“ Kau sentuh dia, aku harap kau tahu yang kau sedang menempah bala. ”
↭
"Aku nak bawa kau berjumpa ibu dan bapa aku, Yunhee. Kau nak?" Soalannya makin menerujakan hati ini. Sudah pasti aku mahu. Buat pertama kalinya lelaki itu berbual lebih dari sepuluh patah perkataan. Bangga pula aku rasakan.
"Nak!" Jawabku sambil menggenggam kedua - dua belah tapak tanganku untuk menahan keterujaan yang aku rasakan kini.
Aku keliru saat Jimin tergelak kecil namun cepat - cepat dia berdehem dan menghentikan tawanya. Melihatkan itu, ada secebis rasa kecewa yang bertapa di dalam hati.
Senyuman dia jarang - jarang aku lihat.
"Jimin..." Dengan keberanian yang dikumpul, aku cuba menarik perhatiannya.
"Hmmm?"
"B—bila Jimin nak sentuh Yunhee?" Sejujurnya, soalan ini sudah lama bertapa di dalam kotak fikiranku. Pelik juga kerana suami dingin itu langsung tidak menuntut apa - apa yang berhak bagi dia.
Aku mungkin polos namun aku juga tahu apa yang suami dan isteri lakukan.
Mereka 'berasmara'.
Riak wajah Jimin tidak dapat aku baca dengan jelas. Mungkin tercengang dan mungkin terkejut. Perlahan - lahan wajah kosongnya itu dihiasi senyuman ikhlas. Tiada unsur nakal.
Aku didekatinya. Serentak itu, pipiku mula terasa panas ditemani detak jantung yang laju. Anak mataku diimbas oleh suami dingin itu. Sekali lagi, aku dapat merasakan ada warna yang berbeza dan tersembunyi di sebalik anak mata tersebut.
Hidungku dicuit dan bibir dikucup sesaat. Mataku terkebil - kebil memproses apa yang berlaku sebentar tadi. Saat ini, Jimin sudah menjauh sedikit.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...