"Aduh mana kak Ina ni." Hazel mengelap peluh yang menitik di dahi.
Habis merah mukanya akibat bahang matahari.
Dah hampir satu jam dia menunggu di bus stop hadapan sekolah. Dah berpuluh kali dia cuba call kak Ina. Tapi tak diangkat. Sabar jelah Hazel.
Mulut Hazel tidak henti berzikir. Kadang dia tersenyum sendiri apabila melihat tasbih pemberian Mummy nya itu.
Tasbih nilah menjadi asbab antara pertemuannya dengan Adam.
Indahnya takdir yang diatur oleh Allah.
"Kau kenapa tak balik lagi?" tanya satu suara.
Hazel terus mengangkat mukanya.
Adam.
"Kak Ina tak sampai lagi."jawab Hazel bersama senyuman.
Adam menurunkan cermin mata Ray Ban nya ke atas batang hidung.
"Jomlah. Aku hantar kau balik." pelawa Adam.
"Ajak betul-betul ke ajak-ajak ayam?"tanya Hazel apabila teringatkan yang Adam pernah kenakan dia.
"Ada nampak muka aku macam bergurau ke?"tanya Adam balik.
"Takde. Tapi kalau aku balik dengan kau,kak Ina macam mana?"kasihan pula kalau kak Ina datang ambil dia.
"Kau tak cuba call dia ke?"
"Dah cuba tapi dia tak angkat." Hazel menggaru kepalanya yang berlapik tudung. Macam mana ni?
"Adam!"panggil satu suara.
Hazel dan Adam mengalih pandangan kearah suara itu.
"Awak boleh tak tolong tumpangkan saya balik? Parents saya tak dapat nak jemput saya."
Adam pandang Hazel sekilas sebelum memandang Jannah.
"Boleh je. Masuklah dalam kereta."
Jelas riak gembira di wajah Jannah apabila mendengar jawapan daripada Adam. Tapi Hazel pula sebaliknya.
"Kau balik jelah dengan aku. Mungkin Kak Ina ada emergency."kata Adam kepada Hazel.
Setelah membuat perhitungan, ada baiknya juga jika dia balik dengan Adam. Taklah Adam berduaan dengan Jannah.
"Okaylah."
Dengar saja jawapan daripada Hazel, Adam terus mengangkat bagasi milik Hazel masuk ke dalam keretanya.
"Ehem."dehem Hazel apabila Jannah ingin mengambil tempat di sebelah pemandu.
"Ha? Apa?"tanya Jannah dengan muka blur.
"Maaf ye. Saya rasa saya yang patut duduk di sebelah Adam." jawab Hazel lembut.
"Ouh. Maaflah. Saya kalau tumpang Adam memang akan duduk kat sebelah pemandu. Dah jadi terbiasa." kata Jannah.
"Takpe. Kalau awak dengan Adam je awak bolehlah duduk sini tapi girlfriend Adam kan ada kat sini. Jadi biarlah saya duduk kat sini ye."Hazel cuba memberitahu dengan lembut agar tiada yang terasa hati.
"Duduklah. Saya duduk kat belakang." Jannah membuka pintu di bahagian belakang.
Sepanjang perjalanan masing-masing diam membisu. Hanya bising dengan suara DJ daripada radio saja.
"Aku nak beli makanan kejap. Kau nak apa-apa tak?"tanya Adam sebaik saja berhenti di stesen minyak.
"Nak coklat.Cadbury orea punya. Pastu nak air goodday strawberi."pesan Hazel.
"Tu je?"tanya Adam sebagai kepastian.
Hazel mengganguk sebagai jawapan.
"Adam saya nak coklat KitKat dengan air kosong."pesan Jannah tanpa ditanya.
"Okay."
"Awak dengan Adam macam mana?"tanya Jannah sekadar mahu berbual.
"Everything okay."jawab Hazel.
"Baguslah kalau macam tu."kata Jannah perlahan.
"Adam tak boleh dahlah nak study sama-sama dengan saya or makan sama-sama macam biasa sebab takut awak jeles."
Hazel berpaling menghadap Jannah.
"Korang memang rapat eh?"tanya Hazel bersama senyuman.
"Rapat.Rapat sangat. Sejak saya mula-mula pindah kat sekolah tu lagi. Mungkin Adam selesa dengan saya."jawab Jannah dengan senyuman bahagia.
"Ouh. Baguslah."
"Awak tak jeles ke Adam rapat dengan saya?"tanya Jannah pula.
"Kenapa saya nak jeles? Adam dah pilih saya jadi girlfriend dia pun. Dia dah luahkan rasa cinta dia pada saya. Jadi saya rasa saya tak patut jeles."tipu Hazel.Siapa je tak jeles kalau ada perempuan lain dekat dengan boyfriend kau.
Jannah diam.Tak sangka yang Hazel tidak jeles dengannya. Kuat betul kepercayaan dia pada Adam.
***
"Eh Adam. Naiklah dulu. Boleh makan tengahari kat sini."pelawa Dato Amrul yang baru pulang dari kerja untuk makan tengahari bersama keluarga.
"Eh tak apalah uncle. Lagipun..."
"Alah jomlah makan tengahari kat sini. Adam kan dah tolong hantarkan Hazel. Maaflah sebab kereta Ina rosak tengah jalan."
"Tak apa uncle. Saya ikhlas tolong Hazel. Lagipun..."
"Ke Adam tak sudi nak makan kat rumah uncle? Maklumlah rumah uncle tak sebesar rumah Adam." Dato Amrul seperti berjauh hati apabila Adam menolak pelawaannya.
"Tak adalah uncle. Sebenarnya kawan saya ada dalam kereta tu. Saya nak kena hantar dia." Adam menjadi serba salah apabila Dato Amrul berkata begitu. Dia bukan seperti itu.
"Kalau macam tu ajaklah kawan Adam tu sekali. Dah jom naik."
Adam akur.
"Duduk-duduk.Jangan malu-malu."
Adam dan Jannah mengambil tempat di meja makan. Pelbagai jenis lauk-pauk sudah terhidang.
Nasib baik Jannah setuju bila Adam mengajaknya makan di rumah Hazel.
"Besarnya rumah Hazel."kata Jannah kagum.
Hazel turun kebawah menggunakan lif.
Hazel hanya mengenakan baju t-shirt lengan pendek bersama seluar fit. Rambut disanggul gaya messy bun.
Hazel melangkah menuju ke dapur. Langkahnya terhenti dimeja makan apabila dia merasakan ada yang memandangnya.
Pusing saja kearah meja makan, Hazel terus menjerit.
"Adam!"
Cepat-cepat Hazel naik semula keatas.
'Tak guna punya lif. Lambat pulak nak terbuka.'marah Hazel dalam hati.
Adam dan Jannah saling berpandangan.
"Wow."hanya itu yang keluar daripada mulut Jannah.
Adam pula hanya terdiam. Hatinya tak berhenti berselawat. Balik rumah memang dia kena solat taubat.
Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Adventure"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...