5 Mei 2023
Suasana di lapangan terbang KLIA riuh-rendah dengan suara peminat kumpulan Spring Voice. Penyanyi Malaysia yang semakin meningkat naik namanya sejak mereka melancarkan lagu ketiga mereka bulan lepas.
Spring Voice dikawal oleh tujuh orang bodyguard yang nampak serius dan sasa. Mereka melewati peminat mereka sambil Izzat sempat mengambil hadiah pemberian peminat.
Senyuman memukau sempat diberikan oleh Izzat tanda menghargai hadiah tersebut walaupun telah di tegah oleh pengurus mereka.
Pihak KLIA telah menyediakan sebuah bilik bagi kumpulan tersebut merehatkan badan disitu apabila kenderaan yang akan mengambil mereka terkandas dalam kesesakan lalu lintas.
Kesemua ahli Spring voice melepaskan penat di bilik tersebut. Arian yang merupakan ahli termuda dalam kumpulan itu melonjak kegembiraan apabila sudah pulang ke Malaysia.
Dia bergerak ke tingkap kaca sambil melihat pemandangan yang tiada perubahan itu.
"Home sweet home baby!," ujar Arian girang sambil mendepakan tangannya di balik kaca perlepasan Airport.
Keterujaan itu tidak tahan lama apabila Izzat berdecit sebagai respon dengan suara lantang Arian.
"Kau ni tak boleh ke diam sikit," ujar Izzat sambil menanggalkan baju hoodienya.
"Eleh dah kena tinggal dengan awek kat sana then nak lepas marah kat aku," jawab Arian.
"Bila masa aku kena tinggal. Aku yang minta putus jaga sikit mulut kau," bidas Izzat.
"Nak cover line lah tu first time kena tinggal," ujar Arian sambil tahan ketawa.
"Kau ni kan-,"
Belum sempat Izzat membidas, terdengar suara garau yang segera menghentikan pertelingkahan tersebut dari meleret.
"Enough!" Sebaris ayat itu sudah cukup membuatkan dua remaja tersebut berhenti berbalah.
Jejaka itu kelihatan baru terjaga dari tidur dengan muka yang sembab, mungkin terganggu dengan suara Izzat dan Arian yang tidak sudah bertikam lidah.
"Alah jangan lah marah AJ," pujuk Arian sambil tersengih.
Ayden Jazlan atau selesa di kenali sebagai AJ adalah ahli kumpulan Spring Voice yang paling popular berbanding ahli kumpulan yang lain. Wajahnya yang terbentuk elok membuatkan dia menjadi igauan setiap gadis di luar sana.
"Aku nak tidur kejap pun tak boleh," marah AJ sambil memperbetulkan rambutnya yang kusut tu.
Arian dan Izzat hanya tersengih apabila dibebel oleh jejaka tu. Mereka tahu sangat yang AJ tak suka orang mengganggu waktu tidurnya.
Manakala Aisy hanya tersenyum melihat gelagat AJ yang memarahi mereka lalu menyambung semula mendengar lagu yang baru dikeluarkan oleh Izyan Delisya.
Penyanyi solo yang semakin meningkat naik namanya di persada dunia. Aisy tahu walaupun kumpulan mereka disukai ramai tetapi itu tidak dapat mengalahkan populariti penyanyi solo tersebut.
"Aku lapar,"
Tiba-tiba suara serak-serak basah memenuhi gegendang telinga empat orang jejaka di situ.
Arian, Izzat, AJ dan Aisy segera memandang tepat pada Andrew Ethan yang lebih dikenali sebagai Ed.
"Aku tak silap dengar kan?," tanya Izzat sambil menggerakkan jari jeraminya untuk berkomunikasi.
"Uyooo Ed dah tak diam je," ujar Arian turun menggunakan jarinya untuk berkomunikasi.
Semua orang yang mengenali Ed begitu juga dengan para peminat tahu tentang kecacatan yang di alami oleh jejaka tersebut ketika dia berusia sepuluh tahun apabila kenderaan yang dinaiki Ed terlibat dalam kemalangan.
YOU ARE READING
Rising Stars
Fiksi RemajaIzyan Delisya. Nama yang indah, kena dengan diri dia yang cantik persis bidadari bak kata Arian. ↬ "Princess always cantik setiap hari." Bagi Aisy pulak gadis itu membawa hatinya yang separuh lagi bersama dia. ↬ "Whatever you decide, I'm with you...