IAH:35

7.6K 379 5
                                    

"Aku suka kau."

Maira menghentikan langkahnya.Jantungnya berdegup kencang.

"A...apa kau mengarut ni? Kau deman eh?"tanya Maira gagap. Terasa dahinya mula berpeluh.

"Aku tak mengarut.Maira listen. Aku betul-betul sukakan kau.Dah lama aku simpan perasaan suka pada kau.Kali ni aku tekad.Kau nak terima atau pun tolak,suka hati kau.Aku redha dengan keputusan kau.Tapi kau kena tahu yang aku betul-betul ikhlas sukakan kau."luah Luqman tanpa rasa malu.

Maira terkesima.Dia pun tak tahu nak bagi jawapan apa.Tak sangka yang Luqman menyukainya.

"Tak apa aku faham kalau kau tak nak terima aku.Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku."kata Luqman sambil tersenyum tawar.Dia terima kalau Maira tolak dia.Janji dia tak menyesal di kemudian hari.

"Siapa cakap aku tak nak terima kau? Aku diamkan. Kalau orang perempuan diam apa maksud dia?"

"Setuju? Jadi kau setuju?!"tanya Luqman teruja.

Maira memegang dagunya tanda berfikir.

"Nak terima ke tak nak eh?"

"Maira!"terus mencuka muka Luqman.

"Kejaplah.Aku nak fikir.Apa aku dapat kalau aku terima kau eh?" Maira masih lagi pura-pura berfikir.

Kakinya perlahan-lahan melangkah.

"Janganlah macam tu.Tadi kau setuju!"Luqman mengejar langkah Maira.

'Iya.Aku terima kau Luqman.'

***

"Kau nak bawak aku pergi mana ni? Mana Ray."tanya Hazel tidak puas hati.Daripada tadi soalannya tidak dijawab.

"Aku nak spend time masa dengan kau.Tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh tapi Ray?"tanya Hazel.

"Aku suruh diaorang jaga Ray. Jangan risaulah."jawab Adam selambar.

"Okay.Tadi kau kata nak spend time dengan aku kan?"Hazel mengangkat-gangkat keningnya.

"Jadi kau kena ikut aku.Harini kita akan habiskan masa macam pasangan kekasih yang lain. Amacam?"sambungnya.

"Ada-adalah kau ni.So kau nak pergi mana?"tanya Adam ingin tahu.

"First! Kita kena nampak macam sweet couple."senyuman penuh makna ditayangkan.

"Kenapa warna pink? Tak ada warna lain ke?"tanya Adam dengan muka berkerut.

"Warna pink lah comel.Pakai jelah.Please."Hazel menghulurkan Hoodie berwarna pink itu kepada Adam.

Dengan terpaksa Adam menyambut.

15 minit kemudian.

"Wah cantiknya! Nampak macam sweet couple kan?"kata Hazel teruja sambil menilik tubuhnya yang bersarung hoodie oversize berwarna pink dihadapan cermin yang besar itu.

Adam dipandang.

"Hey senyumlah sikit.Kau tak suka ke? Kalau kau tak suka pergilah tukar."kata Hazel lembut.Dia tahu yang Adam tidak menyukai warna pink.

"Aku suka je.Actually not bad." kata Adam.Tangan dimasukkan ke dalam poket hadapan hoodie itu.

"Betul ni?"

"Iya betul sayang."

Automatik muka Hazel berubah warna.Malu!

Pelayan perempuan yang setia berdiri ditepi cermin itu tersenyum manis.Alahai sweetnya.

"Ehem...okay.Baju dah sama. Seluar dah dan kasut pun dah sama.Settle!"Hazel cepat-cepat menukar topik.

Selepas membuat pembayaran mereka menuju panggung wayang.Movie time!

"Hensemnya hero cerita tadi kan. Ya Allah kenapalah dia sweet sangat? Cannot lah."kata Hazel dengan muka excited.

"Eleh....hero kayu macam tu pun sweet?I can do more better."Adam membalas kata-kata Hazel.Sakit hati pulak dia dengan hero cerita yang dia tengok tadi.Apehal nak puji-puji lelaki lain macam tu.

"Ceh.Acahlah.Kau jealous kan sebab aku puji lelaki lain.Tak puji kau."usik Hazel.

"Apa kau mengarut ni? Memang taklah aku nak jealous.Cuma aku tak suka filem romantik macam tu.Gelilah."

"Sweet couple kenalah tengok filem romantik macam tu. Takkan nak tengok filem thriller."Hazel mengenyitkan mata pada Adam.

"Dahlah kau.Ha cepat.Nak pergi mana lagi?"malas Adam mahu melayan Hazel.Cakap dengan perempuan memang selalu nak menang.

"Jap bagi aku fikir dulu."kata Hazel sambil menongkat dagu dengan tangan.

Lama jugaklah Adam tunggu Hazel berfikir.

"Ha! Aku tahu kita nak pergi mana."

Terkejut Adam akibat suara Hazel yang sedikit kuat.

"Tapi tempat tu bukan kat sini."

"Habis tu dekat mana?"

"Adam! Kayuh elok-eloklah sikit."marah Hazel.

"Aku dah kayuh elok dah ni.Kau tu yang kiri kanan kiri kanan." balas Adam bangang.Dia pulak yang kena.

"Hihihihi...sorry.Aku dah lama tak naik basikal.Rasa kekok sikit nak kayuh."

Seingatnya last dia naik basikal masa darjah 6.

Tiba-tiba Adam berhenti.Hazel juga turut berhenti.

"Kenapa kau berhenti?"tanya Hazel pelik.

"Aku nak pergi toilet kejap.Kau pusing-pusinglah dulu.Nanti dah siap aku call kau."kata Adam.

"Okay.Nanti kita jumpa dekat tasik tadilah.Jangan lama-lama."

Adam hanya mengangguk sebelum mereka mengikut haluan masing-masing.

Hazel mengayuh basikalnya menuju kearah tasik.Tanpa disedari ada seorang budak perempuan tiba-tiba melintas dihadapannya.

Akibat terkejut,Hazel brek mengejut menyebabkannya hilang imbangan.

"Aduh sakitnya."Hazel memegang buku lalinya.Kaki kirinya tidak dapat digerakkan.

Kawasan sekeliling dipandang. Tiada orang.Ada pun jauh. Budak tadi? Dah lesap.Mungkin kerana takut.

"Kau okay tak? Sakit dekat mana? Sini?"tanya satu suara.

Tidak berkelip Hazel memandang orang yang sedang membelek-belek kakinya.Dah lama Carl tidak mengganggunya.

"Aku tanya kau ni!"nada suara Carl sudah berubah.Jelas riak risau diwajahnya.

"Ka...kaki kiri."jawab Hazel perlahan.

Baru saja Hazel nak halang,Carl menyelak seluar Hazel keatas sedikit sebelum kasut Hazel dibuka.

Buku lali Hazel dibelek-belek. Tanpa sepatah kata,Carl terus mencempung tubuh Hazel.

"Carl apa kau buat ni?"tanya Hazel.Mana Carl nak bawak dia ni? Adam macam mana?

Carl merenung Hazel tajam. Terdiam Hazel dibuatnya.

Kerana terlalu sakit,Hazel hanya mengikut saja.

 

Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!

P/s:Maaf sebab lama tak update 😭 Memang nak update haritu lagi tapi Wattpad ni buat hal.Dah siap-siap taip tetibe hilang.😭 Maaflah kalau tak best.😭

Silent readers tolonglah sedekahkan vote dibulan Ramadhan yang mulia ni ye.😉

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now