“ Jimin pasti akan tersenyum seperti orang gila setiap kali berbicara tentang kau, Yunhee. Kau adalah kelemahan terbesar dia. ”
↭
"Bagaimana dengan permintaan saya tempoh hari tuan Jae?" Aku memandang ibu dan ayah silih berganti. Di sisi Jimin terdapat seorang lelaki yang kelihatan begitu sempurna. Mataku kini hanya tertumpu pada lelaki asing itu. Perbualan antara Jimin dengan ibu dan ayah bagaikan lenyap.
Lelaki itu kacak.
Sentuhan hangat ibu di tangan menyedarkan aku dari lamunan. Tidak sedar aku terlalu asyik memerhatikan lelaki kacak itu.
"Yunhee, Yunhee boleh keluar sekejap sayang? Ibu nak berbual dengan tuan Vladimir sekejap." Sekali lagi, soalan ibu membuatkan aku keliru. Siapa manusia bernama Vladimir sebenarnya? Nama dia pelik. Tidak pernah aku dengar selama ni.
"Siapa tuan Vladimir?" Kepalaku, aku telengkan ke tepi. Menunggu jawapan ibu yang asyik tersenyum.
"Jimin. Ibu nak berbual sebentar dengan Jimin." Aku tegakkan kembali kepalaku. Baru aku mengerti soalan ibu. Dengan lajunya aku menganggukkan kepala tanda setuju.
Baru sahaja aku berdiri, satu tapak tangan terhulur di hadapanku. Mataku mengikuti setiap pergerakan sehingga akhirnya tiba di wajah gerangan tersebut.
Oh! Lelaki kacak tadi.
"Yunhee nak main dekat luar tak?" Lelaki kacak itu tersenyum. Tipu sahaja kalau aku katakan aku tidak cair dengan senyuman manisnya.
Ibu dan ayah aku pandang untuk meminta kebenaran. Pantas aku mengambil huluran tangan tersebut saat mendapat keizinan mereka berdua.
"Nama aku Kim Taehyung." Suara garau lelaki itu memecah kesunyian. Setiap inci tubuh lelaki itu begitu memukau. Tidak aku sangka manusia yang hampir mencapai kesempurnaan itu wujud. Contohnya adalah dia.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...