"Ehem. Apa kau cakap tadi?"Hazel dan Luqman segera menoleh ke belakang.
Sorang muka rilex. Sorang muka cuak.
"T...tak ada apa." Hazel cuba mengawal riak wajahnya.
"Aku dengar."kata Adam. Tangan disilangkan ke dada. Riak wajahnya pula kekal dingin.
Hazel jadi serba salah. Tak guna punya Luqman. Dia ni memang sengajakan.
"Jadi perempuan jangan murah sangat."kata ada sebelum berlalu.
Hazel terkedu.
Merah mukanya akibat menahan marah.
Hazel menarik lengan Adam sebelum menampar kuat pipi Adam.
Pergaduhan itu berjaya menarik perhatian seluruh pelajar yang ada di dalam perpustakaan itu.
"Aku tak murah."kata Hazel sebelum keluar daripada library. Sempat dia menarik tangan Maira.
Perempuan mana yang tak marah bila orang kata murah? Dia ingat aku tak ada maruah.
"Weh apa ni. Aku tak sempat pinjam komik lawak kampus tu. Kau nak pergi mana."Maira menarik tangan Hazel.
"Weh kau nangis ke? Siapa buat kau? Meh cakap kat aku. Biar aku tibai orang tu."Maira menyinsing lengan bajunya.
Hazel mengelap air matanya dengan belakang tangan.
'Biar betul Si Maira ni tak tahu apa yang berlaku tadi?' guman Hazel.
"Kau kenapa pandang aku macam tu. Cepat bagitahu aku. Siapa yang buat kau?" Maira sudah melompat-lompat. Bersedia untuk terajang orang.
Hazel ketawa perlahan.
"Bertenanglah. Aku okay."
"Okay kau cakap? Habis tu kenapa kau menangis?"soal Maira tidak puas hati.
"Tak ada apalah. Aku okay."tipu Hazel.
"Tipu! Baik kau cakap sekarang." bentak Maira.
"Maira...please."rayu Hazel. Dia tidak bersedia untuk menceritakan apa-apa pada Maira. Nanti tak pasal-pasal Maira pergi serang Adam.
"Okaylah. Tapi kalau kau rasa nak cerita,cari aku."kata Maira. Lengan bajunya dibetulkan. Baru ingat nak terajang orang tadi.
Hazel tersenyum kelak.
***
Dah seminggu Hazel tidak bercakap dengan Adam. Sejak kes dia tampar Adam tu viral,teruk jugak dia kena kecam dengan peminat-peminat Adam.
Tapi dia cuba sabarkan hati. Cuba mengawal diri daripada melakukan benda bodoh.
Dari jauh Hazel melihat Adam berbual-bual bersama kawan-kawannya sambil berjalan.
Apabila mereka berselisih,Adam tidak langsung memandang Hazel seperti selalu.
Hazel mengenggam buku Sains nya erat. Entah kenapa dia berasa sakit hati apabila Adam mengabaikannya dan tidak meminta maaf langsung atas kata-katanya tempoh hari.
Yang paling sakit hati sekali apabila hubungan Adam dan Jannah semakin rapat.
Hazel pusing kebelakang. Langkah diatur mendekati Adam dan kawan-kawannya.
Lengan baju Adam ditarik dari belakang sehingga Adam menghadapnya.
Adam memandang Hazel dengan pandangan yang pelik. Begitu juga Luqman,Farhan,Lutfan dan Mikael.
Hazel melepaskan pegangannya. Hazel merenung dalam mata biru cair milik Adam. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian.
"Kau nak apa?"tanya Adam dingin.
"Aku nak kau minta maaf atas kata-kata kau tempoh hari."kata Hazel berani.
"Aku just bagi nasihat so kenapa aku nak kena minta maaf?"balas Adam. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Nasihat? Nasihat apa macam tu? Tu dah macam penghinaan untuk aku!"nada suara Hazel sudah berubah sehingga menarik perhatian pelajar yang lalu-lalang.
Dia tak kesah kalau orang nak tengok dia atau nak kecam dia lepas ni.
"Kau ingat aku tak ada maruah? Ingat aku tak sakit hati bila kau kata aku ni murah? Lepastu kenapa kau tiba-tiba dingin dengan aku? Apa masalah kau? Aku tak cari pasal dengan kau pun kan? Ke kau masih berdendam dengan aku?"bertalu-talu soalan Hazel lontarkan kepada Adam.
"Cemburu."jawab Adam sepatah.
"Hah?"
"Aku cemburu tengok kau dengan Carl.Puas hati kau?"kata Adam sebelum melangkah pergi.
Hazel tergamam.
Cemburu? Kenapa kena cemburu?
"Aku dah agak dah."kata Luqman.
"Apa yang kita teka selama ni betullah."kata Lutfan pula.
"Adam...Adam... tingginya ego kau."kata Farhan.
"Tahniah Hazel."ucap Mikael.
Dahi Hazel berkerut seribu. Apa diaorang mengarut ni? Tahniah? Untuk apa? Peninglah aku macam ni.
Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Приключения"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...