Bab 44

135 14 0
                                    

" boleh. "

" tapi ingat. ni last chance kau. "

" sekali lagi kau sakitkan hati Felisha , kau tengoklah apa aku buat nanti "

Jawan Raidhatul yang memberikan amaran kepada Qashaf agar tidak menyakiti perasaan Felisha lagi.

Qashaf yang mendengarkan itu hanya mengangguk perlahan.

" tolong jaga hati Felisha elok-elok. "

" Cukup-cukuplah korang berdua sama-sama tanggung sakit. "

" Selesaikan elok-elok. Jangan jadi pengecut. Jangan jadi budak-budak. "

" Faham ? "

Nasihat demi nasihat dilontarkan oleh Anizira kepada Qashaf.

" Ada apa-apa hal contact aku. "

Ujar Qhadif yang memberitahu Qashaf untuk menghubungi dirinya sekiranya terdapat apa-apa kejadian yang tak disangka berlaku.

Qashaf yang mendengarkan jawapan mereka bertiga itu kini tersenyum nipis. Perlahan-lahan air mata yang masih bersisa dipipinya diseka oleh Qashaf.

" Thanks. "

Kata Qashaf dengan nada perlahan dan suara yang serak.

Meski Raidhatul , Anizira dan Qhadif tidak merancang untuk memberikan peluang kedua kepada Qashaf , namun luahan hati Qashaf telah berjaya melembutkan hati mereka bertiga.

Setelah selesai , Raidhatul , Anizira , Qhadif dan juga Qashaf kini membawa haluan masing-masing.

Dalam perjalanan menuju ke rumah Raidhatul , mereka bertiga kembali membincangkan hal Qashaf.

" Aku tak rancang pun nak bagi dia peluang kedua tho. "

Kata Raidhatul secara tiba-tiba yang menyatakan perasaannya disaat itu.

" Tulah.. aku pun sama. "

Sokong Anizira yang menyatakan bahawa dirinya juga merasakan hal yang sama.

" Dah lah tu.. Bagi aku , semua ni dah tertulis."

" lagi pun , kesian juga dekat Qashaf. Betul , bukan Felisha sorang je yang sakit. Dia pun sakit juga. "

" semua manusia pernah buat silap. Kita doa je yang terbaik untuk diorang berdua okay ? "

Ujar Qhadif dengan nada yang begitu tenang mennyuarakan pendapatnya berkenaan cerita cinta Qashaf dan Felisha itu.

Walaubagaimanapun , Anizira dan Raidhatul yang mendengarkan itu turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan Qhadif.

" betul.. Aku harap lepas ni , diorang berdua dah tak perlu lalui benda-benda macam ni lagi. "

Sahut Raidhatul yang berharap agar Felisha dan Qashaf dapat mengecapi bahagia bersama setelah apa yang telah mereka berdua lalui selama ini.

" Inshaa Allah , diorang akan bahagia bersama. "

Tambah Anizira yang turut mendoakan agar Felisha dan Qashaf dapat meneruskan kisah cinta mereka dengan gembira.

Genap sebulan , Qashaf kini bersedia memulakan langkah pertamanya menuju ke arah Felisha sekali lagi.

Bertanggalkan 20 April 2021 , tepat jam 9 malam Qashaf mengumpul keberaniannya dan mula menghantarkan sebuah pesanan ringkas kepada Felisha.

Seperti yang dirancang , Qashaf mahu menjelaskan segalanya kepada Felisha sebelum dia melanjutkan pelajarannya di Mesir pada minggu hadapan.

PenantianWhere stories live. Discover now