“ Adakah kau rasa selesa bersama dengan aku, Park Yunhee? ”
↭
"Ibu, bagaimana? Yunhee cantik tak?" Bahagian bawah gaun itu aku pegang sebelah kiri dan kanan. Berpusing - pusing aku memandang cermin sambil meminta pendapat daripada ibu. Rasanya seperti tuan puteri.
"Cantik. Yunhee cantik sangat." Rambutku yang sedikit kusut di dahi, ibu betulkan agar kembali ke tempat asalnya. Perbuatan kecil ibu itu membuatkan aku terasa betul - betul disayangi. Secepat mana perasaan bahagia itu datang, secepat itu juga perasaan sedih yang mengganti.
Kurang dari dua belas jam, aku akan meninggalkan ibu dan ayah. Beg bagasi yang sudah terisi penuh dengan pakaianku terbiar sepi di sudut bilik. Yuna dari kelmarin tidak mengucapkan satu patah perkataan kepada diriku.
"Kenapa muka anak ibu tiba - tiba monyok ni, hmm?" Pipiku ditekan sehingga membentuk muncung di mulutku. Aku tersenyum pahit. Sedih untuk meninggalkan ibu dan ayah bersama Yuna. Budak tu tak boleh dipercayai.
"Yunhee sedih nak tinggalkan ibu dan ayah." Tanganku melingkar di sekeliling tubuh ibu. Kepalaku, aku letakkan di dadanya. Setiap detak jantungnya aku dengar dengan tekun.
"Jangan sedih. Kalau Yunhee rindukan ibu dengan ayah, minta Jimin bawa Yunhee jumpa kami." Pelukan dirungkaikan sedikit. Ruang ibu untuk menatap wajahku terbuka luas. Pipiku diusap oleh ibu jari ibu. Aku mengangguk manja.
"Siap sedia. Jimin akan datang sebentar lagi."
"Baik ibu."
Aku menunggu ibu melangkah keluar dari bilik tidur. Puas dengan pemergian ibu, cermin menjadi tatapanku kembali. Hampir gugur jantungku melihat renungan tajam Yuna yang terpantul di cermin. Dada diurut perlahan untuk menenangkan detakan jantung yang laju.
"Y—Yuna." Masih takut. Masih tidak selesa. Yuna si pembuli tegar Yunhee.
"Best jadi kau ni kan? Apa kau minta semua dapat." Dia melangkah merapati aku. Wajahnya betul - betul tertulis rasa tidak puas hati. Lenganku menjadi mangsa cengkamannya.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...