Korang tahu semalam Taehyung minta lebih tu apa? Mesti tak tahu kan? Dia minta aku buatkan susu, dia nak makan dengan bijirin. Jadi, aku buatkan jelah untuk dia. Aku teman dia makan, handsome ja dia makan sambil sengih. Lepastu dia tanya soalan macam-macam.
Sampailah satu topik yang Taehyung masukkan buat aku tergamam. Dia soal pasal anak, dia cakap macam ni.
"Sayang betul ke next year or next next year baru nak dapat anak? Oppa ni dah tua tau, tak kan lah nanti anak kita dah besar orang ingat oppa ni harabeoji dia. Sayang tak apalah muda lagi." Taehyung cakap macam tu sambil tanyang muka sedih kat depan aku.
Memang aku dah fikir benda tu lama tapi, kalau aku mengandung nanti semua benda dia nak kena settlekan sendiri. Dia pun masih belum fasih bahasa melayu sepenuhnya, benda-benda yang pasal syarikat pun kami buat bersama. Meeting pun selalunya aku yang pergi sebab peminat Taehyung masih ramai kat luar sana. Kami pun tak kan nak upah bodyguard pulak.
"Sayang saya janji dengan awak, lepas puasa nanti kita usaha lebih sikit. Saya tak nak tengok suami kacak saya sedih. Saya minta maaf kalau keputusan saya selama ni buat awak terganggu. Saya pun janji saya akan buat apa saja demi tengok uri box smile sentiasa bersinar kat depan mata saya. Tapi awak jangan minta pelik-pelik pulak. Contohnya kawin lain, kalau awak minta tu saya sunat awak sekali lagi tapi kali ni potong semua terus sebab gatal." Balas aku panjang lebar sambil genggam tangan kirinya dan sekali-sekala aku cium.
Taehyung ketawa dengan apa yang aku cakap, dia ingat aku buat lawak ke aku tak main-main tau! Senyuman dia ikhlas dan nampak sangat bahagia, mungkin pasal anak yang aku cakap kot.
"Betul ya sayang janji, lepas puasa ni oppa nak tuntut sampai la puasa tahun satu lagi pulak. Suami awak ni jenis setia tau! Dia tak nak yang lain dah, yang ada ni pun penat nak jaga tahu. Manja lebih!" Taehyung senyum lepas tu dia tarik kepala aku, dia cium sekilas.
♥♥♥
Bersahur hari ni macam biasa aje cuma lebih ramai rakyat dekat dapur. Meriah sikit walaupun masih pagi, solat subuh pun jemaah ramai. Selalunya aku dan Taehyung ja sebab mak dan abah pergi masjid.
Taehyung nampak happy lain macam hari ni. Dia asyik nak berkepit dengan aku. Dia manja-manja. Lepastu dia ajak aku duduk luar dekat pondok tepi rumah, kena angin best sangat. Taehyung pula baring berbantalkan paha aku. Amboi dia!
Hari ni soalan dia makin banyak tapi semua kearah masa depan aku, dia dan bakal anak kami. Nampaknya Taehyung memang tak sabar nak timang anak sendiri.
Dia cakap pasal nama anak. Then dia tanya nak anak lelaki dulu ke perempuan dulu. Aku jawap jalah ikut dia. Kalau dia power yang mana-mana pun boleh dapat.
Aku pun tak sabar nak raya sekali dengan anak-anak. Oh, hari ni kan Taehyung tak sibuk ajak aku pergi bazar. Dia just nak duduk rumah tapi menempel je dekat aku. Dia pun ada cakap, dia cemburu tengok along dengan kak long nak dapat baby.
Aku sebagai isteri, aku rasa bersalah pula. Jadi aku tenangkan dia dengan pelukan dan bagi ayat sweet kat dia sampai dia cair.
Hari ni tak da siapa request nak makan apa-apa. So, aku dan kak long buat macaroni goreng. Lepastu aku buat samosa inti kentang dan sausage. Bosan lah kalau hari-hari makan nasi aje. Lagipun semua orang kat dalam rumah ni nak diet kecuali mak dan abah.
Achik mencelah masa kat dapur, jadi kami suruh dia buat air oren ais dan tolong hidang. Lepastu berbuka macam biasa, meriah dengan gurauan ahli keluarga.
Malam ni aku tak pergi terawih sebab teman kak long. Dia sakit pinggang. Jadi aku pesan dekat abah, along dan achik supaya jaga laki aku. Jangan bagi perempuan gatal usya dia.
Dorang semua kata aku ni over. Yelah ingat free ka laki aku tu! Korang nak ka orang lain usya laki korang yang hot macam ni? Tak kan?
Aku tolong urut-urut kan kak long sampai la aku tertidur. Jaga-jaga saja dah ada atas katil sendiri. Siapa lagi nak angkat kalau bukan suami sendiri.
Baru saja aku nak bangun dari pembaringan dia tarik tangan aku lepas tu dia peluk erat.
"Sayang nak pergi mana? Tidur lah dah lewat ni." Kata Taehyung lepas tu dia cium dahi aku. Aku longgarkan pelukan lepastu aku samakan kepala kami.
Belum aku nak bertindak dia dah gomol aku dulu. Aku pun pegang rahang dia dan cium bibir dia banyak kali sambil lengan aku landing dekat dada dia yang tak berbaju.
Haish sexy lah geram kite! Lepas beberapa minit posisi kami bertukar, dia pula kat atas. Korang tahu tak bertapa sukarnya nak peluk-peluk cium bibir macam ni kalau kat rumah ada ramai orang.
Sambil berasmara tahi kucing tu kami borak-borak sambil gelak ketawa. Dah la malam-malam buta, Taehyung dengan tak pakai baju, suara garau dia yang sexy tu ketawa hmm saya akui saya tidak kuat.
"Mani bogoshipo chagiya!" Kitorang guling-guling tapi tak jatuh katil lah! Lepastu dia peluk aku dan tidur.
Tbc
Kalau boring bagi tahu ya!

YOU ARE READING
[C]Bangun Sahur Sayang | KTH
Romance[Readers cakap Sweet] Cabaran bagi seorang lelaki mualaf dari korea untuk berpuasa penuh tahun ini. ❤️ The more you read the bitter it can be. Chapter- Sweet Special i - Slayyyy Special ii - Sad