° Vladimir 015 °

307 51 6
                                    

“ Setiap kali melihat dia kesakitan, aku juga turut merasakan hal yang sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setiap kali melihat dia kesakitan, aku juga turut merasakan hal yang sama. Jadi aku perlu melindungi dia agar jiwa aku tenang.

"Privet (hello) Romanov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Privet (hello) Romanov." Tubuh Jungkook ditepuk - tepuk sedikit. Wajah lelaki bergigi arnab itu nampak sedikit tegang. Aura keanak - anakkan yang biasa berlingkar di sekelilingnya bagaikan tiada pada hari itu.

"Privet Vladi." Balas Jungkook perlahan. Bagasi yang berada di tangan diletakkan di atas lantai untuk membalas sapaan Jimin.

"Aku akan tinggal bersama Van. Sebelum tu, aku nak akses kepada kamera di sekitar kawasan rumah kau, hyung." Tanpa berlengah, Jungkook terus menyatakan hajatnya. Sememangnya dia mengambil hal ini sebagai sesuatu yang serius. Nyawa seorang sepupu dan juga seorang abang berada di dalam bahaya.

Jimin mengangguk faham. Langkahnya laju diikuti pengawal peribadinya itu. Tempat letak kereta menjadi tempat tujuan mereka. Kata walaupun sepatah langsung tidak meniti di bibir Jimin dan Jungkook.

"Ada apa - apa berita lanjut?" Soal Jimin sambil menghidupkan enjin kereta.

"Penyiasatan telah dimulakan. Setakat ni, hanya keluarga hyung dan aku sahaja yang tahu. Ada beberapa saudara yang disyaki." Terang Jungkook lancar. Matanya sentiasa menghadap ke luar tingkap. Menikmati pokok - pokok yang laju berlalu pergi untuk menenangkan hatinya yang gelisah.

"Siapa?"

"Ivanov dan Anton. Mereka berdua yang paling dingin terhadap dyadia (uncle) Noah. Bertahun mereka tidak bersemuka langsung." Jelas Jungkook lagi.

Mendengarkan nama Ivanov, Jimin lantas teringat akan anak kepada pakciknya itu. Mikhail Ivanov Vien. Dulu Jimin terlalu takut akan Mikhail. Jika dia dingin seperti angin sejuk, Mikhail dingin seperti ketulan kiub ais.

Tidak pernah langsung dia melihat sepupunya itu mengukir senyuman. Kali terakhir mereka bertemu adalah sewaktu Jimin berumur lima tahun. Selepas itu, keluarga Ivanov bagaikan tidak wujud dalam salasilah keluarga Vien.

[C] Vlàdimir. pjmWhere stories live. Discover now