17

198 13 17
                                    

Ryujin masuk ke dalam biliknya yang dikongsi bersama Yoongi.

Tanpa melihat sekelilingnya, pakaian yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan meninggalkan sport bra dan tracksuit Puma.

Tuala kecil dikeluarkan dari almari lalu mengelap peluh di sekitar leher dan dadanya.

"Sexy"

Tuala di tangannya hampir tercampak bila suara Yoongi kedengaran di deria telinganya. Dia terlampau kenal dengan suara Yoongi walaupun tidak melihat lelaki itu.

Tanpa menghiraukannya, tuala yang tersangkut Ryujin capai untuk mandi.

Namun, Yoongi sentiasa pantas dari dirinya. Pinggang Ryujin Yoongi rangkul dan itu membuatkan Ryujin mendengus geram. Tidak melawan hanya merengus. Dan itu membuatkan Yoongi sedikit geram. Lalu disandarkan tubuh Ryujin ke dinding dengan kuat. Aduan sakit Ryujin tidak dia hiraukan.

Untuk mengelakkan Ryujin melawan, kakinya diangkat sebelum perut Ryujin disepak. Perlahan sahaja tidak kuat. Cukup untuk mengelakkan Ryujin melawan. Lagipun, dia cukup kenal dengan perangai Ryujin yang suka melawan.

Badan Ryujin tertunduk sikit dengan sepakan Yoongi. Sudahlah dia sakit perut menahan lapar, ni Yoongi pula menambah kesakitan dengan menyepak perutnya. Nasib perlahan. Getus hatinya.

Tanpa menghiraukan Ryujin yang tertunduk sakit, Yoongi berkira - kira untuk bercakap.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang akau ada buah hati sebelum ni? Sebab dia, kau tolak aku selama ni?" soal Yoongi. Rambut Ryujin dia tarik sedikit.

"Ta tak pe penting untuk kau tahu" balas Ryujin sambil menahan perit di perut dan kepala. Lelaki di depannya ini tak habis - habis menderanya.

Balasan Ryujin membuatkan Yoongi tersenyum sinis. Dilepaskan rambut Ryujin. Kedua - dua tangannya digunakan mengurung tubuh Ryujin.

"Kalau macam tu, patut tak aku bunuh dia?"

Ryujin menatap tajam Yoongi.

"Kau bunuh dia, aku laporkan kegiatan kau pada polis. Jangan risau, aku tak takut masuk penjara" usai berkata, kedua - dua tangan Yoongi, Ryujin tepis kasar mewujudkan ruang. Kesempatan yang ada, Ryujin berlalu ke bilik air dengan cepat.

Yoongi tersenyum. Tapi bukan senyuman yang menyenangkan tapi senyuman yang sukar ditafsirkan.

Telefon yang berada di atas kabinet tepi katil dia capai. Nombor seseorang dia dail. Setelah panggilannya berjawab, arahan diberi pada orang itu. Talian dimatikan setelah selesai.

Lelaki seperti Yoongi licik. Licik seperti ular. Dalam masa seminit, dia boleh merancang pelbagai rancangan.

🍃

S

etelah barangnya siap dikemas, Huening Kai bergegas keluar dari biliknya. Kunci kereta dimainkan di jarinya. Hari ini nasibnya baik kerana 5:30 petang dia sudah boleh pulang. Pulang awal katakan. Selalunya pukul 7 ke atas baru balik.

Hari ini juga dia dan rakan sekerjanya, iaitu Yeounjun dan senior mereka, Jihyo dan Mina noona akan lepak bersama sebelum masing - masing pulang ke rumah.

Sedang dia berjalan menuju ke keretanya, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Unknown Number

Dibiarkan. Nombor yang tidak disimpan, dia tidak akan jawab panggilan itu. Namun sudah tiga kali nombor yang sama menelefonnya. Mengganggu betul. Rimas dibuatnya.

Lalu ditekan button hijau dan lekapkan telefon pada telinganya.

"Finally, angkat pun. Susah betul peguam muda ni nak angkat call"

Suara tu macam kenal. Siapa?

"Taehyun?"

"Ye. Ok dengar ni. Aku tak boleh cakap lama. Malam ni Yoongi dan Ryujin akan pergi satu majlis kat Hotel. Kalau kau nak jumpa Ryujin, kau datang. Majlis mula pukul 8 malam"

Titt

Panggilan dimatikan oleh Taehyun sebelum sempat Huening Kai membalas. Jam tangan Rolex nya ditilik. 5:50. Ada masa lagi. Nampaknya dia harus cancel untuk melepak bersama Yeounjun, Jihyo dan Mina noona.

'Ryujin, tunggu aku'

Enjin kereta dihidupkan sebelum berlalu pergi meninggalkan kawasan itu.


Aku ada hal. Mian tak dapat join korang. Next time aku join.


Pemanduannya dilajukan setelah mesej ringkas dihantar pada Yeounjun.



INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN Where stories live. Discover now