IAH:30

8.3K 453 12
                                    


Hazel cuba mencapai kotak yang berada di atas almari biliknya.

"Susahnya nak ambik."monolog Hazel.

Setelah mengambil masa selama beberapa minit, akhirnya Hazel berjaya mencapai kotak di atas almari itu.

Peluh di dahi dikesat. Fuh penat. Nak ambik kotak pun berpeluh bukan main.

"Berhabuknya."

Tisu diambil lalu dilapkan diatas permukaan kotak yang berhabuk itu.

Kotak itu dibuka.

Hazel tersenyum apabila melihat gambar-gambarnya bersama keluarganya. Pada ketika itu mereka sangat gembira.

Dalam kotak itulah dia menyimpan segala kenangan manisnya. Barang yang baginya berharga pun akan disimpan di dalam kotak itu.

Kotak kecil bereben diambil lalu dibuka. Seutas tasbih dikeluarkan.Nota kecil yang ada dibaca.

Hati yang dikawal oleh zikir akan dipenuhi dengan kasih dan sayang Allah. Ia menjadikan pemiliknya mendapat nikmat yang tidak mampu dibeli walau dengan seluruh kekayaan di dunia ini.

~Mummy ❤️

Itulah hadiah terakhir daripada Mummy nya.Mummy nya telah meninggal dunia ketika umurnya genap 13 tahun. Betul-betul ketika hari jadinya.

Puan Iman? Puan Iman hanyalah ibu tiri. Dia masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa Daddy nya telah berkahwin.

Keluhan berat dilepaskan. Air mata cuba ditahan daripada mengalir.

Hazel merenung keychain berbentuk kunci yang disangkut bersama tasbihnya. Dia tersenyum kelak.

Siapa kau 'TIAH'?

***

"Wah cantiknya tasbih. Baru beli ke?"tanya Kaira.

Hazel memandang Kaira.

"Taklah. Tasbih lama."jawab Hazel.

"Eh cantiknya keychain ni. TIAH? Apa maksud dia?"Iris merampas tasbih itu dari Hazel.

"Entah. Aku pun tak tahu."Hazel merampas kembali tasbihnya. Nasib tak putus.

"T untuk Tengku. I untuk Ian. A untuk Adam dan H untuk Hayden."kata Maira sambil membentuk huruf-huruf itu dengan jari.

"Tengku Ian Adam Hayden!"kata Bella kuat.

Hazel terkedu.

"Woi diamlah setan."marah Maira. Cakap tak boleh perlahan.

Adakah itu betul?Kenapa dia tidak perasan selama ni?

"Adam ke yang bagi kau?"tanya Kaira ingin tahu sambil senyum mengusik.

Semua menanti jawapan daripada Hazel.

"A...aku tak tahu."jawab Hazel perlahan.

"Hah? Habis tu kau curi eh?"

Hazel menjeling Iris. Sedap je tuduh aku curi.

"Orang yang aku tak kenal bagi."

"Lepastu kau ambik macam tu je?Ishhh peninglah aku."kata Maira.

"BANGUN!"

"Aduh aku baru nak tidur. Semak ah Cik Salimah ni."rungut Bella.

***

Tasbih itu direnung.Hazel masih memikirkan apa Maira cakap tadi. Bijak pulak minah tu merungkaikan teka-teki itu.

"Betul ke tu Adam? Aduh peninglah kepala aku."kata Hazel  kepada dirinya. Kepala disandarkan pada tiang pondok yang didudukinya.

"Malaslah fikir!"kata Hazel sebelum turun daripada pondok itu.

Nak pergi cafe. Lapar.

Buk!

"Aduh sakitnya punggung aku." Hazel menggosok punggung yang sakit akibat terhempas di atas lantai.

Hazel memandang orang yang dilanggarnya.

Adam.

Hazel memandang tasbihnya yang berada dikaki Adam. Baru saja dia ingin mencapai tasbihnya, Adam terlebih dahulu mengambilnya.

"Ni kau punya?"tanya Adam dengan dahi yang berkerut.

Hazel hanya mengangguk.

"Jadi kau lah perempuan tu?"tanya Adam dengan senyuman kecil.

Berkerut dahi Hazel.

"Jadi keychain tu kau punya?"tanya Hazel perlahan.

Adam hanya tersenyum.

"Tak sangka orang yang aku cari selama ni ada depan mata aku."kata Adam sambil tangannya bermain-main dengan keychain miliknya.

Hazel terdiam. Macam-macam dia rasa sekarang ni. Rasa nak nangis,nak gelak dan rasa nak peluk Adam pun ada.

"Simpan keychain ni elok-elok....my Hazel."kata Adam sambil mengenyit mata.

Hazel menyambut huluran Adam. Rasa nak pengsan apabila Adam mengenyit mata kepadanya. Ya Allah teguhkan lah iman ku.

Once You Start Loving Someone It's Hard To Stop.






Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen.

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now