III

4.5K 161 15
                                    

Aku sedang kemas barang untuk pergi ke cafeteria tetapi kerja aku terhenti kerana ada lembaga berdiri di hadapan aku. Aku mendongak kepala aku perlahan-lahan lalu mata kami bertembung..

Aku mengeluh kecil kerana itu mata milik Lucas. "ya? Nak apa? Ada apa-apa saya boleh bantu? " ucap aku dengan nada gurau

Dia ketawa kecil dan menarik tangan aku pergi ke cafeteria. Mata aku membulat kerana tidak sangka apa yang sudah terjadi? Lucas pegang tangan aku?! Kenapa hati aku berdegup laju apabila dia sentuh aku? Adakah aku sudah jatuh cinta buat pandang pertama? Ish Liya kau tak boleh jatuh cinta semudah itu

Sebelum kami sampai ke cafeteria tiba-tiba ada tangan lain menarik tangan aku yang lain untuk menghalang aku pergi jauh lagi. Aku lihat kepunyaan tangan tersebut rupanya milik Amir

"kau nak bawa dia ke mana ni bro? " ucap dia dengan suara dingin dan reaksi mukanya yang tidak puas hati itu

Lucas hanya senyum sinis kerana baginya kelakuan Amir itu sangat kelakar "kau boyfriend dia ke? " ucapnya selamba

Amir terdiam seketika kerana dia tak sangka lelaki itu akan tanya soalan sebegitu sebab selama ini dia lindungi Liya tiada siapa akan tanya yang dia ini boyfriend Liya ataupun tidak kerana semua orang tahu yang dia ini hanya kawan sahaja bagi Liya

"a-aku... Aku kawan dia" jawabnya secara gagap. Dah kenapa Amir ni tiba-tiba gagap? Dia takut dengan Lucas ke?

"dah tu? Mind your fucking business" Lucas sambung menarik tangan aku ke cafeteria tetapi aku tarik tangan aku balik kerana aku penat main tarik-tarik ini habis tangan aku memanjang macam sotong. Kalau tangan sotong ni tak pasal-pasal aku buat raver kat sini(hambar betul-author)

Lucas pelik kerana aku lepaskan tangan aku daripada pegangannya lalu aku pergi ke Amir dan mengajak dia makan bersama kami, nasib baik dia terima

xxx

Makin lama makin tegang suasana dekat cafeteria ini kerana dua jejaka ini tidak habis bertentang mata seolah mereka sedang berfikir bagaimana hendak membunuh masing-masing.

"korang berdua ni kenapa? Tentang mata macam serigala nampak mangsa? Aku nak makan pon tak senang" usik aku

"dah tu makan dekat tempat lain" ucap Amir tanpa rasa belas kasihan. Aku terkejut dengan jawapan yang diberi oleh Amir itu seolah aku membuat salah besar sampai dia perlu membalas sebegitu kepada aku. Aku terdiam dan teruskan makan makanan aku yang terbiar di depan mata aku sampai lalat pon sudah singgah di situ kerana aku tidak sentuh langsung makanan aku

"nama kau apa? " ucap Amir kepada Lucas. Lucas agak terkejut kerana Amir secara tiba-tiba tanya nama dia mungkin sebab Amir nak kenal dengannya?

"Lucas, classmate liya" ucap Lucas dengan bangganya. Amir ketawa kecil dan pandang tepat ke mata Lucas sambil memperkenalkan dirinya

"aku Amir, kawan baik Liya sejak kecil" ucap Amir sambil senyum sinis kerana dia tahu levelnya dengan Liya lebih tinggi daripada Lucas

Senyuman Lucas pudar setelah dapat tahu yang levelnya tidak setanding dengan level Amir tetapi dia tidak akan putus asa kerana dia perlukan Liya dalam genggamannya kerana Liya tahu tentang kes malam di lorong itu kerana...

lelaki yang Liya nampak itu adalah 'dia'.

Sepanjang dia memburu, identitinya tak pernah bocor atau nak dikatakan semasa dia sedang menghisap darah manusia, orang lain tidak akan boleh nampaknya kerana dia telah menghaibkan dirinya. Jadi sekarang ini dia berasa pelik bagaimana Liya boleh melihatnya? Dia perlu mengkaji tentang Liya kerana dia yakin Liya bukan manusia biasa-biasa...

"i will get you Liya... Just wait and see" ucapnya di dalam kepala dia

xxx

RING... RING... RING

Bunyi loceng kelas telah berbunyi menandakan semua kelas sudah tamat dan semua pelajar sudah boleh dilepaskan balik ke rumah masing-masing

Liya berjalan ke keretanya tetapi sebelum dia melabuhkan punggungnya ke dalam perut keretanya tiba-tiba ada suara memanggil namanya. Dia menoleh ke arah suara itu dan ternampak Lucas sedang berlari ke arahnya?

Nafas Lucas tercungap-cungap seolah dia baru sahaja berlari 100 meter tetapi hanya 3 meter sahaja dia lari

"ya kenapa? " aku bertanya

"i nak nombor telefon you boleh? " tanya dia dengan muka merahnya seperti dia blushing? Aku tersenyum kerana gelagatnya yang comel itu

Aku bagi nombor aku dekat dia dan buat isyarat tangan seperti 'call me' dan dia angguk sambil senyum lalu aku terus masuk ke dalam kereta aku dan menghidupkan enjin kereta aku lalu bergerak keluar dari tempat itu

"mudahnya tipu kau Liya...bodohnya manusia mudah sangat ditipu" Lucas ketawa kecil kerana dengan sedikit lakonan dia tadi membuatkan Liya sudah percayanya bulat-bulat. Lalu Lucas menghilangkan diri dengan sepantas kilat kerana dia perlu membuat kajian tentang si Liya ini

xxx

Aku sedang menonton tv dengan adik aku tiba-tiba aku terdengar bunyi notifikasi di telefon bimbitku menandakan ada mesej baharu masuk. Aku terus membuka mesej itu lalu tersenyum kerana Lucas mesej aku

(dalam fon)

Lucas: hey liya it's me Lucas ;)

Liya: don't flirt with me buddy
Lucas: damn aku gurau je jangan la garang sangat

Aku tersenyum dengan jawapan yang diberi oleh Lucas tetapi senyuman aku hilang apabila Rayyan ganggu momen bahagia aku

"jangan senyum, nampak buruk kau senyum" ucap Rayyan sambil senyum sinis kerana dia tahu dengan ayatnya itu boleh membuat kakaknya marah

"kau ni sibuk lah dah la aku nak masuk tidur daripada layan perangai kau ni" ucap aku sambil bangun daripada sofa tetapi tangan aku dipegang oleh Rayyan

"rilek la kau ni tegur sikit dah sentap. Tu kau senyum sebab apa? Boyfriend baru eh? " ya dia sudah tahu tentang hubungan aku dengan Daniel sudah putus 2 hari lepas dan sejak itu dia tidak habis cakap nak bunuh si lelaki itu

Aku geleng kepala dan terus pergi ke bilik kerana aku tak suka dengar ayat boyfriend itu. Sejak kes aku dengan Daniel itu aku menjadi takut untuk ada hubungan lagi sebab aku takut aku akan ditinggalkan lagi sekali...

Aku membuka pintu bilik aku dan terus melangkah masuk ke bilik air untuk membuat rutin malam aku sebelum tidur

Setelah selesai aku membuat rutin malam aku, aku melompat ke katil aku kerana penat dengan kelas hari ini tetapi sebelum aku dibuai dengan mimpi aku selalu berfikir tentang Daniel sebelum tidur...tipulah kalau aku tak rindu dia.. Ya aku masih belum move on lagi tentangnya. Bagaimana aku hendak move on kalau memori kami berdua masih segar di dalam kepala aku seolah kami baru semalam bersama. Betul orang kata





















'kita mudah sayangkan seseorang tetapi kita sukar untuk melupakan seseorang... '
















HI GUYS!! okay tak part ni? Drop la comment korang dan jangan lupa vote tau!! Love you guys💜

Kalau rajin promote la story i sekali dekat kawan-kawan Wattpad korang supaya diorang baca sekali😔💜

VAMPIRE'S HEART ✔️Where stories live. Discover now