“ Berbicara dengan kau membuatkan seperti akulah lelaki yang paling bahagia dalam hidup ini. Sungguh, aku hargai kewujudan kau di sisi aku. ”
↭
"Yunhee!" Aku terus berpaling ke belakang. Namaku kuat bergema di sepanjang laluan itu. Kelihatan seorang lelaki sedang berlari anak untuk sampai ke tempat aku berdiri. Kepala aku telengkan sedikit. Kotak ingatan cuba diselongkar, mencari di mana pernah terlihat wajah lelaki itu.
"Hai Yunhee." Sampai sahaja, lelaki itu termengah mencari nafas. Tubuh tertunduk sedikit dengan kedua belah tapak tangan berada di tempurung lutut. Beberapa saat berlalu barulah dia menegakkan tubuhnya kembali.
"Hai..." Balasku malu - malu. Aku menunggu sahaja bicara lelaki itu.
"Seorang je ke?" Tanya dia bersama senyuman lebar. Manis sungguh wajah lelaki itu.
"Ya tuan." Balasku sekali lagi sepatah demi sepatah.
"Panggil saya Hyun sahaja, Yunhee. Mari. Saya temankan awak ke kelas." Ajak Hyun selamba. Perasaanku bertukar tidak selesa apabila dia melingkarkan tangannya di sekitar bahuku tanpa keizinan. Tapi untuk menolak, aku tidak berani.
Kepalaku tetap tunduk apabila merasakan ada banyak mata - mata yang memandang kami. Namun Hyun masih sahaja dengan selambanya. Bagaikan tidak terkesan dengan renungan orang sekeliling.
Aku berharap aku boleh jadi seberani itu.
"Yunhee free tak petang ni? Kalau free, saya nak ajak Yunhee keluar." Soal Hyun dalam perjalanan. Untuk memecahkan kebosanan mungkin.
Aku pantas menjawab 'tak' sekali gus menolak ajakannya. Tidak berani aku keluar tanpa kebenaran suami dinginku.
"Kenapa? Yunhee ada hal apa - apa ke?" Hyun memandang aku dengan wajahnya sengaja didekatkan. Sehingga ke tahap ini, aku mula rasa takut kerana sikap lelaki ini yang kelihatan terlalu mendesak.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfic"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...