Lepas solat isyak berdua tadi terus Taehyung main game dekat laptop dia. Mak dan abah belum balik dari masjid, mungkin ada ceramah untuk puasa kot. Aku dan Taehyung tak ikut sekali sebab letih.
"Jangan main lama sangat ye nanti kang esok pagi liat nak bangun sahur." Kata aku sambil sangkut baju kat dalam almari.
"Satu game je sayang, promise ni." Dia tunjuk jari kelingking kat aku, dah la jari panjang giler. Tiba-tiba aku dengar suara mak bagi salam, dah balik pun. Aku pergi ruang tamu bukakkan pintu untuk dorang.
"Ada ceramah ka tadi, mak?" Kata aku seraya buka pintu. Aku tengok abah duk pegang plastik kacang, mulut tu mestilah tengah kunyah kan. Kacang goreng memang kegemaran abah dari dulu sampai sekarang, samalah dengan anak-anak dia contohnya aku.
Oh lupa nak kongsi dengan korang aku sebenarnya ada empat beradik. Aku anak kedua, aku ada abang berumur 31 tahun. Ye aku tahu suami aku lagi tua dari abang aku kan, abang aku stay dekat jepun dia pelukis dan pembuat filem anime yang korang suka tengok tu. Dia dah berkahwin jadi aku tak langkah bendul ! Dia kawin dengan gadis melayu cina yang jiwa sama macam dia, jiwa anime dan cosplay . Dan yang paling best isteri dia mengandung, tak sabarnya!
Lepas tu aku ada dua adik, sorang lelaki dan yang last sekali perempuan. Adik lelaki aku umur 27 tahun dia ada syarikat baiki penghawa dingin secara kecil-kecilan. Sekarang dia ada dekat Prancis, dia baru habis join khusus bawa track kontena. Itu memang impian dia sejak kecil jadi tak da sapa halang.
Last sekali adik perempuan aku umur dia 22 tahun. Sekarang tengah buat ijazah sarjana muda dekat USM Universiti Sains Malaysia. Dia cakap dia nak study oversea macam kami along, angah dan achik dia. Aku bersyukur sangat anak mak abah aku berjaya walaupun kami sebenarnya asal dari keluarga yang biasa dan hidup di kampung.
"Laki hang mana angah? " Tanya abah yang tengah makan kacang sambil tengok tv. Mak pula tengah tuang air milo panas kat dalam cawan.
"Ada dalam bilik, tadi main game. Sat nak panggil dia." Baru aku nak bangun dari sofa, aku nampak Taehyung berjalan kemari.
"Tak payah panggil la dia tak larat kot. Eh ingat kot Aryan tidur dah tadi." Kata abah bila nampak Aryan duduk kat sofa sebelah aku. Nak menghimpit jugak kan.
"Mana ada, tak tidur lagi tak mengantuk pun." Balas Taehyung sambil tepuk-tepuk paha aku.
"Ha minum air ni dulu satgi pi tidur, kalau dak esok payah nak mangkit makan sahur kalau tidur lambat." Mak letak gelas depan Taehyung dan aku. Kami minum dan masuk bilik untuk tidur.
♥♥♥
Kring! kring!
Jam di sebelah aku tutup lalu bangun ikat rambut dan pergi dapur. Aku basuh muka dan mula masak nasi.
"Amboi awai bangun, Aryan tidur lagi ka?" Tanya mak apabila sampai dekat dapur.
"Macam besa la, awai-awai ni dia tak dak nak jaga aih. Mak nak masak apa hari ni?" Kata aku.
"Buat ayam masak kicap dah la, lepastu bancuh air milo panas." Kata mak sambil ambil ayam dalam peti sejuk then kasi kat aku. Aku pun basuh ayam tu, aku potong bawang dan masak la kan. Last sekali aku susun cawan dekat atas dulang dan letak dekat atas meja makan, air mak dah buatkan.
" Dah pi gerak laki hang, mak nak pi gerak laki mak." Mak berjalan meninggalkan aku. aku tergelak sikit dan masuk kebilik. Aku tengok Taehyung masih dalam selimut.
"Oppa palli bangun sahur, cepat nanti terlepas." Aku tepuk-tepuk lengan dan bontot dia. Dia mengeliat macam dah nak bangun. Tapi hakikatnya dia tidur balik.
YOU ARE READING
[C]Bangun Sahur Sayang | KTH
Romance[Readers cakap Sweet] Cabaran bagi seorang lelaki mualaf dari korea untuk berpuasa penuh tahun ini. ❤️ The more you read the bitter it can be. Chapter- Sweet Special i - Slayyyy Special ii - Sad