MATEEN mengucup pipi anaknya Asher sambil kaki melangkah menuruni anak tangga. Figura adiknya di cari.
"Adeena!"
"Mateen. Lower your voice. Your dad baru balik kerja dia tengah tidur di bilik." Mateen menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Mom did you see your daughter?" Soal Mateen kepada ibunya. Dari pagi tadi adik perempuannya itu bersusah payah mengajaknya keluar.
"Adeena bersiap kat atas. Dia cakap kamu nak bawa dia pergi Seine River."
Mateen mengangguk. Sofa yang tersusun di ruangan tamu dia duduki sekejap sambil menunggu Adeena bersiap.
"Holla! Jom pergi dah lambat ni!"
Mateen menggeleng. Bilalah adiknya mahu membuang perangai kebudakannya itu. Menjerit sana sini. Terpekik terlolong.
"Adeena you dah nak masuk 20 tahun. Jangan terjerit macam tu."
Mateen menunjal perlahan dahi licin adiknya.
Asher dia beri kepada Adeena.
"Comel la Asher ni macam mama Deena!" Tubuh kecil itu dia angkat tinggi lalu di gomol.
Wangi! Bau Mateen.
Bagaikan sesak nafas Asher Mikael akibat ketawa. Sampai meleleh air liur ke dagunya.
"Pergilah. Jangan balik lewat." Adeena dan Mateen mengangguk kepada ibunya.
"Dah jom." Lengan Mateen disauk oleh Adeena. Mereka berdua melangkah keluar dari rumah lalu menuju ke kereta.
"Seine River?" Adeena mengangguk teruja. Sudah lama dia tidak pergi ke sana.
Setelah mengambil masa selama 30 minit akhirnya sampai juga mereka bertiga ke Seine River.
"Dah lama kita tak datang sini kan Mateen." Gadis itu mencebik setelah hanya menerima anggukan daripada Mateen.
Cubalah cakap 'ya' ha'ah ke tak ada lah dia rasa diabaikan. Macam beria sangat dia bercakap dengan Mateen ni.
"Come to daddy." Asher dia ambil dari dukungan Adeena. Tangan adiknya dia genggam lalu membuka langkah.
"Kat sana ada view cantik jom ambil gambar." Tangan kasar milik Mateen di tarik oleh Adeena. Bukan main teruja lagi riak wajah gadis itu.
Klik'
Klik'
Beberapa keping gambar pelbagai gaya di ambil oleh Adeena.
Cantik!
"Adeena kita berhenti kejap. Kesian Asher dia lapar."
Gadis itu mengangguk. Anak matanya melilau ke sekeliling mencari kedai yang menjual makanan halal.
"Sana ada gerai jom."
Mateen hanya mengekori dari belakang langkah Adeena. Seperti satu buah keluarga kecil pula mereka bertiga. Mateen tersenyum kecil.
