" Hati hati turun tangga tu " Laung Ahjuma Na dari jauh . Angela sekadar ketawa kecil . Rasa rimas pula bila rutin hariannya dijaga oleh orang lain .
" Nae " Balas Angela sepatah . Perlahan lahan Angela menuruni tangga . Pemegang besi tangga dipaut erat . Takut tersilap langkah .
" Mak cik buat apa tu ? " Soal Angela lalu berdiri disebelah Ahjuma Naa , gerak geri wanita sedikit berusia itu diperhati . Perutnya sedikit senak itu diusap .
Pejam celik , tak berasa pula kandungan dia dah mencecah 4 bulan , Pergerakann dia pula dihadkan . Siapa lagi kalau bukan Taehyung yang arahkan dia duduk dalam bilik saja .
Alamatnya tengok siling jelah kalau duduk mereput saja dalam bilik .
" Mak cik nak buat mandu untuk suami kamu , Taehyung kata dia nak makan mandu daging yang mak cik buat hari tu . Mak cik tak sangka mandu tu makanan kegemaran dia "
" Lahh , nak lagi rupanyaa . Maaflah susahkan mak cik . Angel buat tak sedap sebab itulah Taehyung taknak makan " Ujar Angela sedikit sedih . Ini kali pertama masakannya ditolak oleh Taehyung .
Disebabkan Mandu juga Angela mogok tak mahu bercakap dan bertegur dengan Taehyung walaupun duduk serumah . Semua Mak Cik Naa yang jawab bagi pihak dia .
" Jangan cakap macam tu , Angel kena berlatih lagi buat mandu sampai suami kamu suka . Mungkin ada bahan yang Angel guna itu buat suami kamu tak suka " Ujar Ahjumma Naa sedikit memujuk . Angela sekadar mengangkat bahu .
" Angel ikut saja apa yang dia ajar , cuma dia guna minyak bijan untuk perap daging tapi kenapa Mak cik Naa tak guna ? " Soal Angela sedikit pelik .
Makin berkerut dahi Angela apabila mendengar suara tawa Ahjumma meletus . Dia tengah buat lawak ke ?
" Minyak bijan itu bukan bahan asas , nak guna ke tak itu semua terpulang . Mungkin itu punca Taehyung taknak makan mandu yang Angel buat ? " Soal Ahjumma Naa pula .
" Entahlaa mak cik . ish mengada betullah Taehyung nii . Memilih sangat " marah Angel geram . Ahjuma Naa menepuk pelan bahu Angela yang tengah panas .
" Biarkan diaa , sini mak cik ajar kamu cara cara buat mandu ikut resepi cina punya . " Pelawa Ahjumma Naa dengan senang hati .
" Boleh kee ? "
" Ehh , apa yang tak bolehnyaa ? "
______
Angela sudah berkemas mahu ke berjumpa dengan Taehyung . Hari ini dia mahu rendahkan ego yang menjadi tembok konkrit dalam dirinya .
Harapkan Taehyung nak pujuk . Alamatnya lari dari rumah dulu baru dia pujuk .
" Mak cik , Angel keluar dulu yaa ? Mak cik jangan bagitahu Taehyung yang pergi jumpa diaa " Pinta Angela .
Wanita tua itu sudah gugup mahu menjawa apa . Dia telah diamanahkan jaga Angela , jangan bagi dia keluat rumah seorang diri . Bahaya bagi dia lagi lagi perut dia sudah membulat besar .
" Mak cik temankan yaa ? Mak cik takut Taehyung marah biarkan Angel keluar sorang sorang kat luar "
Kepala digeleng menolak ajakan Ahjumma Naa . Bekas makanan berisi mandu buat Taehyung digapai .
" Mak cik duduk rumah saja , Grab dah tunggu kat luar . Annyeong "
Angela bergegas keluar , Dia tipu sebenarnya . Tak ada Grab pun datang menjemput . Dia mahu singgah ditaman permainan sebentar mahu membeli ais krim .
Disitu ada truck Ais krim , jadi dia singgah sebentar sementara waktu makan tengah hari tiba .
_To Be Continued_
Saya akan tamatkan secepat mungkin story nii 😭
YOU ARE READING
✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH
FanfictionTanpa mereka sedar , sebenarnya Tuhan telah merancang pertemuan untuk mereka berdua melengkapi satu sama lain . Tetapi gelaran 'stranger' membuatkan gadis itu menolak rasa yang mula menjalar dalam hatinya . Tak mungkin , mereka stranger yang terpak...