♡Puasa Day 7

490 52 5
                                    

Bunyi rengekkan buat aku terjaga dari tidur. Aku capai phone nak tengok jam. Baru pukul 2 pagi, mesti Iman lapar ni.

Baru sahaja aku nak turun dari katil, ada tangan lain memegang lengan aku. Terus aku pandang Taehyung yang tersenyum.

"Biar oppa bancuhkan susu Iman, nanti sayang susukan dia ya." Kata Taehyung sambil turun dari katil. Iman kini sudah diriba aku, aku tepuk-tepuk paha gemok dia perlahan.

"Pandai ke nak buat tu?" Soal aku.

"Mesti la pandai, tengok la suami kacak siapa." Balas Taehyung sambil tersenyum lalu dia berlalu pergi ke dapur.

"Sabar ya sayang~ tunggu daddy Aryan buat kan susu." Aku cium pipi Iman. Dia sudah berhenti menangis apabila di angkat oleh aku.

"Susu dah sampai. Daddy Aryan buat special untuk baby Iman ni." Kata Taehyung sambil tutup pintu bilik. Aku senyum dan ambil botol susu. Iman nak tak sabar dah lepas nampak botol susu dia.

"Kejap la Iman, mummy (y/n) nak kasi minum la tu." Tambah Taehyung lagi sambil usap kepala Iman. Aku pun susu kan Iman.

Lepas Iman kembali tidur, baru aku dan Taehyung tidur. Yelah kejap lagi nak bangun sahur pula.

                               ♥♥♥

"Sayang tolong ambilkan tuala kat atas katil tu kejap." Jerit aku kat Taehyung yang tengah meniarap kat katil. Aku baru habis mandikan si kecil ni. Pipi gebunya aku cium berkali-kali.

"Meh sini tuala dah datang." Kata Taehyung lalu Iman pun bertukar tangan. Aku ambil lampin dan baju dan letak kat katil. Lepas tu aku ambil bedak baby dan minyak angin.

"Cepat la mummy kita sejuk ni." Kata Taehyung, dia buat macam Iman yang cakap. Aku ketawa kecil sambil duduk di atas katil.

"Mari mummy pakaikan lampin." Aku  siapkan Iman dan bagi dekat Taehyung. Dia macam tak sabar nak main dengan Iman.

"Annyeong mummy, Iman nak ikut daddy pergi main dekat ruang tamu." Kata Taehyung lalu dia keluar dari bilik. Aku simpan barang-barang baby dan pergi kat Taehyung.

Elok ja Iman dan Taehyung meniarap dekat atas karpet lembut yang Taehyung bentangkan. Dekat keliling Iman ada bantal-bantal kecil untuk dia letak kepala.

"Main apa ni? Tak ajak mummy pun." Aku bersila kat tepi Taehyung. Iman macam nak bangun datang kat aku terus aku angkat dia.

"Iman ni sikit-sikit nak dekat mummy, kesian daddy." Kata Taehyung sambil buat muka sedih.

"Iman, daddy cemburu lah. Iman main dengan daddy lah macam ni." Kata aku dekat Iman. Dia macam faham apa yang aku cakap terus gelak kuat, gelak gatal dia.

"Oh Iman gelakkan daddy ye." Taehyung cium pipi Iman berkali-kali.
Iman tak berhenti ketawa.

"Mummy nak cium jugak." Kata aku lalu Taehyung terus cium aku sekilas. Kami terus ketawa.

                               ♥♥♥

"Kami pergi dulu ya mak, abah, Aryan,angah ngan achik." Kata along. Dorang dah nak balik Jepun sebab along ada kerja. Nanti sebelum raya dorang balik sini semula.

"Hati-hati along, kak long jaga kandungan ya." Kata aku sambil bersalam dan peluk kak long.

"Take care along." Kata Taehyung pula.

Mak dan abah duk cakap apa tah kat along. Bagi pesanan panjang lebar la tu.

Habis semua bersalaman terus along dan kak long bertolak. Hilang ja bayangan mereka kami terus masuk ke rumah. Nak kena siapkan makan berbuka.

"Sayang oppa nak duduk luar dulu dengan Iman ya. Sayang masuk bantu mak masak dulu." Kata Taehyung. Aku cium pipi Iman dan Taehyung sekilas lepastu aku masuk dalam.

Malam ni siapa nak jaga si Iman ni? Nampaknya aku kena ponteng terawih lagi.

Masuk ja dalam rumah terus aku ke dapur masak nasi. Abah dah keluar pergi bazar beli ayam bakar kot. Mak suruh tadi.

Mak pula tengah sapu sampah dekat dapur. Berhabuk kot.

"Mak nak masak apa?" Soal aku.

"Angah masak la apa pun. Mak tak da idea dah ni. Tadi suruh abah beli ayam bakar dengan kerabu kaki ayam. Mak teringin nak makan." Kata mak. Aku angguk dan tengok apa ada dalam peti sejuk.

"Mak dah rindu anak menantu mak ke?" Soal aku lagi.

"Mana ada aih, depa baru pergi ja. Ni mana menantu kesayangan mak tu?" Soal mak kat aku pula. Eh cari menantu dia pula.

"Ada ha dekat pondok luar tu tengah layan si Iman." Jawap aku. Tiba-tiba Taehyung datang suruh aku buat susu.

"Iman dah lapar ye." Kata aku lalu mencuit pipi gebunya. Aku terus bancuh susu dan beri pada Taehyung. Taehyung duduk kat kerusi tepi mak dan susukan Iman.

Aku sambung memotong bawang dan buat apa yang patut.

                                 ♥♥♥

Macam aku cakap, aku tak pergi terawih sebab jaga si kecil. Belum Taehyung balik aku dah tidurkan Iman dekat atas sofa ruang tamu.

Baru aku nak angkat Iman ke bilik, dorang dah sampai rumah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Jawap aku dan terus membuka pintu.

"Iman mana? Dah tidur ka?" Soal Taehyung.

"Dah tidur, tu atas sofa. Oppa angkat dia letak dekat bilik." Balas aku.

Kami pun masuk bilik dan Taehyung baring kan Iman di tengah katil. Taehyung pula meniarap kat sebelah Iman.

"Sayang nak baca Quran kejap, oppa tidur la dulu." Kata aku lalu masuk toilet nak ambil wuduk.

"Nak join!" Terus Taehyung lari masuk toilet.

Tbc

[C]Bangun Sahur Sayang | KTH Where stories live. Discover now