Seorang lelaki berpakaian serba hitam melangkah masuk ke dalam sebuah gudang yang terletak sedikit jauh di dalam hutan. Selepas melangkah masuk ke dalam gudang tersebut, dia bertemu dengan ketuanya.
"Bos dia berjaya lepaskan diri.", kata lelaki tersebut mendatar.
"Aku tahu. Sekarang dia ada dengan keluarga tu. Dan disebabkan itu, peluang kita semakin cerah sebab kelemahan keluarga tu dah bertambah.", jawab si ketua dengan sinis.
Lelaki berpakaian hitam tadi atau nama sebenarnya, Joey, berasa sedikit terkejut dengan jawapan daripada lelaki tersebut.Mulutnya menyoal tanpa sedar.
"Macam mana bos tahu?",
"Aku tahu sebab aku kerja guna otak! Bukan guna batu!", jerkah si ketua.
Joey pula sudah berasa gerun dengan jerkahan lelaki tersebut.
"s..so..sorry boss" kata Joey sambil kepala menunduk ke bawah memandang lantai. Takut.Gerun.Semualah!
"Aku tak perlukan maaf daripada kau. Sebab...", si lelaki tersebut berjeda sebentar lalu tangan mengeluarkan pistol dari bawah mejanya lalu disasarkan tepat pada kepala Joey.
Joey pula sudah kecut melihat tindakan bosnya itu.Dia tahu bahawa sebentar lagi nyawanya akan melayang begitu sahaja.
"Bo..bos nak buat apa ni. Bos to... tolong jangan bunuh saya bos...", rayu Joey dengan harapan si lelaki tersebut akan memberinya satu peluang lagi.
"Aku tak suka beri simpati dekat orang."
"Dan sekarang, masa kau dah tiba. Die.", dia menarik picu lalu melepaskan dua das tembakan tepat di kepala Joey dan...
BANG!BANG!
MATI!
"Rest in Peace", kata si lelaki tersebut lalu keluar dari bilik itu.Mayat Joey dibiarnya sahaja kerana sebentar nanti pasti ada yang akan menguruskan hal itu.
Sebulan kemudian....
"Aku bosan", kata Airiq dengan mulut yang mucung. Hodoh!
Kini Twins Arry dan twins Adry sedang berada di pejabat. Kerja!
"Bosan tengkorak hang! Kerja berlambak taknak tolong buat", kata Haireez sambil mengetuk kuat kepala Airiq. Dia baru sahaja menyelesaikan kerjanya.
Faireez dan Airil juga sedang rajin melakukan tugas masing-masing.Berlainan pula dengan Airiq yang sedang elok duduk bersantai di atas sofa.
"Aku taknak buat kerja tu", jawab Airiq selamba. Kaki diletakkan di atas meja kopi dengan selamba. Buat je macam pejabat sendiri..
"Mengada eh kau sekarang ni?", kata Haireez dengan mata yang dikecilkan menumpu tepatke arah Airiq. Kecil besar kecil besar je aku tengok beruk ni..
"Suka hati aku lah yang kau nak sibuk kenapa", jawab Airiq
"Eh kau ni!", Haireez sudah geram. Kaki mula melangkah ke arah Airiq dengan geram.
"Arghh!!! Gorilaaaaa!!!!", jerit Airiq sambil berlari menapak keluar dari pejabat Faireez.
Haireez pula mengejar si beruk tersebut. Aksi kejar mengejar bermula.
"Huh!", Sehinggalah bayang-bayang dua ekor makhluk jahanam tersebut hilang dari pandangan, Faireez mengeluh tanpa sedar.
"Apasal ni?", tanya Airil hairan.
"Aku risau lah. Dia dah datang balik. Macam mana kalau dia apa-apakan keluarga kita?Macam mana dengan Lyea? Aku takut.", jawab Faireez dengan nada risau.
"Rilek je lah. Kitorang ada. Kita sama-sama protect apa yang patut. Aku yakin dia takkan apa-apakan Lyea, sebab aku tahu, dia sayangkan Lyea.", terang Airil.
"Tapi ka...", ayat Faireez tergantung apabila...
"AAARRGGHHHH!!! FAI TOLONG!! RIL!! TENGOK ADIK KAU NI", Haireez menjerit sekuat hati apabila dikejar oleh Airiq. Kaki menapak laju menuju ke arah Faireez dan Airil. Mereka berdua pula hanya menayangkan riak kosong. Bala!
"Sial kau! Maju lu sini anjing! Habis rosak rambut aku! Sini kau! SINIII!!!", Airiq juga muncul dan berlalu laju ke arah Haireez.
"Sorry lah weh.Aku tak sengaja terpegang rambut kau.", Haireez merayu penuh simpati apabila Airiq sudah berada dihadapannya.
Faireez dan Airil pula hanya diam memerhati.Tahu sangat dengan perangai Airiq yang pantang orang lain menyentuh rambutnya.
"Bodoh! Sini!", Airiq masih lagi tidak berpuas hati.
"Taknak..taknakkkk...Huarghhhh!!", kata Haireez sambil menghentakkan kakinya. Buat-buat nangis macam budak kecil umur 5 tahun yang tak dapat lolipop.
"Geli lah bodoh!", Airil bersuara apabila melihat tingkah laku Haireez yang mengada mengalahkan budak kecil itu.
Haireez masih lagi buat endah tak endah. Dia masih lagi menghentakkan kakinya sekuat hati.
"Bising bodoh!", kata Airiq sambil menutup telinganya rapat. Boleh pekak!
"Dah-dah lah tu Hai. Aku bunuh dua-dua nanti", tegur Faireez tegas.
"Taknak...huarrrghhh..", Haireez masih berdegil.
Faireez yang sakit hati dengan perangai beruk adiknya itu terus mengeluarkan pistol dari laci meja kerjanya lalu...
BANG!!BANG!!
Tembakan dilepaskan tepat pada meja kopi yang diperbuat daripada kaca tersebut dan...
Prang!!!
Airil, Airiq dan Haireez pula terkejut dengan tindakan Faireez itu. Fuh!Gila! Mereka bertiga hanya mendiamkan diri..
"Nice", kata Faireez sambil tersenyum senget.
Tetapi tidak sampai seminit. Suatu suara sumbang kedengaran lagi.Suara itu milik...
"Huarghhhhhhh!!! Jahat!!Jahat!!", Haireez menyambung semula lakonannya
Faireez mendengus geram.Geram sangat!! Airil pula hanya menggeleng perlahan sambil menahan senyum. Airiq sudah lama ketawa berdekah-dekah. Bodoh!
Tiba-tiba, pintu pejabat terbuka dan muncullah dua ekor makhluk. Eh?
"Yow! Apasal muka kau tu?. Buruk sial Hahahahah", tanya Aidil sebaik sahaja dia memasuki bilik tersebut bersama Yuhaneez.
Mereka datang tepat pada waktu untuk lunch. Memang ada niat tersembunyi.
"Hisk..hisk..", Haireez tersedu-sedan selepas menangis sekuat hati sebentar tadi. Hingus yang keluar juga dikesat kasar.
Yuhaneez melangkah ke arah Airil yang elok berdiri di sebelah Airiq yang sedang elok bersila disebelah Haireez. Kening diangkat tanda bertanya apa yang sudah berlaku. Airil hanya mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu. Ceh!
Kemudian, dia perlahan-lahan melangkah ke arah Haireez. Tisu dikeluarkan dari beg tangan yang dibawa dan diberikan kepada Haireez. Dia menunduk dan berkata perlahan.
"Nah, lap. Buruk.", kata Yuhaneez sambil tersenyum ke arah Haireez. Kesian pula dia tengok jejaka itu menangis sedemikian rupa. Nak ketawa tak sampai hati. Senyum je lah...
Haireez tidak berkata banyak dia mengambil tisu yang diberikan oleh adiknya itu dengan perasaan terharu. Dia tahu walaupun Yuhaneez seorang yang garang tetapi dia juga seorang yang penyayang.Tak percaya? Baca je sampai habis..
Yang lain berada dalam bilik itu pula hanya tersenyum dengan keprihatinan gadis tersebut.
**********
YOU ARE READING
Married With The Assassin Princess [OG]
ActionCover by: @aira_nn PRINCESS ASSASSIN. Membunuh? Hobinya.Dia membunuh untuk suka-suka dan membunuh bila dia rajin sahaja.Siapa yang cari pasal memang cari maut.Jadi sentiasa ajar diri untuk 'BEHAVE' bila bertemu dengan PRINCESS ASSASSIN. DANIEL ARYAN...