Seperti biasa bunyi saja jam di phone aku terus bangun dari tidur nak buat makanan sahur. Tapi lepas ja aku bangun aku rasa sesuatu yang pelik. Korang tau tak laki aku hilang!
"Taehyung~ Oppa ? Muhammad Aryan? Sayang awak kat mana?" Aku bangun dan keluar dari bilik. Tiba-tiba aku menangkap bunyi orang bergelak ketawa. Amboi bahagia aih!
Sampai ja kat dapur aku tengok Taehyung tengah bancuh air sambil berborak dengan mak yang tengah masak sesuatu dalam kuali.
"Awal oppa bangun hari ni. Ingat kan hilang sebab lari tak larat nak puasa." Aku menghampiri mak, yelah nak tengok mak masak apa.
"Eh sayang dah bangun! Mana ada oppa nak lari, ni bangun awal sebab nak tolong mak. Sayang tu lagi jam tak bunyi tak bangun." Dia gelakkan aku. Lepas tu mak mula bercerita pasal aku dekat si Taehyung ni. Bukan main seronok mereka ketawa kan aku.
"Mak nak buat apa lagi ni? Meh nak buat." Aku tengok kat meja ada ikan kembung goreng. Dalam kuali pulak ada sayur campur, sedapnya!
"Tak dak nak buat apa dah. Tanya Aryan kot nak makan apa-apa." Balas mak sambil masukkan sayur campur kat dalam mangkuk.
"Sayang nak makan apa-apa tak?" Soal aku sambil menghampiri Taehyung. Semangat dia hari ni aku suka. Taehyung geleng sambil senyum lepastu dia peluk aku dari belakang.
Depan mak kot, takpa mak dah faham dah kesweetan kami ni memang lost control. Baru sahaja mak nak bangun pi kejut abah, abah elok ja sampai dapur siap duduk atas kerusi lagi.
"Awai Aryan mangkit harini, semangat nak puasa ka?" Kata abah seraya minum air milo panas yang menantu kesayangan dia buat.
"Aryan terjaga awai tadi tu yang tolong mak kat dapur. Nak harap kan budak ni selagi jam tak bunyi tak bangun la dia." Balas Taehyung sambil goyang-goyangkan pelukan kami. Sekucup ciuman dia hadiahkan di atas kepala aku. Haih tak malu ka cik abang oi!
Dorang semua gelak dan kami mula duduk dan bersahur. Taehyung tak habis dengan sikap teruja dia.
Aku ambil sayur campur dan masukkan dalam pinggan Taehyung. Dia memang suka sayur kalau masak macam ni.
"Terima kasih sayang." Dia senyum kat aku, yelah tak kan nak buat muka kunyit pulak kan?
"Sama-sama kasih." Aku balas sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Semua orang makan diam ja. Taehyung yang cakap banyak, mak abah pun layan la menantu diorang tu.
Dia tanya ikan tu beli mana lah. Sayur yang mak buat tu nak letak apa lagi bagi sedap sebab dia nak suruh aku masak nanti. Lepas tu dia tanya kucing kat rumah aku tu datang dari mana sebab tak penah nampak sebelum ni. Macam-macam lah dia tanya, ada je soalan mengarut dia. Aku hanya mampu geleng kepala jelah.
Lepas ja sahur kami clearkan meja dan basuh pinggan. Lepastu aku dan Taehyung masuk bilik nak solat. Dalam bilik aku sebenarnya memang dah ada toilet sebab dulu-dulu kan pernah jadi bilik pengantin aku dan dia so kena la istimewa sikit.
"Sayang cepat la." Kata Taehyung, kalut la dia ni bukannya nak habis dah waktu. Muazan masjid pun baru ja habis azan tadi.
"Ya datang ni." Aku berdiri di sejadah aku dan mula solat berimamkan Taehyung eh tak berimamkan Muhammad Aryan.
Habis saja solat kami baca al-quran bersama. Aku dan Taehyung niat nak habiskan quran bulan puasa ni. Sambil tu boleh lancarkan bacaan Taehyung.
♥♥♥
Habis je baca Quran pagi tadi terus Taehyung tidur balik sampai pukul 10 pagi. Aku nak kejut tapi abah tak bagi, abah cakap biar lah dia penat lagi tu.
YOU ARE READING
[C]Bangun Sahur Sayang | KTH
Roman d'amour[Readers cakap Sweet] Cabaran bagi seorang lelaki mualaf dari korea untuk berpuasa penuh tahun ini. ❤️ The more you read the bitter it can be. Chapter- Sweet Special i - Slayyyy Special ii - Sad