“ Dia tidak banyak berbicara. Tetapi mengapa begitu pandai dia mencuri hati ini? ”
↭
Mataku yang kuyu, aku gosok perlahan. Perlahan - lahan aku menuruni anak tangga memandangkan aku masih lagi mamai. Ruangan dapur menjadi tempat tujuan. Dalam kesamaran, ada satu susuk tubuh yang sedang berdiri di situ.
Aku tersenyum.
Gigih ibu menyediakan sarapan untuk aku dan ayah.
Kakiku melangkah lagi menuju ke arah ibu. Seperti biasa, pinggangnya aku peluk erat. Belakang badannya menjadi sandaran kepalaku seperti hari - hari yang sebelumnya. Selesa sungguh tubuh ibu hari ini.
Lebih lebar daripada biasa.
"Ibuuuu, selamat pagi." Rengekanku panjang dan manja. Terasa lebih penat walaupun baru bangun dari tidur. Mataku masih tidak mampu untuk terbuka dengan sendirinya.
Seingat aku, aku tidur seperti biasa malam tadi. Mungkin kerana aku tidur lewat. Telinga sabar menunggu balasan dari ibu.
Tiada.
Kebiasaannya ibu akan membalas dengan, "selamat pagi juga anak ibu."
Hmph!
Jual mahal ibu hari ni.
Pelukan aku perketatkan lagi sambil kepala menggesel - gesel tubuh ibu. Aku tahu pasti ibu tak mampu menahan senjata tersembunyiku. Hatinya akan cair melihat kecomelan yang aku tunjukkan hari ni.
"Ibuuuu, selamat pagi."
"Selamat pagi juga, Yunhee." Suara garau yang menyambut ucapanku membuatkan aku tersenyum gembira. Pantas, tangan menepuk - nepuk perut ibu.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...