Bab 8

230 30 0
                                    

          "Pa, Lyea nak keluar jumpa kawan-kawan Lyea boleh tak?", tanya Yuhaneez yang sedang berada di ruang tamu.

"Dah tanya mama belum? ", tanya Ziel Arrayyan.

"Dah.. dia suruh Lyea tanya papa..Boleh lah pa", rayunya..

"Iyelah iyelah.. Tapi janji hati-hati tau..and jangan balik lewat sangat..", pesan Ziel Arrayyan kepada anaknya itu.

"Okey papa thank you tau!! i love you bye muahh", Yuhaneez yang teruja itu terus menyalam tangan Ziel Arrayyan dan mencium pipi lelaki itu.

"Waalaikumsalam", perli Ziel Arrayyan.

Yuhaneez hanya tersengih seperti kerang busuk.

Dia terus melangkah keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta BMW miliknya. Malaysia je pun.. tak perlu nak guna kereta mahal sangat duh~

            Sementara itu, Faireez dan Haireez sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah puas membeli-belah di pasar raya.

Ketika Faireez sedang elok memandu, dia menekan brek dengan mengejut apabila dia hampir terlanggar seorang gadis yang muncul entah dari mana..uishh! nasib tak arwah..

"Weh siapa tu?" tanya Haireez cemas sambil membuka pintunya lalu keluar mendapatkan gadis itu.

Faireez juga turut keluar untuk melihat keadaan mangsa tersebut. Dan dia menjerit tiba-tiba...

"Raina!!",

Rupa-rupanya gadis itu adalah Raina. Gadis yang telah berjaya mencuit hatinya tempoh hari..Tapi, apa dia buat dekat sini? Kenapa kaki dia luka?Kenapa ada lebam? Banyak persoalan yang muncul di fikirannya.

"Eh ni bukan ke perempuan yang ambik order kita haritu", tanya Haireez .. Dia ingat lagi perempuan ini. Perempuan yang berjaya menarik perhatian abangnya itu.. dan.. Raina? Siapa? Mereka kenal ke?

"Ye..ni lah dia..Tapi apa dia buat dekat sini..", kata Faireez. Mata masih tertumpu kepada raut wajah gadis tersebut. Masih cantik walaupun sedikit comot terkena lumpur.. Lumpur?

Faireez pantas menoleh ke tepi jalan tersebut.. Hutan? Budak ni buat apa dekat hutan tu?

"Daripada kau tanya aku baik kita bawa je dia ni balik.. Nanti mummy boleh uruskan.. Dia kan doktor", kata Haireez lagi.

"Okey", tanpa membuang masa, Faireez terus menangkat gadis tersebut dan di bawa masuk ke dalam kereta. Dia ditempatkan di tempat duduk belakang.Selesai itu, Faireez terus memandu menunju pulang ke rumahnya..

          Di cafe.....

"Mana diorang ni ...Dah 15 minit lebih aku tunggu dekat sini..Huh! Janji melayu betullah!", Yuhaneez membebel sendiri. Kelibat kawan-kawannya masih belum kesampaian.

Tidak lama kemudian..

"Wehhh Aneez!!! Sorry kitorang lambat", Yuhaneez hampir tersedak dengan jeritan nyaring itu... Nasib baiklah ni cafe aku..Kalau cafe orang lain tadi mau taknya kena halau. gumam Yuhaneez dalam hati..

"Bodoh lah kau.. Cuba diam sikit.. Tau lah ni cafe aku..takyah lah jerit macam tu.. nasib customer aku tak lari..", tegur Yuhaneez sebaik sahaja mereka duduk di situ..Gadis dihadapannya itu hanya tersengih tidak bersalah..

"Sorry lah..Aku takut kau marah sebab kitorang lambat.. Ni aku lambat pun sebab ada mamat hensem bisu mana entah yang langgar aku tadi. Lepas tu dia blah macam tu je. Cakap apa-apa pun tak..So aku rasa dia bisu.", jawab Hannah sambil menceritakan peristiwa dia terlanggar seorang mamat hensem yang bisu itu..Mereka yang lain hanya ketawa perlahan.

Married With The Assassin Princess [OG]Where stories live. Discover now