Bab 9: Siapa Bakal Suami Aku?!?!

16 1 0
                                    

Hari ini aku sudah berjanji dengan Aiman untuk berjumpa. Aku pun tidak pasti mengapa. Aiman membawaku ke sebuah taman yang terletak tidak jauh dari perumahan kami. Aku membawa gambar yang aku terjumpa semalam dan letakkannya di dalam poketku.

Setelah sampai di sana, aku dan Aiman duduk di kerusi berdekatan.

"Kenapa nak jumpa?"

"Tak ada apa apa pun, saja aja"

"Ok so sekarang nak buat apa?"

"Aku nak tanya sikit boleh"

"Ha apa dia"

"Kau rasa kalau aku pindah sekolah lama okay tak?"

"K..kenapa pulak?"

"Aku tak nak orang tahu rahsia aku"

Ayat Aiman itu diungkapkan dengan nada yang sangat perlahan.

"Apa yang kau cakap tadi?"

"Tak ada apa apa lah"

"O..okay"

Telefonku berdering. Ilhan menelefonku?!?! Mengapa dia menggangguku di waktu begini?!?!

"Hmm bakal suami telefon ke?"

"Hahaha, kejap ye"

Aku pergi mencari tempat yang sedikit sunyi.

"Hello Ilhan"

"Mel,kau free tak?"

"Tak, tengah sibuk ni"

"Kalau macam tu, tak apa lah. Bye"

Ilhan menghentikan perbualan. Lalu aku kembali ke Aiman.

"Cakap pasal apa tu?"

"Entah si Ilhan ni, pelik pulak dia"

"Ilhan tu gila, tak tahu ke?"

"HAHAHA"

"Mel, aku nak tanya kau sikit. Kalau lah kan, kita ditakdirkan bersama, kau rela tak"

"Kita?Hmm entahlah. Kenapa tanya macam tu?"

"Saja je tanya"

"Dah alang alang kita jumpa ni kan, aku nak tanya sikit jugak lah..."

Aku mengeluarkan gambar yang berada di dalam poketku. Dan masa itu jugaklah telefon Aiman berdering.

"Ke..kejap ye Mel, Bella telefon"

"Ceh bakal isteri telefon"

"Not funny okay"

Aiman beredar mencari tempat yang sedikit sunyi. Aku pula menatap gambar yang aku pegang itu lalu termenung sebentar.

Dalam gambar ni macam familiar,tapi siapa? Kerana kanak kanak lelaki itu seperti setahun dua di dalam gambar ini dan sudah pasti lelaki itu sudah dewasa sekarang.

Aiman datang kembali selepas perbualannya dengan Bella.

"Ha tadi nak tanya apa?"

"Huh? Tak ada apa apa lah"

"Kat tangan tu apa?"

"Oo ni? T..tak ada apa apa lah..."

"Meh sini nak tengok jap"

Lalu Aiman merampas gambar itu daripada tangannku.

"Gambar sapa ni?"

Aku pula merampas balik gambar itu dari tangan Aiman.

"Bukan gambar sapa sapa pun"

"Eleh, iya iya lah tu"

"Jom balik lah"

"Haa yela yela jom balik"

Lalu kami menaiki kereta dan balik. Di hadapan pintu rumah aku...

"Cantik cincin kat tangan tu, Ilhan bagi ke"

"Nampaknya macam tu lah"

"Cewah dah jadi tunang orang la"

"Alah kau kawin jela dengan Bella tu"

"Aku?Bella?Kawin? Tanak la aku bukannya suka dia pun"

"Dah tu siap bersayang sayang bagai"

"Dia aja panggil aku sayang, aku tak panggil dia sayang pun"

"Dah tu"

"Dia aja yang mengada ngada"

"Oo ingatkan kau dengan dia in relationship"

"Ceh tak ada maknanya. Dah lah aku nak balik bye"

"Bye Aiman"

Aku naik ke bilik selepas itu.

Zz..zz..

Best ke keluar dengan jantan lain
-Ilhan

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 27, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mama Aku Ingin PulangWhere stories live. Discover now