“ Sejujurnya aku penat menjadi seorang Vien. Seorang Vien sering diburu dan mudah disakiti. Nyawa Vien bagaikan sampah. ”
↭
"Kau tengah jadi perbualan hangat sekarang ni, Yunhee." Kunyahanku terhenti apabila mendengar kata - kata Jangmi. Di meja tersebut terdapat Byeol dan Hana yang ikut serta.
"Kenapa?" Soalku sambil menyambung kembali kunyahan. Tangan bergerak ke arah makanan namun mata masih tetap memandang Jangmi.
"Senior Hyun confess dekat kau kan?" Persoalan Byeol mendapat anggukan daripada aku.
"Tapi Yunhee tolak dia sebab Yunhee tak suka dia." Sambungku lagi. Tangan masih tidak berhenti memasukkan makanan ke dalam mulut.
Hana yang diam sedari tadi turut mencelah. Tangan ditepuk - tepuk seperti budak kecil dengan senyuman yang lebar sehingga menampakkan kesemua giginya.
"Lepas tu senior Taehyung dan senior Jimin selamatkan kau. Knight in shining armor! Hidup kau macam dalam dramalah, Yunhee!"
Jimin dan Taehyung berada di tahun ketiga manakala kami baru tahun pertama. Disebabkan itu suami dingin dan rakan kacaknya itu ialah senior kami.
Namun kerana mereka berdua masih baru, mereka tetap menyertai majlis orientasi pada waktu itu.
"Jimin dengan Taehyung tolong Yunhee sebab Hyun tak nak lepaskan Yunhee." Jelasku kepada mereka. Saat ini, mereka sudah tidak terkesan apabila aku memanggil senior kami dengan panggilan tidak formal.
"Untunglah." Gumam Jangmi perlahan sambil mata terkunci pada pinggan di hadapannya. Namun sempat juga aku menangkap bicaranya.
"Tapikan Yunhee, baguslah kau reject senior Hyun tu. Banyak gosip yang tak baik pasal dia tau." Tubuh Hana kehadapan sedikit. Wajahnya kini serius.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...