° Vladimir 009 °

327 48 8
                                    

“ Kemesraan kau bersama lelaki lain menimbulkan satu rasa yang tidak aku ketahui

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kemesraan kau bersama lelaki lain menimbulkan satu rasa yang tidak aku ketahui.

"N—nama saya Jae Yunhee

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"N—nama saya Jae Yunhee. Senang bertemu dengan kalian." Lantai tiba - tiba sahaja menarik perhatian. Jari - jemari kumainkan kerana terlalu gementar. Tidak pernah seumur hidupku berbicara di hadapan khalayak ramai.

"Urmm... Urmm..." Lidahku kelu. Aku kematian kata. Tangan masih keras menghalakan mikrofon ke mulut. Air liur terasa kering.

Dup...

Dup...

Dup...

Degupan jantung usah dikata lagi. Hampir pengsan aku kerana detakan jantung yang lebih laju daripada biasa. Kosong aku rasakan saat ini. Namun secara tiba - tiba, mikrofonku hilang dirampas oleh seseorang. Aku turut mengikuti pergerakan mikrofon itu.

Kim Seokjin.

Wajahnya terukir senyuman hangat sambil telapak tangannya singgah di belakang tubuhku. Perlahan dia menolak aku supaya menuruni pentas. Akur, kaki aku langkahkan mengikuti arah yang ingin dituju.

"Berikan tepukan pada Jae Yunhee kerana berani bersuara!" Serta - merta seluruh dewan itu bergema dengan tepukan yang tertuju buat aku.

Muka ditutup dengan tangan. Kaki pantas berlari ke tempat dudukku. Ahh, malu sungguh. Inikah rasanya bila bercakap di hadapan mata - mata yang sedang memerhati?

"Hey, kau dah buat yang terbaik. Jangan malu." Jangmi, mahasiswi yang duduk di sebelahku menepuk - nepuk bahuku. Sedikit lega aku rasakan dengan kata - kata semangat yang diberikan.

Kuatlah Yunhee. Kau pasti boleh!

• • •

[C] Vlàdimir. pjmWhere stories live. Discover now