"Bosannya," keluh aku perlahan sambil mengusutkan lagi rambutku. Aku menghembuskan nafas berat lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Tugasan yang sekolah bagi padaku, sudah lama aku siapkan. Mahu telefon ayah dan ibu?
Siang tadi baru saja ibu dan ayahku membuat panggilan video. Kalau telefon lagi, pasti aku dilabel sebagai anak manja oleh kakak dan abangku nanti. Mereka berdua itu suka sangat berkurung. Adik seorang ini, tidak mahu diberi kasih sayang.
Seorang sibuk bermain permainan video dan seorang lagi sibuk dengan panggilan video bersama kawan-kawannya. Apa yang jadi masalah, waktu aku menelefon ayah dan ibuku, pasti mereka muncul. Sangat menjengkelkan!
Aku termenung. Lebih menyedihkan, makanan di dapur sudah hampir habis. Mahu masak pun, bahan mentah tiada. Aku membuka telefon pintar lalu menyemak akaun bank aku.
Mujur ayah ada kirimkan duit belanja, bolehlah aku memesan makanan di atas talian untuk dijadikan makan malam. Aku membuka aplikasi Panda Food. Aku mencari-cari menu kegemaran aku.
"Makan burger pun sedap juga ini," kataku perlahan lalu memesan makanan tersebut. Aku menyandarkan kepalaku pada kepala sofa lalu memejamkan mata sebentar. Setelah selesai melakukan pembayaran, aku menutup telefon lalu bergegas ke bilik mandi.
Aku ada idea untuk mengatasi kebosanan melampau aku ini. Mandi dan tunggu makanan sampai. Selepas itu, menonton filem sambil menikmati burger. Ah, pasti rasa bosan itu akan berkurang!
Selesai mandi, aku duduk di atas lantai ruang tamu lalu mencari-cari filem untuk ditonton.
"Nak tengok Abang Long Fadil lah. Abang Zizan itu memang dapat menghiburkan hati aku. Jadi, ada baiknya aku menonton filem tersebut supaya aku gelak tidak henti-henti," ujarku sambil tersenyum kecil. Dapat aku bayangkan saat aku ketawa dengan lawak pelakon tersebut.
Tok!
Tok!
Aku tersentak. Kakiku lantas bergerak masuk ke bilik. Aku memakai tudung lalu berlari ke pintu rumah umpama dikejar anjing liar. Nafas aku mengah. Pintu tombol dipulas perlahan-lahan.
Mata aku tercari-cari orangnya namun tiada bayang langsung. Aku meneguk air liur kesat. Aku terus menutup daun pintu semula.
"Bertenang," kata aku cuba menenangkan diri aku. Aku melangkah ke arah sofa semula namun bunyi ketukan pintu kedengaran semula.
Peluh aku merenik laju. Aku beranikan diri untuk membuka pintu sekali lagi. Kali ini, aku menghembus nafas lega. Seorang lelaki yang mengenakan baju merah jambu yang mempunyai logo Food Panda. Kakinya memijak tanah.
"Awak kenapa? Berpeluh semacam saya tengok," tegurnya membuatkan aku terkejut kecil. Aku menggaru kepalaku. Kekok. Dengan tak malunya, aku memandang wajahnya yang ditutupi dengan mask hitam.
Aku terpana.
"Ta... Tadi, saya buka pin... Pintu. Saya bu... Buka, tak ada orang. Berdebarlah saya," gagap aku berkata. Mata aku masih kekal mengamati wajah tampan itu.
"Itu saya tadi. Saja bergurau. Hahaha," ujarnya sambil ketawa kecil. Dia membuka mask itu. Aku melongo seakan tak percaya. Hati aku ni berdebar rasa mahu pecah. Dia menghulurkan burger kepada aku.
Wajahnya sangat mengingatkan aku kepada seseorang. Kelopak matanya yang seakan bayi. Bibirnya yang mungil dan merah bak delima. Jawline tajamnya, fuh tercucuk terus di hati aku ini. Hidung mancungnya yang terletak elok. Kulit muka yang putih bersih tanpa sebarang cela.
Aku menyambut huluran tangannya.
"A... Awak ni Jeon Jungkook ke?"
Matanya terbeliak kecil.
#dudukrumahbersamawattpad
FanFiksyenMY
YOU ARE READING
Duduk Rumah Bersama Wattpad
RandomKoleksi cerpen semasa Perintah Kawalan Pergerakan.