"Aduh, si Jannah ni dah ada boyfriend pulak!"
"Awek Liverpool yang Donna ni, kau tak nak try ke?"
"Aku rasa dia ni jenis susah."
"Amende la kau ni, Ayie. Dorang ni umur berapa tahun, doh? Kau umur dah nak dipenghujung senja."
"Celaka, Zainon! Ayat kau tu berbisa."
"Weh, Ayie. Gerak dulu. Aku dapat order makanan ni. Sat lagi lepak balik," kata Zainon sambil capai helmet di tepi."Awek ke, Non?"
"Haah, nama Nur Batrisya..."
"Cipet. Apasal kau asyik dapat order awek je?"
"Apa yang bestnya dapat order awek? Kau hantar makanan, dah la. Kalau bayar cash, kita collect duit. Tu pun biasa orang bayar online. Kita tinggal hantar je."Ayie terdiam. Dia mengenangkan umurnya yang menjelang hampir 40 tahun dalam bulan Julai nanti.
"Nak awek lawa je kau ni. Weh, chow dulu, karang kita lepak balik," Zainon terus start motor.
Ayie termenung. Kalaulah dia dapat girlfriend yang cantik. Tapi ye lah, kerja sebagai pelukis, graphic designer dengan part time kerja Food Panda ni mana kan bisa untuk mendapat gadis-gadis hot seperti tu.
"Mana ada makwe yang sanggup nak kongsi maggi dengan pakwe macam zaman 90an dulu," kata Ayie sambil mengutuk trend materialisme dan konsumerisme zaman sekarang. Padahal diri sendiri yang loser.
"Ada order! Aduh, Muhammad Nomy rupanya. Lelaki. Hmm, pishang!"
--
"Panglima Halilintar, baginda Tuanku Tenno Gelap panggil menghadap," kata Cakra Perkasa, sambil memeluk tubuh.
Panglima Halilintar memandang Cakra Perkasa dengan muka sedikit bengis. Ternyata perkhabaran itu sedikit mengganggunya kerana dia sedang menikmati sireh bersama gundik-gundiknya.
Akan tetapi titah Tuanku Tenno Gelap tidak boleh disanggah. Buruk padahnya.
"Sebentar, hamba bersiap," kata Panglima Halilintar, bangun dan mencapai goloknya. Dia terus capai tengkoloknya, dan terus melangkah keluar dari rumahnya.
Setibanya beliau di istana, kelihatan wajah para hulubalang seperti ketakutan. Seperti Tuanku Tenno Gelap sedang murka.
"Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun," Panglima Halilintar melutut sambil menyusun sepuluh jari merafak sembah.
"Beta sudah tak boleh bersabar lagi! Mana tujuh bunga yang beta perintahkan Datuk Panglima carikan tu?"
Tenno Gelap duduk menepuk kerusinya.
"Ampun tuanku. Izinkan patik selidik dahulu. Tuanku harus bersabar, biar patik usahakan, untuk mendapatkannya. Sehubungan dengan itu, patik akan menghantar seekor mambang yang menyamar menjadi manusia di Alam Yang Lagi Satu."
"Jika beta tidak dapatkan tujuh bunga itu, beta tidak akan menemui Puteri Laila Asyiqin yang cantik bak bidadari itu, sebelum si Raja Serigala menyedari semula dirinya dan berjaya melepaskan sumpahannya, lebih baik Datuk Panglima menemuinya dulu."
"Menjunjung titah, Tuanku," kata Panglima Halilintar.
"Wahai si Mambang Tanah, muncullah dikau di Alam Yang Lagi Satu!"
--
Sedang Ayie melepak, tiba-tiba ada seorang gadis menepuk bahunya.
"Oh, Iera rupanya! Ingat siapa tadi."
"Termenung apa tu?" tanya Iera sambil meletakkan beg sandang berlogo Monsta X, kumpulan K-pop yang sedang terkenal.
"Termenung la. Bosan la hidup macam ni."
"Abang Ayie ni dah tua lagi, takkan takde rasa nak kahwin kot?" kata Iera.
"Bukan tak nak, tapi abang ni suwey. Tiap kali nak jumpa awek je, mesti ada perkara yang suwey."
YOU ARE READING
Raja Serigala Dan Tujuh Bunga
WerewolfAyie merupakan seorang bujang lapok yang bekerja sebagai graphic designer dan sekali sekala dia buat Grab Food. Dia sering gagal dalam menemui jodoh. Satu hari, dia selamatkan seekor kucing dan kucing itu boleh bercakap. Tiba-tiba kucing tu kata jo...