Bab 52

141 11 0
                                    

Mata Puan Hanisah Sudin yang kian membulat menanti jawapan dari Felisha itu jelas kelihatan.

Berukir senyuman manis Felisha kembali menyambung kata-katanya menerangkan bagaimana novel " Takdir " itu tercipta.

" Sebenarnya novel " Takdir " adalah cerita saya sendiri. Novel ni adalah kisah cinta saya semasa saya masih dibangku sekolah. "

Kata Felisha dengan tenang.

" jadi , cerita ni adalah cerita benar ? "

Soal Puan Hanisah Sudin dengan rasa ingin tahu yang kian membuak-buak.

Bersama senyuman manis Felisha mengangguk perlahan sebagai jawapan.

" Wah , menarik. Kalau Felisha sudi , boleh beritahu siapakah gerangan lelaki dalam novel itu ? Dan adakah dia tahu bahawa Felisha menerbitkan novel berkisarkan cerita Felisha dan dia ? "

Soalan Puan Hanisah Sudin kali ini agak sensitif kepada Felisha. Namun Felisha tetap kekal tersenyum dan bertenang.

" Saya dah minta izin terlebih dahulu. Dia setuju saya terbitkan cerita ni.. "

" Em.. biarlah lelaki dalam novel ini kekal sebagai misteri. Cukup saya dan dia sahaja yang tahu. "

Ujar Felisha yang menolak untuk memberitahu siapakah gerangan watak lelaki utama dalam novel terbitannya itu dengan sopan.

" Baiklah saya faham. Sebelum menamatkan rancangan , Felisha ada sepatah dua kata untuk dikatakan pada peminat novel "Takdir" ini ? "

Kata Puan Hanisah Sudin yang memberikan ruang dan peluang kepada Felisha untuk mempromosikan buku terbitannya itu.

" Pertama sekali , saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca karya tulisan saya yang tak seberapa ni.. sudi sokong penulis muda seperti saya. Terima kasih. Saya sangat-sangat hargai. "

" Dan untuk yang masih tercari-cari novel ini , sekarang novel ni boleh didapatkan secara online iaitu di website yang tertera dikaca tv anda atau boleh didapatkan di Popular. Terima kasih. "

Kata Felisha sambil tersenyum lebar.

Setelah selesai merakam rancangan " Selamat Pagi Malaysia " secara langsung itu Felisha mula mengatur langkahnya ke parkir kereta.

Tiba sahaja dihadapan kereta miliknya seorang lelaki berkemeja hitam dan berlipat dibahagian lengan jelas kelihatan sedang bersandar pada kereta Felisha itu.

" Ehem Ehem "

" Encik , minta maaf. Ini kereta saya dan saya nak cepat. Tolong ke tepi. "

Ujar Felisha kepada lelaki tersebut tanpa memandang wajahnya.

" Kalau saya tak nak ? "

Tanya lelaki tersebut dengan spontan.

" Jap. Macam kenal suara ni.. "

Desis hati Felisha yang seakan kenal akan pemilik suara itu.

Dengan perasaan ingin tahu yang melangit , Felisha dengan pantas mengangkat wajahnya memandang wajah lelaki itu.

" Firashhhhh ! "

Jerit Felisha dengan nada teruja. senyuman nakal Firash dibalas dengan senyuman manis Felisha.

" Nah "

Kata Firash selaras tangannya menghulurkan jambangan bunga mawar merah itu kepada Felisha.

" Wow ! Thank youu ! "

PenantianWhere stories live. Discover now