BAGASI yang sudah diisi dengan pakaiannya di tolak ke tepi oleh Adeena. Esok dia dan Mateen bakal bertolak ke France. Iphone yang berada di table nightstand di pandang sekilas sebelum di ambil.
Log panggilan di periksa sekejap.
Banyak panggilan yang masuk tetapi bukan dari tunangnya.
"Sampai bila kau nak tunggu dia Adeena?" Adeena memejamkan matanya sekejap. Tubuh dibaringkan ke atas katil.
Siling bilik yang terukir beberapa corak bunga menjadi tatapannya. Buat sekian kalinya keluhan terbit di dua ulah bibir kecil milik gadis itu.
"You dah lupakan I ke? You tak rindukan I Aiden?" Iphonenya yang memaparkan gambar dia bersama dengan Aiden dia tatap dengan penuh rasa rindu di hati.
"It's been a week now. Kenapa you tak balik Malaysia lagi? You're liar. You cakap you nak halalkan I sebaik sahaja you pulang dari Japan." Gambar Aiden yang tersenyum di sebelahnya itu dia usap perlahan.
Saratnya rindu dia kepada lelaki itu.
Adeena tersentak setelah Iphone di dalam genggamannya berdering. Jelas terpapar nama Mateen di skrin telefon. Ikon hijau ditekan olehnya mahu menjawab panggilan daripada abangnya itu.
"Sleep princess. I know you tak tidur lagi." Suara Mateen yang jelas seperti baru bangun daripada tidur itu menjengah di telinganya.
"Adeena nak tidur lah ni. Good night Mateen I love you."
"Hmmm. Love you too." Belum sempat gadis itu menekan ikon merah talian dimatikan oleh Mateen.
"Bilik sebelah pun nak call." Adeena menjulingkan matanya. Selimut dia tarik hingga ke paras dada.
Skrin Iphone yang masih memaparkan gambar milik Aiden dia usap sehingga tertidur dengan sendiri.
MATEEN mengenggam kemas tangan adiknya, bagasi turut juga dia tarik bersama.
"Mateen. Jom pergi makan dulu lapar la."
Langkah Mateen terhenti. Dia menunduk untuk melihat adiknya. Hidung mancung milik Adeena ditarik perlahan.
"You already eat a lot dalam flight tadi. Masih lapar?"
Adeena memuncungkan bibir sambil mengangguk. Tatkala mendapat jelingan maut daripada Mateen dia semakin membuat wajah comel.
"I hate this oh my god."
Tangan Adeena dia genggam lalu melangkah ke arah sebuah restaurant yang berada di situ. Gadis yang berada di sebelahnya sudah tersengih suka.
"What do you want princess? It's already late. You jangan pilih makanan yang berat. Tak elok." Adeena menganggukkan kepalanya lalu bangun dari duduk.
Tempat yang menjual makanan dia tuju. Sekarang sudah jam 2 pagi. Tidak hairanlah jika Mateen melarangnya mengambil makanan berat.
Anak mata Adeena ke kiri dan ke kanan memerhati lauk yang sudah terhidang di hadapan mata. Pinggan di ambil, tempat yang menempatkan semua menu berkaitan dengan salad dia tuju.