Prologue

1 0 0
                                    


" Mama..Boleh tak Anna nak bela anak kucing sempena birthday Anna yang ke-17?", tanya Anna kepada Mamanya, Puan Maryam. " Mana boleh sayang, Papakan alah dengan bulu haiwan," tegas Puan Maryam memberitahu anak sulungnya itu. Izz Hannah atau nama manjanya Anna menunjuk riak sedih sambil berlalu ke dalam biliknya. " Anna..Anna..bilalah nak matang ni?" monolog Puan Maryam. 


Anna yang berada di dalam bilik menitiskan air mata. Dia begitu menginginkan anak kucing lagi-lagi selepas melihat seekor anak kucing parsi di kedai haiwan semalam. Anna menelefon teman rapatnya, Mo Chou untuk berkongsi kesedihannya. " Mou..Mama tak bagi saya beli anak kucing yang kita tengok semalam. Saya nak sangat anak kucing tu." adu Anna kepada Mo You. " Eh, budak ni. Anak kucing je pun. Takyahlah nak nangis beria-ria sangat. Nanti bila dah besar belilah sendiri. Takde siapa nak halang." cadang Mo You. Anna yang mendengar nasihat teman rapatnya terus sahaja terpujuk. 

Anna terus melupakan masalahnya tadi dan terus bersembang seperti biasa. 


Selepas makan malam, Anna terus masuk kedalam biliknya. Puan Maryam dan Encik Fazli berasa kesal dengan diri mereka kerana tidak dapat menunaikan hasrat anak sulung mereka. " Takpelah sayang, kita beli jelah anak kucing kat Anna tu. Lagipun saya punya alahan bukannya teruk sangat."beritahu Encik Fazli kepada isterinya. Puan Maryam berasa berat hati dengan jawapan suaminya namun dia hanya akur. Adik Anna, Izz Danish yang mendengar perbualan ibubapanya terus berlari ke dalam bilik kakaknya untuk memberitahu berita gembira itu. 


" Akak..akak..papa dengan mama bagi beli anak kucing!" bagitau Izz Danish kepada Anna. Anna yang teruja terus memeluk adiknya. Dia mengambil telefon dan terus memberitahu Mo You tentang berita itu. 


Keesokkannya paginya, Izz Hannah dan keluarganya pergi ke kedai haiwan itu. Izz Hannah yang teruja terus masuk kedalam kedai haiwan itu untuk mencari  anak kucing yang dia lihat kelmarin. Anak kucing berbulu hitam yang dia inginkan sedang dipegang oleh seorang budak lelaki Cina. Anna pergi kearah budak lelaki itu lalu berkata, " adik, anak kucing ni saya 'chup' dulu. Kalau saya nak boleh?". Budak lelaki itu menggeleng kepala. Anna yang melihat berasa tidak puas hati. " Mana boleh budak ni ambik, aku yang nampak dulu semalam. Tak boleh jadi ni, kena fikir sesuatu." monolog Izz Hannah. 


Izz Hannah cuba berunding dengan budak Cina tadi namun gagal. Tiba-tiba seorang pekerja haiwan disitu datang kearah mereka. " Adik, kalau adik nak anak kucing yang macam ni jugak sebenarnya ada lagi seekor. " jelas perkerja itu. Izz Hannah berasa lega. Dia meminta maaf kepada budak Cina itu kerana sikap kurang matangnya dan berkata yang mereka mempunyai citarasa yang sama. Izz Hannah pun mengikut pekerja di kedai haiwan itu. 


Izz Hannah terus tersenyum kegembiraan melihat anak kucing itu. Selepas selesai proses pembayaran, Izz Hannah terus keluar dari kedai tanpa menunggu keluarganya kerana terlalu teruja. 

Dia menunggu didalam kereta sementara menunggu keluarganya sambil bermain dengan 'Caelan', anak kucing yang baru dibelinya tadi. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi tembakan. Dia terus keluar dari kereta untuk melihat apa yang berlaku. 


Terdapat percikan darah di tingkap kedai haiwan tadi. Izz Hannah yang panik terus melintas jalan tanpa disedari sebuah kereta sedang memandu laju menuju kearahnya. Izz Hannah merasakan dirinya terpelanting sebelum semuanya menjadi gelap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 23, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

When I choose to Love HimWhere stories live. Discover now