"Lain kali jangan buat macam tu lagi . Along tak suka. Faham tak?", kata Faireez mendatar. Muka Yuhaneez ditenung dalam.
Mereka semua sudahpun pulang dari warung. Tak sempat langsung nak makan.H m..
Apa yang dilihat mereka di warung tadi bukanlah sesuatu yang indah tetapi, ianya bala!
Musuh mereka sudahpun mula bertindak. Dan Yuhaneez hampir menjadi mangsa mereka yang seterusnya.
flashback''''
Setelah kelibat mereka berlima hilang dari penglihatan, Yuhaneez memberitahu tentang rasa tidak sedap hatinya kepada Aidil.
Tiba-tiba mata menangkap sesuatu.
"12 o'clock. Don't move.", kata Yuhaneez mendatar.
Aidil yang mendengar itu hanya diam dan tidak memusingkan kepalanya. Dan perlahan-lahan tangan kiri yang memakai jam itu ditenung tajam.
Terdapat pantulan dari kaca jam tersebut. Dan dalam pantulan tersebut memaparkan tiga orang lelaki yang berbadan sasa sedang duduk di belakang mereka. Mereka kelihatan sangat mencurigakan.
Dan tiba-tiba, Aidil terpandangkan tatu berbentuk kepala naga yang terdapat pada leher salah seorang lelaki tersebut. Mata terbuka luas. Red Dragon!
Dia terus memandang Yuhaneez yang sedang elok minum air dihadapannya. Aikk? Dia ni tak takut ke?
"Chill.. I know what to do.", katanya sambil tangan mengeluarkan sebatang pen dari jaket yang dipakainya.
" When I said three, tunduk!", kata Yuhaneez tegas.
" And, don't make a mess.", sambungnya lagi.Aidil hanya menganggukkan kepalanya. Tahu sangat dengan perangai sepupunya yang satu itu. Dia tidak suka orang lain mengganggu kerjanya.
Yuhaneez menyasarkan hujung batang pen tersebut tepat pada muka Aidil . Aidil pula hanya diam tidak berganjak. Liur ditelan. Takut dengan tindakan gadis dihadapannya itu.
"One.."
Aidil hanya memejamkan matanya.Takut!
"Two..",
Aidil sudahpun bersedia untuk tunduk. Dan...
"Three!",
Tiga batang jarum yang teramatlah kecil selamat mendarat dan terkena tepat pada ketiga-tiga orang-orang suruhan Red Dragon itu. Seorang terkena pada leher, seorang di kepala dan seorang lagi pada bahunya yang terdedah.
Buk!Buk!Buk!
Dan mereka bertiga pun pengsan di meja tersebut dengan keadaan kepala tertunduk menghadap meja. Kelihatan seperti sedang tertidur.
Nasib baiklah malam itu tidak ramai orang Kalau tidak tentu dah pelik dengan mereka bertiga yang 'tertidur' di warung tersebut.
Aidil yang terdengar bunyi hentakkan ringan dari belakang meja mereka itu terus mengangkatkan kepalanya dan terus menoleh ke belakang dan ke hadapan semula.
Dia tahu bahawa pen yang digunakan Yuhaneez sebentar tadi ialah bukan sebarang pen. Pen tersebut dicipta khas olehnya untuk menyerang musuh jika mereka dalam keadaan bahaya seperti tadi . Jarum itu pula mengandungi cecair ubat tidur sebab itulah mereka bertiga boleh pengsan.
Aidil merupakan seorang pakar teknologi. Dia mencipta pelbagai jenis senjata dalam pelbagai bentuk. Contohnya adalah seperti pen tersebut.
"Bodohlah kau! Aku ingat kau nak tembak aku guna benda tu. Huh!", kata Aidil geram.

YOU ARE READING
Married With The Assassin Princess [OG]
ActionCover by: @aira_nn PRINCESS ASSASSIN. Membunuh? Hobinya.Dia membunuh untuk suka-suka dan membunuh bila dia rajin sahaja.Siapa yang cari pasal memang cari maut.Jadi sentiasa ajar diri untuk 'BEHAVE' bila bertemu dengan PRINCESS ASSASSIN. DANIEL ARYAN...