II

4.7K 166 59
                                    

"t-tolong a-aku" dia memanggil dengan suara separuh nyawa seolah dia dalam kesusahan

Dia kena rogol ke? Ni tak boleh jadi aku kena selamatkan dia. Aku cuba beranikan diri aku untuk pergi ke arahnya tetapi langkah aku terhenti kerana aku nampak darah mengalir dari lehernya ke bajunya.. Aku terpegun dekat tempat aku kerana aku baru sedar bahawa dia bukan kena rogol tetapi...

Dia adalah mangsa kepada vampire yang jadi bualan orang ramai itu...

Aku tak boleh fikir apa-apa aku terus cuba untuk lari dari tempat itu kerana aku terlampau takut dan bulu roma aku meremang dengan tegak seperti menara KLCC

Aku undur ke arah belakang untuk elak dilihat oleh lelaki itu kerana aku takut aku akan jadi mangsa seterusnya tetapi semasa aku undur ke belakang nampaknya nasib tidak menyebelahi aku...

Aku terpijak botol kosong menyebabkan bunyi yang agak kuat kerana lorong itu sunyi jadi bunyi itu menjadi kuat.

Lelaki itu menoleh ke arah bunyi itu bermakna dia menoleh ke arah aku. Tanpa fikir apa-apa aku terus berlari dari tempat itu dengan pantasnya ke rumah aku. Aku tidak kisah sejauh mana rumah aku sekarang ini kerana yang aku fikirkan aku hanya mahu pulang ke rumah..

xxx

Pintu rumah, aku hempaskan kuat lalu aku terus berlari ke tangga untuk masuk ke kamar bilikku tetapi sebelum aku mendaki anak tangga ada satu tangan menarik aku dan aku menjerit kerana aku fikir itu adalah lelaki yang vampire itu

"AAAHHHH TOLONG AKU!! " jerit aku dengan kuat tetapi ada tangan menutup mulut aku supaya jeritan aku menjadi perlahan

"woi ni aku la!! Kau kenapa?! " suara Rayyan terdengar di telinga aku lalu aku terus memeluknya kerana aku terlampau takut

Rayyan mengusap belakang badan aku dengan lembut untuk tenangkan aku lalu dia mengangkat kepala aku dan memandang mata aku dengan muka risaunya

"kau kenapa liya? Kau macam kena kejar dengan hantu je" dia ni walaupun dalam keadaan tegang macam ini dia masih nak sakat aku haih

"a-aku ternampak v-vampire yang orang selalu cakap tu" ucap aku sambil tergagap kerana aku masih trauma dengan kejadian di lorong tadi

"kau ni vampire tak wujud la itu semua mitos je" ya adik aku memang tak percaya dengan hantu atau sewaktu dengannya. Aku hanya mampu diam sahaja kerana aku tak ada mood untuk cerita dekat dia tentang apa yang berlaku di lorong itu sebab bukan dia percaya pon

"kau kenapa balik lambat ni? Kau tau tak aku risau nasib baik sekolah dengan rumah kita dekat so aku boleh jalan kaki je ba- eh jap kenapa mata kau merah? Kau nangis ke? Kenapa kau nangis wei?! Sebab Daniel kan?! Aku dah lama dah sabar dengan bud-" aku potong ayatnya dengan memegang mukanya dengan kedua dua belah tanganku dan pandang tepat ke matanya

"aku okay la, aku nangis sebab aku takut.. " ucap lembut aku sambil berusaha untuk senyum supaya dia percaya semua kata-kata aku

Rayyan angguk kepala kerana dia percaya kata-kata aku dan suruh aku tidur kerana sudah lewat dan esok aku ada kelas pagi dan dia pula ada sekolah

Sebelum aku naik ke bilik aku, Rayyan bersuara

"esok aku pergi sekolah sendiri, kau jangan lupa pergi kelas kau lepastu habis kelas jangan keluar kau duduk je rumah rehat faham tak? " ucapnya seolah dia tu lagi tua dari aku

Aku anggukkan kepala aku sambil senyum kerana terharu apabila tengok adik aku risaukan aku hehe kami berdua mengucap 'goodnight' kepada masing-masing dan terus pergi ke bilik masing-masing

VAMPIRE'S HEART ✔️Where stories live. Discover now