil akibat melecur.

"Bangun.", arah Dong Hyeong. Jin dengan teresak bangun perlahan-lahan dengan wajahnya menunduk. Dong Hyeong berjalan ke arah anak muda itu lalu menyentuh dagunya lembut. Dia tersenyum lagi. Tak sangka pula Jin orangnya~

"That's my boy~ Lagi menawan kalau kau menangis, just like your mom~", Dong Hyeong ketawa kecil dan berangkat pergi meninggalkan mereka di situ. Jin menggenggam kedua-dua penumbuknya geram, dia cukup tak suka kalau diperkatakan begitu.

Apabila semua dah beredar, dengan pantas Jin mendapatkan Jungkook dan mendakap si bongsu itu dengan erat. Yang lain turut mengelilingi Jungkook.

"Maafkan hyung kook. Semua salah hyung."

"S-Sakit..."

"Nanti aku ubatkan kau. Please bertahan.", balas Jin lalu mengusap kepala Jungkook perlahan lalu mengucup dahinya. Jin tak boleh menahan diri daripada terus menangis. Mereka bergegas membawa Jungkook ke biliknya dk tingkat atas.

Pada malam itu, mereka tidur sekali dengan Jungkook. Takut-takut adik lelaki bongsu mereka itu menjadi mangsa pukul Dong Hyeong pula.

Bukan sehari itu je, hari kemudiannya pula akan berlaku benda yang sama.

.
.
.

Aku merenung siling sambil buku Mafia Jaerim terletak di atas dada. Aku tak tahu apa yang difikirkan sekarang ni. Tengah mengimbas balik apa yang diceritakan oleh Namjoon tadi. Apa punca Dong Hyeong bermusuh dengan keluarga Jeon?

Kenapa Jungkook saja yang diseksa teruk sedangkan dia tak buat salah apa pun?
Sampai sekarang pun dia still nak seksa Jungkook?

Sebelum tu...eomma mati dibunuh? Aku ingatkan eomma mati sebab sakit ke apa. Kenapa aku langsung tak tahu apa-apa ni?? Aku ni patut tak wujud je halah halah.

Jadi, siapa bunuh eomma?
Mafia 01? Macam dalam buku ni jugak ke? No. Aku rasa aku patut jumpa tukang tilik.

Ugh aku lapar–
Aku simpan buku kecil itu di dalam laci dan bergegas turun ke bawah. Tak ada apa-apa yang nak dimakan kecuali biskut red velvet. Siapa punya? Hmmm kisah apa aku makan je la. Air coklat panas dibancuh.

Ada seseorang masuk dapur, tapi dia berpatah balik. Haaa I see you! Dengan mulut yang penuh dengan biskut aku kejor lembaga itu. Lengannya aku tarik.



"Ngak ngoin ngae angan ungok ngoo?", aku tanya dengan sengihan. Dehek apa yang aku cakap ni? Berpeluh juga dahi sebab nervous. Jungkook mengerut kening dan menepis perlahan tangan aku.

"Aku tak nak ganggu kau."

"Annghh ngom ahh~", aku telan biskut dan tarik lengan Jungkook masuk semula ke dalam dapur. Aku membancuh segelas lagi air coklat panas untuk Jungkook. Dia kan tak suka kopi. Macam biasa, Jungkook akan membelek dulu cawan sebelum dia menghirup perlahan air itu.

Aku renung je wajahnya.

"Sedap tak air Jae buat?"

Jungkook tidak menjawab dan terus menikmati air manis itu. Dirinya yang berbaju hoodie besar, memegang cawan kecil itu dengan kedua-dua tangan. Wajahnya menunduk sedikit sehinggakan rambut menutupi matanya. Aku tersenyum tanpa sengaja.

"So you like it?", soalku lagi. Jungkook meletakkan cawan dan pandang aku dengan tajam. Dia mencebik bibir dengan matanya membulat.

"Pahit."

"E-Erk...mianhae. Nak Jae tambahkan gula?", baru tangan aku nak capai cawan Jungkook, dia halang. Lelaki itu menggeleng laju tanda tidak mahu. Ouh ok, aku kembali duduk dengan ketawa hihihi ermm rasa janggal la hanat.

"Ah alang-alang kita je yang tak tidur lagi, apa kata kita sembang sikit."

"B-Boleh je.", balas Jungkook perlahan sambil menghirup semula air coklat yang terdibuat pahit tu. Yes, mungkin ini peluang aku untuk kaji serba sedikit berkenaan kisah silam dia. Ayuh mulakan. Jangan sesekali terceyduk ye wahai Jaerim.



"Ouh ambil la sikit biskut ni. Sedap tau kalau cicah sekali dengan air coklat tu~"

"Dari mana kau dapat biskut ni?"

"Erm dalam almari tu. Kenapa?"

"Ni stok makanan Yoongi hyung."





-End Chapter 10-

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now