Habis sahaja mandi terus aku keluar ke dapur nak tolong siapkan sahur. Hari ni aku terlewat sikit.
"Wey awai angah mandi harini, siap basah rambut lagi." Kata along setelah kami terserempak masa aku nak keluar dari bilik.
"Err angah panas! Panas sangat tadi tu yang mandi awal." Balas aku sambil menggaru kepala yang tak gatal. Tiba-tiba pintu bilik aku yang ditutup dibuka oleh Taehyung.
Taehyung keluar dengan rambut yang masih basah sambil lap rambutnya dengan tuala kecil. Sayang kenapa la awak keluar sekarang. Adoi malu la aku dengan along. Taehyung tengok along macam tak dak apa berlaku. Along pula tengok aku sambil cover gelak.
"Ohh semalam mesti tak tidur ni. Betul tak Taehyung?" Along siku lengan Taehyung lepas tu dorang gelak.
"Alah biasa la, ni adik along kata tak boleh tidur semalam tu yang kami overnight tu." Balas Taehyung sambil peluk bahu aku. Aku jugak kena!
"Oh angah la ni." Kata along lepastu gelak kuat, samalah dengan Taehyung tu. Dua-dua kuat menyakat aku. Aku cubit perut Taehyung, padan muka !
Lepas tu kami pergi ke dapur. Sampai kat dapur along dan Taehyung tak habis-habis ungkit pasal tadi.
"Mak tengok la tu angah mandi basah rambut pagi-pagi buta ni." Kata along sambil gelak.
"Cepatlah mak dapat cucu ramai nanti." Kali ni isteri dia pun join usik aku. Aku pandang Taehyung minta di bela aku. Yelah dia yang gatal semalam, aku ikut je.
"Mak nak cucu dari Aryan berapa orang? Aryan nak plan awal-awal ni." Kata Aryan sambil tepuk paha aku. Orang lain dah gelak. Aku buat muka dua puluh sen.
"Awak ni! Saya tak nak layan awak dah lepas ni!" Balas aku lalu aku tampar bahu Taehyung kuat. Aku bangun dan duduk kat kerusi jauh dari Taehyung.
"Ha Taehyung hang pujuk kaih satgi malam dia kacau tak leh lena lagi." Balas along. Kak long, mak dan Taehyung gelak. Aku bukan nak kurang ajar tapi aku tak tahan. Aku bangun dan tampar belakang kepala along sekali. Rasain lorh!
"Alolo baby saya, oppa gurau ja sayang. Sayang jangan la merajuk nanti oppa rindu." Kata Taehyung then dia tarik aku supaya duduk kat sebelah dia. Aku ikut jalah tapi aku jeling-jeling dia. Eeee geram nya nak ja aku penyet dia macam semut nasib sayang ja.
♥♥♥
"Sayang! Buat apa ni? Jom teman saya duk luar, nak main dengan kucing." Ajak Taehyung apabila dia sampai kat ruang tamu. Aku tengah baca majalah malas nak layan dia.
"Sayang jom la. Tak kesian ka tengok suami awak ni? Sayang layan lah oppa. Mianhae pasal pagi tadi, oppa janji tak buat lagi. Oppa saja nak usik sayang. Layan la oppa yang handsome ni." Kata Taehyung sambil gesel-gesel kepala dekat bahu aku.
Aku tetap senyap tak bersuara, malas nak bangun. Baca majalah ni lagi best. Taehyung mula baring kat atas riba aku. Mula aku biarkan tapi setelah Taehyung tarik baju aku dan masukkan kepala kat dalam baju aku tak boleh berdiam.
"Oppa buat apa ni? Nanti kalau orang nampak macam mana? Malulah. Tadi nak pergi luar, ni kenapa tak pergi?" Aku tolak Taehyung supaya bangun tapi dia tak nak.
"Sayang tak nak teman, oppa tak nak pergilah. Saya jom la teman. Kalau sayang tak nak duk luar kita duk dalam bilik. Dapat privacy sikit nak peluk-peluk." Habis saja Taehyung bercakap dia masuk kan kepala dalam baju aku lagi.
Aku yang geli sebab dia duk cucuk-cucuk perut terus berdiri sampai Taehyung jatuh tergolek kat bawah.
"Hahahah oppa mian. Sayang tak sengaja mian hahaha." Balas aku dengan gelakkan sambil bantu Taehyung agar dapat bangun. Dia pandang aku dengan mulut yang mencebik. Aku tak boleh berhenti gelakkan dia.
"Tak nak buat muka macam tu. Okay sayang teman oppa, nak pergi mana?" Balas aku lepas bantu Taehyung bangun.
"Bilik lah." Balas Taehyung ringkas lalu dia angkat tubuh aku ke bilik. Sampai saja kat bilik dia letak aku atas katil then dia tindih aku. Mulut aku ni masih tak boleh berhenti gelak pasal tadi.
"Sampai hati sayang tolak suami sendiri sampai jatuh kerusi." Dia cium pipi aku sekilas dan muka geletek perut aku.
"Sayang tak nak lah! Saya minta maaf, janji tak buat lagi." Jerit aku sambil gelak sebab geli Taehyung geletek perut.
♥♥♥
Aku dan Taehyung duduk bertapa dalam bilik sampai petang. Bukannya tak keluar langsung, kami keluar buat apa yang patut lepastu masuk bilik lepak berdua. Ada ja aktiviti yang Taehyung nak buat contohnya main game dengan aku. Nasib la aku pun pro game-game perang yang dia selalu main.
"Oppa jom pergi bazar nak tak? Boleh kita jalan-jalan sekali. Hari ni rasa rajin pulak nak tengok perkembangan kampung sendiri." Kata aku kat sambil pandang Taehyung yang tengah baring kat sebelah.
"Jom! Tapi tak nak la pergi bazar, malas nak berhimpit dengan orang ramai." Balas Taehyung sambil tangannya mengusap rambutku.
Lepas ja siap aku terus tunggu Taehyung kat luar rumah. Dia buat apa tah lama sangat, mengalahkan aku pula.
"Angah nak pi mana ni? Nak pi bazar dengan Aryan ka?" Soal abah yang ingin masuk ke dalam rumah.
"Nak pi jalan-jalan kot kampung ja. Malas nak pi bazar, rasa jauh pula." Balas aku. Abah kata hati-hati lepas tu dia masuk rumah dan Taehyung pun keluar.
"Lamanya oppa buat apa?" Tanya aku kepada Taehyung yang semakin mendekat.
"Oppa kencing jap tadi. Pagi tadi lupa kencing." Balas dia sambil ketawa. Ada-ada saja dia ni. Kami pun berjalan berpegangan tangan.
Nak ambil angin kenalah jalan kaki. Pegang tangan tu biasalah, suami aku sweet. Sambil jalan dia hayun-hayunkan tangan ke udara macam orang baru bercinta dating kat taman tu.
"Sayang, sayang sayang sayang banyak mana?" Soal Taehyung sambil cium tangan aku. Soalan pun pening juga.
"Sayang sayang sayang banyak la. Tak boleh nak kira berapa banyak sayang sayang sayang." Balas aku lepastu aku gelak sebab ada pakcik lalu naik motosikal pandang aku pelik ja bila dia dengan aku cakap macam tu. Taehyung yang perasan kehadiran pakcik tu turut ketawa.
"Banyaknya sayang sayang sayang. Sayang pun sayang sayang banyak sayang sayang sayang tau." Balas Taehyung pula. Then kami gelak besar. Aku boleh sakit perut tau dengan lawak dia. Ni baru cakap pasal sayang-sayang belum lagi dia melawak.
Habis ja ronda kampung kami terus pulang sebab aku malas jalan. Taehyung cakap dia boleh ja dukung aku tapi aku cakap ni Malaysia, nanti orang membawang pula. Taehyung ketawa ja pastu kitorang balik.
♥♥♥
Lepas ja balik terawih tadi aku dan Taehyung terus kebilik. Yelah nak bergomol. Kau apa tau, dapat suami macam ni setiap minit nak berkepit je kalau boleh.
"Sayang tadi eomma call. Phone oppa mana? Eomma cakap dia call tak dapat." Kata aku sambil menyapu losyen pada betis.
"Oh tadi phone tak da battery, takpa oppa dah call bagi tahu eomma dah." Balas dia. Sekarang ni Taehyung pula ambil losyen aku then sapu kat tangan dia. Losyen dia tak nak guna pula.
"Eomma rindu anak dia la tu. Ha eomma cakap nanti raya kalau tak da apa-apa dia nak datang sini. Dia nak raya jugak." Kata aku lalu aku rampas botol losyen dari tangan Taehyung. Kalau tak ambil ni nanti dia melebih.
Habis ja pakai losyen aku baring kat katil. Taehyung tutup lampu dan turunkan suhu penghawa dingin nak kasi sejuk sikit. Sekarang malam pun panas.
Letak saja alat kawalan kat meja solek terus dia lompat kat katil dan baring. Okay tak! Bukan baring biasa dia peluk aku dan yes tidur aku penat berjalan keliling kampung petang tadi.
"Selamat malam sayang." Kata Taehyung dengan pelat korea dia lalu dia cium bibir aku sekilas.
"Jalja oppa." Balas aku pula tapi aku tak dak la cakap korea pelat melayu pula kan. Aku pun kembali menciumnya.
Tbc
Sorry late update

YOU ARE READING
[C]Bangun Sahur Sayang | KTH
Romance[Readers cakap Sweet] Cabaran bagi seorang lelaki mualaf dari korea untuk berpuasa penuh tahun ini. ❤️ The more you read the bitter it can be. Chapter- Sweet Special i - Slayyyy Special ii - Sad