"Who the hell are you?"
Tajam mata Eryl menatap wajah terkejut Alvarez. Cairan jernih masih keluar dari mata kirinya. Dia cuba untuk berdiri namun, rasa sakit menyengat ke seluruh badan! Hampir sahaja dia jatuh menyembah tanah kalau bukan sebab Alvarez yang pantas bertindak.
"A-Ayahanda dah sedar? Be-betul ke ni? Tapi kenapa rambut dan mata ayahanda lain?"
"Huh? Ayahanda? Sejak bila aku jadi bapak kau?"
Berkerut dahi Eryl bersama riak keliru. Dapat dia rasakan tubuh Alvarez yang mengeras seketika. Dia berdiam diri sebelum helaan nafas berat keluar dari mulutnya. Tubuh sang ayah dilabuhkan kembali diatas katil.
"Urgh. Shit. Badan aku sakit." Rungut Eryl apabila cuba meregangkan segala otot sendi. Setiap perbuatannya di perhatikan oleh Alvarez yang mengenggam buku lima. Urat jantan jelas timbul di atas lenganya.
"Ayahanda.. Tak akan tak ingat Arez?" Soalnya bersama air mata yang bertakung. Sudah lah nenda baru sahaja pergi, dan sekarang ayahanda tidak ingat fasal dia?
Dia tak boleh terima.. Dia tak mungkin boleh terima!
"Arez..?"
Eryl berhenti daripada meregangkan badannya. Kepala digeleng tanpa berfikir dua kali.
"Arez aku tak tahu.. Tapi-"
BAMMM!
Alvarez terus menumbuk dinding di sebelahnya sehingga merekah dahsyat! Mata biru kehijauanya bercahaya disebalik bayang rambut yang menutupinya. Air mata kembali merembes keluar. Dengan hati yang sakit, Alvarez terus membawa diri beredar dari kamar ayahandanya.
Dia harus bertenang. Amarah tak boleh kuasai dia.
"Siot.. Cuak aku dibuatnya. Dah lah baru bangun, kalau ditumbuknya aku, melayang."
Eryl merenung aje pada bekas tumbukan Alvarez. Seram sia. Merekah teruk. Tak sampai beberapa minit, bunyi derapan tapak kaki kedengaran. Bunyi seakan orang terkejut menyentakkan Eryl. Berkerut dahinya apabila Akira menekup muka bersama mata yang berair.
"Apahal semua nampak terkejut ni? Ada something dekat muka aku ke apa? Ke.."
Mata Eryl membulat. Tangan naik memegang pipi.
"O.M.G! Jangan cakap aku semakin kacak?!"
"ERYL!!!"
Badan Eryl dirangkul erat oleh sang isteri. Walaupun masih keliru, perlahan-lahan dia membalas pelukan wanita berambut merah. Akira menangis dan terus menangis dalam dakapan sang suami yang sangat dirinduinya. Sang suami yang sentiasa ditunggu kebangkitanya.
"Shh.. Hey. Jangan lah nangis Aki. Kau peluk aku macam aku tak jaga berpuluh tahun. By the way, lelaki dekat belakang kau ni siapa? Dan kenapa muka wanita tu macam Shiory versi muda?"
Saat itu, suasana berubah sunyi dan tegang. Akira juga sudah berhenti menangis dan perlahan-lahan meleraikan pelukanya bersama wajah tak percaya.
"Aik? Ni muka terkejut dah kenapa? Aku makin handsome en? Hehe."
"Eryl awak waras ke sekarang?"
Terus Eryl mencebik. Waras lah. Apahal pulak tak? Ada ke patut tanya soalan tu.
"Ya. Sayang. Aku waras sewaras-warasnya. Peliknya soalan.."
"Abang tak dapat cam ke wajah abang Senri dengan Shiory?" Kini, wanita yang disoal Eryl bersuara. Matanya menatap sang abang dengan wajah terkilan.
"Huh?"
Eryl bingung. Senri?
"Aku rasa.. Kita perlu bercakap dengan Heira. Mesti ada kaitan juga dengan rambut serta mata dia.." Ujar lelaki berambut salji. Wajahnya saling tak tumpah seperti Shiro namun lebih kacak.
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasy-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...