“ Keraguan ini, kau yang menghadirkannya. Dan kau juga yang membasuhnya. ”
↭
"Vladimir J. Noah Vien!" Ruangan tamu itu bergema dengan suara tuan Noah, ayah kepada Jimin. Pemilik nama itu tetap tenang walaupun disergah sebegitu. Wajahnya kosong tanpa paparan sebarang emosi.
"Why did you do something without telling us?!" Suara cuba dikawal namun gagal. Begitu panas melihat reaksi anak lelakinya yang buat endah tak endah.
"Noah, no need to raise your voice. I'm sure Vladi has his own reason." Puan Park atau Victoria cuba menenangkan suaminya dengan urutan di lengan.
Tuan Noah menarik nafas panjang sambil lehernya diurut perlahan. Darah seperti mencacak naik sejak mendengar kerja gila yang dilakukan oleh anak lelaki tunggalnya itu.
"Explain yourself." Mengambil keputusan untuk mendengar nasihat isterinya, tuan Noah duduk di sofa bersebelahan puan Victoria.
Jimin yang sedari tunduk memerhati karpet mewah berwarna biru itu akhirnya mengangkat muka. Untuk seketika, membara lagi rasa geram di hati tuan Noah melihat wajah Jimin yang masih tidak terkesan langsung.
Memang hati batu betul.
"I want her." Pantas ayat itu mencurah keluar dari bibir Park Jimin.
Tuan Noah bengang lagi. Kali ini, tak sanggup dia berbicara. Sekali gus, memberi petunjuk agar puan Victoria meneruskan perbincangan mereka.
"Vladi, you love someone else right?" Perlahan puan Victoria bertanya dibalas dengan anggukan Jimin.
"So, why did you decided to marry that girl? You've move on?" Kali ini, Park Jimin diam. Puan Victoria yang memerhati sedari tadi bagaikan tersedar sesuatu. Satu - persatu puzzle pertanyaan digabung menghasilkan satu jawapan yang jelas.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...