Busan digemparkan tentang suatu kes kebakaran besar pada 13 Oktober 2014 yang lalu dimana pada tarikh tersebut berlakunya pembakaran besar di sebuah rumah agam.Siasatan daripada pihak polis menunjukkan bahawa mereka menjumpai sekotak mancis yang terdapat cap jari pada permukaan nya.
Daripada hasil siasatan tersebut, si perlaku telah dikenal pasti iaitu anak kepada pemilik rumah agam itu, Park Ji Min. Setelah itu, pihak polis memulakan operasi meronda di seluruh kawasan Busan bagi operasi pencarian.
Keputusan nya, dia tidak dijumpai.
___________________________
Jimin telah melarikan diri ke Seoul setelah nama nya naik di Busan. Dia telah merubah penampilan nya supaya tidak muncul syak wasangka daripada pihak yang tahu mengenainya.
FLASHBACK,
13 OKTOBER 2011"Happy birthday anak tak guna."
Sukar untuk menahan perit dan kesesakan nafas apabila dadanya ditendang seakan bola sepak. Hidup dengan seorang bapa yang pentingkan diri bukannya mudah.
Jimin terbaring kaku dan menyapu darah dari bibirnya yang pecah. Insan yang digelar bapa itu pula melayannya seakan bintang selepas kematian isteri pertama akibat dari bersalin. Sejak peristiwa kematian itu, dia tidak lagi berkahwin sebaliknya membawa perempuan ii lain ke rumah nya sebagai pemuas nafsu, sementara jimin yang masih kecil diabaikannya. Hidup jimin mulai kelam saat kewangan bapa nya naik dan dia menjadi semakin bongkak serta lupa akan kasih sayang.
...
Setelah menunjak usia 18 lah jimin bertekad untuk membalas 'jasa' bapa nya atas selama dia dijaga tanpa bantuan ibu tersayang. Dengan berbekalkan minyak petrol yang dituang di sekitar luar rumah bersama sebatang mancis, sudah memadai baginya sebagai pembalasan jasa.
Thank you for 'everything'. - jimin.
Lalu terbakar lah sebuah rumah yang didiami nya selama 18 tahun yang penuh 'makna'.
And happy birthday to me. - jimin.
"Kalau kau tak boleh beri aku kasih sayang, aku akan beri sepenuhnya kepada orang yang aku sayang walaupun roh terpisah dari badan."
___________________________
Kesimpulan dalam cerita ini, Jimin ialah seorang pendosa iaitu menjelaskan dirinya yang berubah kepada suatu roh jahat yang obses akan kasih sayang. Dia telah berjanji kepada diri nya untuk terus mencurahkan kasih sayang kepada orang yang dia sayangi yang menjelaskan lagi persoalan mengapa dia ingin rina mati agar hubungan mereka kekal di alam yang lain.
Dan rina tidak pernah tahu akan dosa besar suaminya ini.
YOU ARE READING
HONEYMOON?
Horor[malay FF] ✔REMADE✔ Kisah ringkas tentang sepasang suami isteri, Park Ji Min dan Park Ri Na, sewaktu bulan madu mereka. Kisah yang memfokuskan Ri Na/ Rina, yang mengalami gangguan sewaktu bulan madu, yeke "bulan madu" ?