"Ja-jangan! Aku mohon! Tolong jangan-"
"Berani kau-"
"Jahanam!"
SLASSSHHHHH!
Suara-suara yang merayu itu langsung tidak diedahkan. Dia membunuh dan membunuh tanpa henti. Mata ungunya tajam menikam pada susuk tubuh yang dibunuhnya ,perlahan-lahan menjadi debu.
"Tch." Dia berdecih lalu berjalan masuk ke dalam sebuah rumah yang hampir runtuh. Tombak yang berlumuran darah dicampak begitu sahaja. Bukan dia punya pun asalnya.
Apabila dia masuk ke dalam rumah itu, seorang kanak-kanak manusia mengigil ketakutan saat nelihat dirinya. Senyuman tipis di ukir.
"Hey, tenang. Semuanya akan baik. Aku tak akan apa-apakan kau." Dia memujuk lembut. Perlahan-lahan kanak-kanak perempuan itu berhenti mengigil. Tak lama kemudian, tangisannya pecah. Lelaki berambut jingga terus memeluknya seakan memberikan kekuatan.
"Se-semua orang dah tak ada.. Ibu ayah.. Hik..Hik.. Abang.. Saya tak nak semua ni.. Ianya menyakitkan..Hik.."
Semakin erat lelaki itu memeluk. Dalam masa yang sama, bibirnya kuat menyumpah diri sendiri. Geram kerana lambat tiba! Hasilnya, hanya kanak-kanak itu sahaja yang terselamat!
"Seth."
Suara feminine yang menyapa, membuatkan dia memalingkan badannya ke belakang. Budak dalam dakapan sudah tertidur. Sayu si gadis melihatnya. Seth Ryuzaki hanya diam membatu.
"Dia aje yang aku jumpa. Kau macam mana, Luci?"
Gadis yang dipanggil Luci, atau nama penuhnya Lucienne Ryuzaki,hanya menggeleng kepala. Seekor naga kecil berwarna hitam, elok berada di bahunya.
"Saya dengan Ryuuki tak jumpa apa-apa. Semua.."
"Dah mati..Huh?"
Seth memandang simpati pada kanak-kanak dihadapanya. Tubuh kecil itu dirangkul. Seth berjalan keluar. Luci serta Ryuuki sabar menunggunya.
"Mari pulang."
Luci mengangguk lalu Ryuuki turun dari bahunya. Naga hitam itu membesar sehingga cukup untuk mereka berdua naik. Tubuh kanak-kanak itu dipeluk oleh Luci. Tangan si gadis membelai rambut kanak-kanak perempuan tersebut.
"Hari ni.. Bukan hari yang baik."
Lalu mereka hilang di langit. Meninggalkan sebuah perkampungan yang mula dijilat api. Air mata Seth serta Luci menitis melihat suasana yang pilu itu.
"Berapa lama lagi hidup harus seperti ini?" Soal Luci perlahan.
"Sehingga dia bangkit. Dan waktu itu, semua kesengsaraan yang kita tanggung.. Akan terbalas."
Dan, portal muncul dihadapan mereka.
***
"Seth."
Panggil seorang gadis berambut merah dan bermata unggu. Seth yang baru sahaja menghantar kanak-kanak perempuan yang di jumpainya ke tempat rawatan, memalingkan badan. Matanya jelas menunjukkan dia baru sahaja menangis.
"Kenapa Alice? Ada sesuatu yang kau nak?" Soalnya datar.
"Ini.. Fasal Nenda kau."
"Huh?"
"Dia.. Tenat."
***
Di sebuah bilik yang agak luas, seorang wanita tua berkerusi roda, elok memandang ke luar jendela. Senyuman manisnya bergayut di bibir. Rambutnya yang selama ini hitam,kini sudah di monopoli oleh warna putih. Iris mata yang selama ini merah seakan darah, mulai pudar warnanya.
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasy-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...