“ Kau tiada di hadapan mata tetapi masih mampu menarik hati aku. ”
↭
"Miyoung tahukan yang mama sayangkan Miyoung?"
"Miyoung tahu mama."
"Jadi, Miyoung sanggup buat apa sahaja untuk mamakan?"
"Untuk mama, semua boleh."
Pintu perlahan - lahan dibuka. Di situ terdapat dua orang lelaki sedang tersenyum sinis. Wajah penuh dengan niat yang tersembunyi.
"Jangan terlalu kasar dengan dia."
"As you wish, Minhee." Dan semudah itu, duit bertukar tangan.
• • •
"ARGHHHHH!! PERGI! PERGI!" Aku bangun mengejut. Menjerit dan menghalau lelaki yang ingin mencapai aku dengan tangan kotor mereka.
"Yunhee?! Yunhee, kenapa ni?" Jeritanku yang kuat membuatkan ibu dan ayah terbangun. Ibu bergegas menaiki katil dan berusaha untuk memeluk aku.
Tapi aku menolak.
Aku tak mahu dipeluk.
Aku tak mahu dipegang.
Aku tak mahu disentuh.
"Yunhee, ni ibu. Ini ibu. Jangan takut sayang. Semuanya akan baik - baik sahaja." Perlahan - lahan ibu mencapai tanganku. Ayat - ayat ibu membuatkan aku tenang sedikit. Jeritan kini hanya tinggal esakan derasku.
Sungguh, aku takut.
Melihatkan aku yang sudah sedikit tenang, ibu menarik aku ke dalam pelukannya. Kepalaku diusap perlahan. Aku memegang lengan ibu dengan penuh rasa terdesak.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfic"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...