“ Aku senang mengingatkan status diri kau yang sekarang. Kau ialah seorang Park. Dan kau juga ialah seorang Vien. ”
↭
"Jimin, kenapa Jimin tak nak cakap dengan Yunhee?" Mulutku muncung seribu. Terasa ada sesuatu yang tidak kena sejak suami dingin itu membisukan diri sedari tadi. Memang dia tidak banyak bercakap, namun kali ini ada sesuatu yang berbeza.
Nampak seperti dia marahkan aku. Tentang apa, itu yang aku cuba cari tahu saat ini. Wajahnya yang sedang tekun membaca buku berkaitan perubatan itu aku pandang tajam.
"Jimin..." Otot lengannya aku sentuh dengan tangan yang terketar sedikit. Takut dilibas ke dinding pula aku nanti.
Namun tiada reaksi. Suami dingin itu masih mematungkan diri. Seakan tiada yang menganggunya sekarang ini. Melihatkan itu, ada satu rasa berani yang muncul di dalam hati. Daripada sentuhan halus bertukar menjadi genggaman lembut.
Wow, ototnya mantap.
"Jimin, Jimin marahkan Yunhee?" Kepala aku hadapkan di hadapan wajahnya. Sekali gus, menghalang buku itu dari pandangan mata Park Jimin. Kalau buku itu yang mencuri perhatian, maka aku akan menghalangnya.
Diri cuba ditolak namun aku tetap teguh disitu. Tolakannya tidaklah sekuat mana. Hanya membuatkan tubuhku tergerak sedikit.
"Jiminiee, jangan marah Yunhee." Bibir aku muncungkan sedikit. Posisiku sekarang ini sudah hampir terbaring di riba suami dingin itu. Berpaksikan lengan kekarnya agar aku tidak jatuh terus di peha kuat itu.
Beberapa saat kami berlawanan mata sebelum tangannya perlahan namun kuat merungkaikan genggamanku pada lengannya. Aku cuba melawan agar jemariku tetap pegun. Ternyata Jimin tidak main - main apabila dengan sekali tarikan, peganganku terlepas.
"Huff!" Kali ini, aku betul - betul terbaring di ribaannya. Hampir dua per tiga. Aku tersengih melihat wajah seriusnya. Dia tampak seperti marah. Dalam pergerakan perlahan, aku cuba bangun. Tidak ingin aku menambah bara api di dalam hatinya.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfic"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...